Menginginkan sesuatu yang amat sukar diperoleh bagaikan satu kepuasan tidak terhingga. Namun dalam soal hati dan perasaan, setiap yang didambakan sering menemukan kita dengan harapan palsu, sekali gus kepahitan berterusan.
Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah.
Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru kemudiannya.
Cinta muncul secara langsung dan alamiah, namun cinta hidup melalui pemeliharaan. Sesuatu kemusnahan boleh saja berlaku mungkin angkara fitnah, kehadiran orang ketiga bahkan apa saja, biarpun alasannya cukup kecil serta sukar dipercayai.
Membinanya mengambil masa bertahun-tahun namun runtuhnya hanya dalam sekelip mata. Siapa yang tidak merana bukan?
Katakan pada diri, mungkin anda belum ditemukan dengan insan yang layak menerima ketulusan cinta anda sepenuhnya. Anggaplah perpisahan dengan yang lama sebagai permulaan untuk suatu permulaan yang lebih indah bahkan lebih bermakna.
Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dibina semula. Kata bijak pandai, cinta bukanlah bara, melainkan api yang keluar dari bara. Pun begitu, anda tega untuk melupakan si dia?
Berikut panduan yang mungkin dapat membantu diri merawat kelukaan akibat perpisahan atau cinta terputus di tengah jalan:
# Terima hakikat
Pertama sekali, perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan seterusnya.
# Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan.
Cuba pergi ke tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Tetapi jangan pula berkunjung ke tempat di mana anda pernah pertama kali bertemu atau tempat anda selalu mengadakan janji temu kerana khuatir nostalgia lama berputar kembali. Ia tentu sukar bagi anda untuk melupakan si dia sedangkan tujuan sebenar anda adalah melenyapkannya terus kenangannya.
# Luahkan perasaan
Luahkan segala resah yang terpendam atau duka yang sarat itu kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, anda akan dapat menghilangkan tekanan.
# Jatuh cinta lagi
Suburkan semula rasa cinta terhadap orang yang mungkin baru muncul dalam hidup anda. Apabila jatuh cinta pada seseorang sekali lagi, jangan menyeksa diri dengan menganggap cinta anda tidak diterima. Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu. Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.
# Cuba ingat orang lain
Setiap detik wajahnya masih membayangi dan terngiang-ngiang perbualan mesra dengannya. Sukarnya melenyapkan setiap inci kenangan memang tidak dinafikan.
Kalau teringatkan si dia, mengapa anda tidak cuba dekat dengan orang lain misalnya ahli keluarga, bekas rakan sekolej yang pernah sama-sama bergiat aktif atau sesiapa saja yang mungkin membahagiakan. Mungkin dengan cara itu, ia akan membuatkan anda kembali bahagia walaupun ia mengambil masa. Yang pasti, belajarlah melupakannya secara perlahan-lahan.
# Buang saja hadiah pemberiannya
Bunga, jam, penanda buku, baju, seluar, jaket, novel cinta, bunga, beruang kesayangan, cincin, rantai atau apa saja, jangan disimpan lagi. Ia kelihatan seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik atau pulangkan kembali hadiah itu kepadanya.
# Berdoa dan bertawakal
Ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya. Berdoalah kepada-Nya supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan serasi.
Jom sertai forum remaja di sini!













19 Komen:
dia mmg bukn utk aku... tuk apa mennti lg..
dulu dia lh yg bangkitkn impian2 ku, betapa kosong ku rasa kini. semuanya hilang sekelip mata.
ku serahkn kamu pd alam...
die jg bkn mlik ak...dl die pemberi smgt utk ak trskn stdy
tp kini die dh jd hak org len
sia2 ak men6t die dgn pnh hrpn
akhirnya die tgglkn ak
huhuhu
aQ M'cIntAi dEa sPenUh aTy Q..
mEngAPa perLu aDiR nYa OWg ke-3 ???
mEngAPa pErLu di saKiTI ???
aku pn baru putus cinta ni...
dah 6 bulan bkurung...
soal hati susah, dah tau pn dia bukan untuk aku..
bukan tak cuba, 3 tahun kenal dia 2 kali aku tukar tempat kerja.. macam2 la... tapi hati ni degil..
aku nak sangat dalam masa terdekat ni jumpa cinta baru... aku sanggup mencuba dengan org lain, asalkan org tu bukan dia...
aku dh clash dkt 1 thn lbh..
tp smpai skrg aku still xlh nk lpe kn xbf ak..
bkn ak xpnh try tok lpekn dia..
tp mkin ak try lpekn dia..
mkin dia dkt lm aty ak..
cm ner ak nk wt ag?
Hmmm...tiap prtemuan tu pasti da perpishn.hidp kt sekali je kn..dan idup kt bgaikn sbuah novel yg kseluruhn crita tlh diatur oleh tuhan...kt xdpt menjangka brapa byk episod ksh cinta kt dgn our lover..if dh d tkdirkn smpai episod ke 22...xmgkn hadir episod ke 23 dlm novel hdp kt kn..by da way..ingatla...allah tu xprnh kejam pd umatnye..i beliv on that.utk allah ganti yg lbh baik,die akn trik pe yg kt da skrg..i really admit it's totally difficult to 4get sumone..pe pn..try our best k..allh tu tau pe kt rasa..percyala.
gitu jg dengan yg kurasakan hari ini dan cinta ini tidak lg indah dengan kebohongan yg kau ciptakan andaikan kau tahu sakitnya hati ku sekarang tidak ada kebahagia smpai akhirny ku tunggu keyakinan di dalam hati untuk meninggalkan mu untuk tidak sakit dam meneteskan air mata karna aku bosan dengan cinta yg kita jalani sekarang......,meilanie
setelah setia ku berikan....last2 bila dpt tahu si dia ada org ke3 huh mahu nye punah hati..tapi apakan daya..andai itu takdirnya....Allah tetap di sisi kita....
ms ade aku x hargai tp bler dh xde br aku tau die istimewa..nk get along tp die dh xnk..aku mampu bdoa die kembali pd aku
aku dah berpisah dengannya,sbab adanya orang k3, walaupun die sudah berkaluarga die tetap mnghubungi aku,mcm mna aku nak lupakan die??? mcm mana aku aku nak terima orang baru dalam hidup sdngkan die sentiasa hadir dlm hidup aku, walaupun dah belalu, dikala luka terlalu dalam sembuhpun masih tak terpadam,
ermm nk jatuh cinta lg sekali mmg payah ler..coz aq selalu ingt dia aduhhhh!!!!!!!!!
aggapla perpisahan sebagai dugaan... doa byk2..
msih x pecaya sbb sidia mendiamkn diri selama 2 thn tanpa sbrg penjelasan... tp di saat nk berazam melupakannya... tanpa dsangka sidia muncul dgn penuh penyesa;lan....
mgharapkn diterima semula....
betapa aku diduga lg...
aku baru je putus.. katanya dia x mampu bahagiakan aku dan x sanggup tgk aku tersiksa lagi.. tapi dia x tau yang aku tersiksa tanpa dia.. aku x bahagia tnpa dia.. mengertilah..
aq benci lelak!!!!!!!!!!!!!
aku..bru jer ptus cinta...kasih syg aku pada die xpenah brubah skit pun walau jarak n mase x dpt aku nk jumpe die....tp mungkin perpisahan jalan yg terbaik baik kerana hti ku terlalu penat dgn sikapnya...tp die tetap dihati aku...aku tetap syg die...mungkin aku tiada di sisi die buat die lebih selesa..n gembira...
aku sgt sayang sama dia tp aku jg tdk berhrp dia bs sayang sama aku,krn aku sdr siapa aku & siapa dia! aku hanya ingin dia slalu bahagia dan tersenyum tuk slamanya,
rasa syg tidak hrs diutarakan dgn kata2 tdk jg dgn tingkahlaku tp rasa sayang akan terlihat disaat kepercayan yg diberikan dgn pnh keyakinan!
akhirnya aku putus setelah genap setahun lima bulan kami menyemai kasih sayang dalam hubungan kami namun dgn wujudnya org ke3 akhirnya ia hancur dlm sekelip mata. betapa kejamnya kaum sejenis krn sngp menghancurkan kebahagiaan org lain..
ermm nak jatuh cinta LAGI SEKALI MEMANG PAYAH LER...COZ AKU SLALU INGAT DIA ADUUUUUUUUUUUUUU........................
Sila tinggalkan nama. Jangan guna komen ' Tanpa Nama '.