Cerpen Cinta : Bingung


Share on Tumblr Oleh: Ateh

“Hei, kain saya.”

Dengan muka selamba lelaki itu mengalihkan kedudukan kakinya. Aku merengus sendirian. Kurang asam punya mamat. Bukan nak minta maaf. Buat muka bodoh pulak tu. Aku membersihkan hujung kain yang kotor. Bukan salah kain aku yang labuh tetapi lelaki itu yang berdiri terlalu rapat ketika di dalam lif.

Kami sama-sama melangkah keluar dari perut lif. Aku menjeling melihat wajah lelaki itu. Cepat-cepat aku mempercepatkan langkah menuju ke pejabat.

“Hallo… Awat hang monyok je…..” Teguran Hasnita buat langkahku terhenti. Aku mencebik.

“Bengang dengan mamat semalam tu.” Ngadu ku pada Hasnita.

“Mamat mana pulak?” Terkerut dahi Hasnita ku lihat.

“Hai lupa ke… Mamat bisu tu ler. Semalam tumpahkan air dekat food court. Tadi dia pijak kain aku. Dah tu buat muka bodoh je…”Kulihat Hasnita sekadar senyum sinis.

“Aku pun heran. Mamat tu dari bahagian mana ek. Muka pulak sesuci lebaran je.”

Aku menepuk bahu Hasnita. “Dengan mamat macam tu pun kau boleh angau. Tolonglah…” Segera aku berlalu ke kedudukan asalku.

—————————–

Hujan di luar buat rancangan kami terbantut. Aku memeluk tubuh. Sesekali kain yang labuh ku tarik hingga ke paras betis. Hasnita asyik terbersin sahaja dari tadi. Beginilah kalau nasib penumpang tetap bas awam. Nak meredah hujan lebat ku tak sanggup. Belum sampai hentian bas pasti baju ku basah kuyup.

“Tu lah kau Shila… Dari semalam suruh bawa payung ko eksen.” Mataku sibuk melihat kereta yang keluar masuk dari syarikat Menora Holding.

“Kau jangan nak salahkan aku. Kau yang terlupa bawa payung kata aku pulak. Aku tak kisah setakat nak redah hujan ni. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan kawan aku yang ada asma ni. Sakit kang payah pulak aku.” Kena sedas dari aku. Konon nak kenakan aku.

Tin! Tin! Tiba-tiba sahaja Kereta Honda Civic berhenti di hadapan kami.

“Hai Nita… Nak saya tumpangkan ke?”

Kami saling berpandangan. Dari gerak mata Hasnita ku tahu dia tertanya apa harus buat.

“Hai Nita je ke… Saya ni sebesar gajah takkan Encik Rosyam tak nampak.” Perliku pada Encik Rosyam.

“Sengaja buat tak nampak…Gajah mana boleh naik. Hancur keta kawan saya ni.” Gigi Encik Rosyam menyeringai. Bukan kami tidak kenal pada En.Rosyam yang peramah. Biarpun aku dan Hasnita sekadar orang bawahannya dia tidak bersikap sombong. Sikap ramahnya buat aku dan Hasnita tidak kekok dengannya biarpun baru dua bulan aku dan Hasnita berkhidmat di Menora Holding.

“Eh cepatlah Naik. Basah ni..” Tanpa banyak soal aku dan Nita melangkah ke dalam.

Perjalanan menuju ke Oda Ocean aku rasa begitu lama. Perasaanku tak keruan. Sesekali ku perasan pemandu di hadapan curi-curi memandangku melalui cermin. Dan yang buat aku resah kawan En. Rosyam rupanya mamat yang sombong tu.

“Awak berdua dah makan belum? Kita pergi makan dulu ye….saya lapar. Awak belanja tau Shila.”

Terkejut beruk aku mendengar kata En.Rosyam. “Hallo… En.Rosyam yang nak melantak saya yang nak kena belanja. Banyak cantik muka. Kalau tak ikhlas nak tumpangkan kitaorang baik tak payah. Berhentikan kitaorang je dekat mana-mana bus stand.”Acah ku. Nak tengok sejauh mana keikhlasan En.Rosyam. Tiba-tiba sahaja kereta itu terhenti. Kepalaku terhantuk di kerusi hadapan.

“Bus stand dah sampai. Awak boleh turun.” Kedengaran suara mamat yang memandu. Tak bisu rupanya… Ku lihat Hasnita terpinga-pinga.

“Jomlah Nita.” Aku tarik tangan Nita turun. Jejak saja kedua kaki kami ke bumi kereta itu meluncur laju.

“Kenapa dengan mamat tu? Sakit otak ke?”Aku mengomel sendirian sambil tanganku mennggosok dahi.

————————

Suasana food court agak lengang. Aku dan Hasnita sedang menghabiskan makanan tengahari kami. Muncul En.Rosyam secara tiba-tiba membuat aku tersedak.

“Maaflah pasal semalam… Kawan saya ada masalah sikit.”

Aku buat pekak. Hasnita turut tak mengendahkan En.Rosyam yang terkulat-kulat meminta maaf. Beria-ia dia memohon maaf. Aku tahu dia takut Hasnita berkecil hati. Cuak En Rosyam bersebab. Hatinya dah tertawan pada Hasnita. Risau Hasnita berkecil hati. Mataku memandang ke arah lain. Aku menguntum senyuman melihat dari jauh kelihatan Azmil Shah melambai ke arahku. Dari gerak langkahnya ku tahu dia ingin menyertai kami. Aku rasa berdebar-debar. Dialah selama ini yang mencuri pandanganku. Matanya yang redup dan senyumannya yang mampu buat aku terbuai. Tapi ku tak mampu meluah apa yang tersirat. Dia anak orang berada yang mempunyai kedudukan penting dalam syarikat besar kami.

“Sayang dah makan?Kenapa tak tunggu abang?” Aku tahu Azmil suka bergurau. Sempat dia mengenyit mata sebelah padaku. Hampir ku tergelak melihat mata Rosyam terbeliak.

“Wei bila masa kau jalin hubungan dengan staf aku ni ha?” Rosyam menuding jari pada Azmil. Gaya Azmil ternyata selamba. Dia mengambil kedudukan di sebelahku tanpa segan silu. Perbuatan Azmil membuat hatiku bertambah berdebar. Dia selalu buat aku bingung. Melayan aku lagak bagai sang kekasih.

“Air abang dah habis ler. Bagi abang sikit.” Tanpa peduli kan mata yang memandang En.Azmil mengambil cawanku yang berisi milo dan di teguknya. Bertambah-tambahlah tercengang En.Rosyam di hadapanku.

————————–

“Betulke kau dengan En.Azmil?”Mulut Hasnita tak henti-henti menyoal. Dari waktu rehat sampai balik dia masih bertanya. Dia tetap tidak berpuas hati dengan gelengan aku sahaja.

“Shila, Kenapa kau tak cakap dengan aku. Pandai kau berahsia dari aku.” Ungkit Hasnita sewaktu kami menuruni lif.

“Ssssyh. Mulut kau tu jaga sikit. Sini kan ramai orang. Kan aku dah cakap aku tiada apa-apa dengan Lelaki melayu terakhir kau tu.” Aku genggam kemas fail di tangan. Mulut Hasnita mencebik. Aku tahu Hasnita masih ragu-ragu. Melihat pintu lif terbuka aku atur kemas keluar lft. Tidak semena-mena badan ku di rempuh. Fail ku pegang bertaburan. Nasib baik aku tidak jatuh.

“Jalan tu jangan asyik nak mengumpat je. Tengok orang sikit!” Ternganga mulutku seketika. Patutnya aku yang cakap macam tu. Dahlah langgar orang. Lepas tu marah kita. Dah buat salah dia main cabut je. Dah sah ada masalah otak. Mamat yang saban hari membuat benci di hatiku membukit. Rasa mahu sahaja aku mengherdik lelaki yang kurang ajar ni.

“Ayang ok?” Muncul Azmil membuat perasaan aku brcampur baur. Hasnita yang tadi turut berkongsi amarah padaku mula menyengih mendengar suara. Bibirku turut mengorak senyuman.

“Encik Azmil… stop joking ok..Sayang tu jangan buat main-main tau. Kalau dah saya betul-betul sayang kan dah susah.” Dalam nada amaran ada berbaur usikan kataku.

“Its ok. Awak berdua nak balik kan. Mari saya tolong hantarkan. Tapi apa kata kita pergi minum petang. Boleh saya tolong redakan hati awak yang menyala tu.” Kata Encik Azmil memang selalu sopan di kedengaran telingaku.

Ajakan En.Azmil tidak pernah ku hampakan. Maklumlah orang dah syok. Malangnya citarasa aku dan Hasnita sama pulak. Terpaksalah aku berbohong pada Hasnita yang aku tidak meminati En.Azmil. Tetapi memang kami selalu berkongsi minat yang sama sejak di matrikulasi Kolej Kurniawan dulu. Habis belajar ternyata jodoh kami panjang. Jumpa semula di tempat kerja yang sama. Bohong sangat kalau perempuan yang melihat En.Azmil tidak akan terpikat. Senyuman dia terlalu sweet.

————————————–

Hari ini Hasnita MC. Sudah 3 hari Hasnita pulang ke kampungnya di Jerteh, Terengganu. Tiga hari jugalah aku macam cicak berak kapur. Pergi kerja tidak berteman. Makan pun susah nak berteman. Bukan aku tidak ada kawan dekat ofis. Tetapi majoriti staf sudah berkawin. Cuma aku dan beberapa kerat sahaja yang belum berkahwin. Lagipun sukar aku nak menjalin persahabatan dengan perempuan lain memandangkan aku adalah staf baru yang belum sah lagi jawatan sebagai Pembantu Pentadbiran. Hari ni pula aku tidak tahu mengapa nasibku kurang baik. Datang kerja dahlah tertinggal bas. Dalam mesyuarat kena brainstorming dengan bos. Ni nak balik dalam lif boleh pulak tinggal aku berdua dengan mamat yang tidak pernah ku ketahui namanya. Suasana yang dingin buat aku resah. Mataku asyik melihat kedudukan lif setiap masa. Di level 1 tiba giliran aku melangkah keluar. Aku tahu mamat ni pasti menuju ke level G di mana kereta di parking. Belum sempat aku melangkah kaki tersandung. Pintu lif pulak hampir tertutup.

Dah kain pulak tersangkut. Aku hampir menjerit. Kalau lif ni bergerak pasti kainku koyak. Tetapi ketangkasan tangan mamat tu buatku terselamat. Hajat di hati ingin mengucap terima kasih terbantut. Sekali lagi aku dimarahi.

“Lain kali tu pakai kain labuh lagi. Boleh orang lain share kain dengan awak. Ingatkan nak sapu lantai je, lif pun awak nak sapu bawa balik.”

Seraya itu lif itu menelan mamat tu pergi. Aku masih terkedu di depan lif. Benci sangat mamat ni padaku. Kain ni pun satu hal. Bila depan mamat ni lah dia nak buat hal. Rungutku sendirian.

Belum habis sakit di hatiku. Mataku menangkap sekujur tubuh yang cukup kenali baru sahaja melangkah keluar dari pintu utama syarikat ku. Rasa kecewa mula menerpa. Mesranya mereka. Saling berpegangan tangan ketika menuju ke tempat kereta. Aku percepatkan langkahku. Pasti En. Azmil menunggu orang mengambil kereta di tempat letak kereta. Sengaja aku berdiri di sebelah En.Azmil. Hatiku panas pabila En. Azmil seolah-olah tidak mengenaliku. Sampainya hati dia buat aku macam ni. Lagipun apa salah ditegur aku sebagai kawan. Sukar aku bendung mendung yang menjelma di hati.

Longlai langkahku menuju ke perhentian bas. Layakah ku di katakan putus cinta. Alamak! Hujan tiba-tiba tanpa ku sedari. Aku tak berdaya berlari.

“Woi…mimpi apa kau naik teksi. Biasa punya kedekut ko bila aku suruh naik teksi.” Aku tahu wajah monyokku mengundang persoalan di benak Hasnita. Aku berlalu ke bilik membiarkan Hasnita diterpa kehairanan.

————————-

Sejak peristiwa aku tidak dapat menutup kemurungan wajahku. Puas Hasnita bertanya. Hanya gelengan kepala mampu ku berikan jawapan. Rasa kecewa menggunung di hatiku. Hilang rasa hormatku pada En. Azmil. Pabila melihat wajahnya cepat-cepat aku memalingkan wajahku.

“Hai sayang…..Hari ni saya belanja korang berdua makan ye.” Secara kebetulan aku bertembung dengan En.Azmil. Hasnita sekadar senyum. Aku sikit pun tidak memandang wajah En.Azmil. Marahku lagak seperti sang kekasih yang merajuk.

“Nita, Kenapa dengan buah hati saya sorang ni? Masam je….”Aku memberhentikan langkahku. Aku memandang Hasnita. Wajah masamku buat Hasnita kaget.

“Aku rasa tak sihatlah. Aku naik ofis dululah.”Langkahku percepatkan tanpa mempedulikkan Hasnita dan En.Azmil yang terpinga-pinga. Namun langkahku tidak ku atur ke lif. Sebaliknya ke pintu keluar utama. Entah tidak ku tahu ke mana harus ku bawa diri. Amarah di hati buat aku hilang pertimbangan diri. Tiba-tiba ku rasa lenganku di sentap dari arah belakang. Rupanya tanpa ku sedari jejakku di kejari En.Azmil.

“Kenapa dengan awak ni? Awak marah dengan saya ke?” Soalan itu terpacul dari mulut En.Azmil. Airmataku mengalir. Mengapa dia perlakukan begini. Sikapnya kekadang buatku seperti sang kekasih. Tetapi ku tidak mahu tertipu dengan perasaanku lagi.

“Kenapa awak berubah macam ni. Awak tak kesian dekat saya ke? Saya macam orang gila rindu dekat awak.” Hatiku tak dapat membendung rasa marah padanya. Masih lagi dia mahu berpura-pura di hadapanku.

“Shila!…”Aku terkejut. Namaku di laung dari arah belakang. Entah mengapa tiba-tiba aku berlari ke arah mamat yang selama ini aku anggap misteri. Lengan lelaki itu ku pegang kemas.

“Dia tunang Shila” Tegasku. Kuharap En.Azmil dapat semua jawapan yang bermain di benaknya. Berlalu sahaja En. Azmil tanganku terus ditarik.

“Awak nak bawa saya pergi mana?” Kepala otakku masih ligat bermain. Bagaimana di boleh tahu nama aku?

——————————

“ Awak tak ingat saya? Betul awak tak ingat? Mohd Haikal Bin Amran awak ingat nama ni..” Aku cuba mengingat sesuatu.

“Sayalah bakal tunang awak yang tak jadi.” Aku terkedu. Ya nama inilah yang selalu di sebut ayah 2 tahun lalu. Ayah kata Haikal bakal tunangku. Tapi aku tidak dapat terima semuanya. Entah mengapa sewaktu keluarga Haikal merisik aku sekadar berdiam diri. Ah! Mungkin takut dengn kebengisan ayah. Tapi entah dimana aku dapat kekuatan aku tidak tahu. Sehari sebelum majlis pertunangan aku lari meninggalkan kampung. Aku belum bersedia menjadi tunangan orang yang tidak ku kenali.

“Saya dah lama menjejaki awak. Dan emak awak juga yang bagitahu tempat awak bekerja.”

“Awak tahu tak kenapa saya benci pada awak. Di sebabkan awak mak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pemergian awak tanpa kata membuat kami rasa terhina.”Aku kaget mendengar cerita Haikal. Makcik Siah dah meninggal? Mataku mula bergenang. Rasa bersalah timbul di hati.

“Atas amanat mak saya juga saya menjejaki awak. Dan apabila melihat awak hati saya seperti ditikam. Betapa bencinya saya pada awak. Benci saya bertambah bila mendengar awak bercinta dengan Azmil. Ternyata rupa dan kekayaan menjadi pegangan awak. Padanlah awak melarikan diri.”

Aku tertunduk mendengar kata-kata Haikal. Padanlah bencinya menggunung padaku. Semuanya baru ku ketahui sebentar tadi. Kini baru ku sedar bagaimana peritnya kasih tidak berbalas. Dan aku tidak dapat bayangkan penghinaan yang dirasakan keluarga Haikal biarpun semuanya bukan niatku.

“Tetapi… saya sedar semuanya bukan salah awak. Saya juga bersalah kerana tidak tanya perasaan awak ketika itu. Dan saya nak awak tahu benci di hati inilah yang mengundang rindu pabila tidak melihat wajah awak. Dan saya harap peluang saya masih terbuka…”

Kata-kata Haikal buat mataku terbuntang. Masihkah ada maaf di hatinya. Sedangkan luka yang tercarik belum mampu ku ubati. Masihkah ada ruang untuk dia di hatiku. Aku bingung memikirkannya.

Nukilan: Ateh @ Ila
putri_brutal@yahoo.com Cerpen Cinta : Bingung

9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

emm best jugak....

Tanpa Nama berkata...

ok gak tp cite die ngan en.azmil tue mcm tergantung je...tue bg pendpt sye laa....heheheh

Tanpa Nama berkata...

yes i agree with you...

Tanpa Nama berkata...

aku nk tau...
dia trima ke haikal?
or ttp nk azmil?
n siapa plak gadis yg brsama azmil 2?

Tanpa Nama berkata...

ha btol
citer ni ok la tp cm tergntung....

bidadaricinta berkata...

citer ni mcm tergantung la..
apa kesudahannya..?

nsn berkata...

nper cam tagantung jer ni....
tp bez gak la...

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik....sya ska crpen ni...tpi ape ksudahan nye????

Raja view video berkata...

kurang merangkai

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.