Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?


Share on Tumblr Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Di sini, ingin berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

- Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

- Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

- Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

- Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

- Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

- Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

- NOOR HASLIZA NUSI (Kosmo!)

Sumber: askmen.com Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?

18 Komen:

Tanpa Nama berkata...

yUp..pMpUan lbIh sensitip dR lakI2...bUt laKI2 sesANGat ego...!!!

Tanpa Nama berkata...

pmpuan memang lah sensitif..lagi2 dengan orang yg paling dia sayang...tp kenapa llaki susah nak faham???hehehe

Tanpa Nama berkata...

orang pompuan nie sensitif sgt2. tunang aku selang 2 hari merajuk,pastu ok, pastu merajuk..

Tanpa Nama berkata...

btol tu...
perempuan cpt sensitif..
so, org laki2 kna la pham...
jgn terlalu ego coz kdg2 blh mkn diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

lelaki ingin di mengerti tatapi tak hiraukan perasaan perempuan.
lelaki hanya mengunakan ego nya di banding perasaan nya.

Tanpa Nama berkata...

sbenarnye lelaki pun sensitif gak!macam pompuan...dah pandai plak merajuk...sampai seminggu plak tu...hey!tension lorh...

Tanpa Nama berkata...

kaji dri sndri..

Tanpa Nama berkata...

lelaki memang ego, tetapi lelaki jugakla yang selalu mengalah.

Tanpa Nama berkata...

ye ke.. tp lelaki ni tkdg ego tk menentu..
menyampahhhh.......

Tanpa Nama berkata...

AKU DAN DIA...

eya ke?tp napa lelaki ni kd g2 merajuk kalah popmuan mau merajuk..hehehe..lucu lah plak..

Tanpa Nama berkata...

lelaki mmg tramat egoooooo..benciiiiiiiiiiii sgat2..aku je nk mengalah,dia je yang btol..aku bengang sesngat..

Tanpa Nama berkata...

mmg laki ego sgt2..bosan aku.padan muka kt bf aku cz aku biar die majuk lme2..malas aku nk lyan.hahaha

FAYU.... berkata...

AKU SEEETUUUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.................BWWWWAN63TZZZZZZZZZZZZZ...........................Cl0 cwok MAN6 EGOOOOO BWANGETZ

Tanpa Nama berkata...

x nak komen

jehan berkata...

ego laki akn lemah bile kite mengalah... mule2 mmg rs sakit ati skit.. tp lpas tu kite akn rs betape manisnye saat kite mengalah tu!

yana berkata...

bkn xpercaya cuma lelaki ni sering xambil berat dgn apa yg pompuan pk...bg mereka kami ni mcm queen control sdgkn kami mahukan yg terbaik sahaja...supaya xmenyesal...

electrony berkata...

ni la lumrah nye. kena terima , tp kdg2 x bole nak terima . sakit hati. kita punya la tenang , dia xpenah nak tenang2 , nak ikot ego dia tu je. haishhhh!

Nursyahirah berkata...

mmg bt0l kan.. saya s0k0ng sesangat.. ley c nk c0py lm bl0g saya?? just nk k0ngsi dgn mmbr..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.