Aku kenal dia. Dia lelaki yang kacak, ramah dengan senyuman. Penampilannya sentiasa kemas. Tidak hairanlah kalau ramai wanita tertarik dengannya. Tapi..bukan aku. Aku bukan tertarik pada wajah atau gayanya. Jauh sekali aku suka dengan sikapnya yang merendah diri dengan pekerja bawahan seperti aku. Walaupun dia salah seorang pegawai di sini, sebagai ketua yang ditempatkan di bahagian pengaduan, dia tetap tersenyum tatkala mendengar rungutan dan cercaan daripada orang awam. Pada aku, dia seorang insan yang tidak pernah marah dan tidak tahu bagaimana untuk marah. Itulah kelebihannya.
Tapi..itu dulu…
Kebelakangan ini aku lihat dia sering mendiamkan diri, kadangkala hanyut dalam dunianya sendiri. Pasti dia punya masalah, desis hatiku. Aku ingin bertanya, namun akalku menghalang. Aku tidak mahu dicop sebagai penyibuk. Lantas kuperhatikan saja gelagatnya. Sehari ke sehari, keadaannya masih seperti itu. Kalau dulu, dia seorang yang periang, dan selalu berbual dengan kami, tapi kini dia gemar membisu. Kalau dalam sesi mesyuarat atau taklimat, dia hanya akan berucap pendek. Senyumannya juga sudah tidak kelihatan. Aku semakin gusar melihat perubahan ketuaku yang seorang ini.
“Emma…bawakan fail mengenai minit mesyuarat yang lepas. Sekarang!” Interkom yang berbunyi mengejutkan aku. Interkom dari En Wan. Aku menjadi gelabah. Perasaanku berdebar-debar ingin berjumpa dengannnya sedangkan dulu akulah staf yang paling banyak berbual dan berlawak dengannya. Dia suka mengusik aku, kerana aku memang cepat merajuk sementelah aku juga tidak punya abang kandung. Kadang-kadang kami berpakat untuk mengenakan seseorang atau mengadakan surprise party pada teman-teman sepejabat. Memang kami rapat.
“Emma, pergilah. Mana tau kot-kot kau boleh tanya apa masalah dia. Kau kan baik dengan dia, mungkin dia boleh cool down. Pergilah…” Desak teman di sebelah.
Berkongsi
“En Wan…”panggilku perlahan. Dia memandangku sekilas sambil membuat isyarat menyuruh aku duduk. Aku lihat dia sedang leka mendengar alunan lagu. Lagu apa? Desisku dalam hati. Sampaikan buat tak tahu pada aku. Aku letakkan fail yang dipintanya di atas meja, namun tak diendahkan. Matanya sedang leka memandang melalui celahan tingkap. Pandangannya jauh.
“Telah kusiapkan satu daerah..paling sunyi..dalam hati ini..untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita…untuk kau beri erti dengan kelembutan..untuk kau hargai dengan kasih sayang…”
Aku amati lirik lagu itu. Entah kenapa aku rasa tersentuh. Patutlah kata Siti, dia selalu memainkan lagu ini berkali-kali. Aku mengalihkan pandangan kepadanya. Kebetulan, mata kami bertentangan.
“Maafkan saya…saya tak tahu apa masalah En Wan sebenarnya. Tapi kalau En Wan nak berkongsi masalah tu, saya sedia mendengarnya.” Luahku ikhlas. Aku lihat matanya membengkak. Takkanlah dia menangis, desis hatiku.
“Mahu ke awak kongsi, Emma? Sedangkan ini hal peribadi saya” Ujarnya serius.
Aku terpempan. Masalah peribadi?
“Aaa..asalkan En Wan tak bersikap dingin macam ni lagi. Saya nak En Wan happy macam dulu…Saya rindu nak tengok En Wan senyum!”Luahku tiba-tiba.
Dan mata kami bertentangan lagi…
Tergamak
Dia seorang lelaki yang hebat dari segi luaran, tapi hakikatnya dalamannya lemah. Aku sungguh tak menduga perkara seperti ini boleh terjadi padanya. Siapa sangka, seorang ketua yang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah-masalah orang awam dan masalah di kalangan staf mempunyai masalah yang lebih besar di rumah. Apalagi masalah itu melibatkan isteri sendiri. Seseorang yang dianggap kaunselor di pejabat, sebenarnya memerlukan kaunseling yang lebih hebat untuk dirinya sendiri.
Perbualan selama dua jam itu membongkar segalanya. Tahulah aku kini, mengapa sikapnya berubah tiba-tiba. Kenapa senyuman tiada lagi di bibirnya. Semuanya gara-gara rumahtangganya yang dilanda badai.
Dalam kepayahan, dia mula bercerita padaku tentang apa yang dipendamnya selama ini. Dan aku, hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Siapalah aku untuk menolongnya. Sedangkan aku masih mentah dalam soal rumahtangga. Berkasih pun belum, desis hatiku.
Namun, simpatiku tumpah tatkala diberitahu yang dia terpaksa bermalam di dalam kereta di luar rumah gara-gara berselisih faham dengan isterinya. Gara-gara dia ingin keluar sekejap bermain badminton dengan teman-teman. Salahkah tindakannya itu? Punca yang tidak logik, fikirku. Dan lebih memburukkan, kerana dia tinggal di rumah mertua. Justeru itu, segala masalah yang timbul antara mereka akan diadukan pada mertua. Dia jadi malu. Sudahlah menumpang di rumah mertua. Apalah kata mereka. Dua orang anaknya yang masih kecil itu pula sering jatuh sakit dan memburukkan keadaan.
Aku terdiam. Setahu aku, isteri En Wan seorang ustazah yang mengajar di sekolah menengah. Takkanlah seorang ustazah sepertinya tergamak membuat perkara-perkara sedemikian. Apa lagi bertengkar dan tergamak memarahi suami? Sepatutnya dialah yang lebih arif tentang hal-hal agama, bukannya bertindak melulu tanpa usul periksa. Aku buntu. Pelik memikirkan keadaan sekarang. Isteri sudah tidak segan silu memarahi suami, dan suami yang sepatutnya bertegas dengan isteri pula lebih suka berdiam diri.
Sejak waktu itu, aku menjadi pendengar setia En Wan. Setiap masalah yang dihadapinya, akan diluahkan padaku, kecuali hal yang berkaitan tempat tidur. Boleh dikatakan setiap hari, ada saja angin ribut yang melanda. Dan aku menasihatinya setakat termampu. Kami menjadi rapat, dan kadangkala keluar makan bersama. Dia lebih selesa dengan aku, kerana cuma aku yang tahu segala masalahnya. Mujurlah teman-teman memahami, dan tiada yang menganggu tatkala kami berbincang.
Jatuh Cinta
“Apa? Kau dah gila??”
Aku mendiamkan diri. Memang. Memang aku gila, Milah. Gila kerana jatuh hati padanya. Tapi perasaan ini hadir tanpa diundang. Bukan aku yang minta jadi begini.
“Kau ingat senang…bercinta dengan suami orang? Hey! Aku yang pernah bercinta dengan duda orang ni pun, sampai sekarang serik, kau tau tak?” Cebiknya lagi. Nyata dia tidak gembira dengan perkhabaran ini.
“Tapi..aku kasihan padanya, Milah. Sampai bila dia harus macam tu? Diabaikan isteri sendiri. Dah la anak-anaknya tu pun selalu sakit. Hati mana yang nak tenang Milah?” Ujarku pada teman serumah. Milah antara yang paling rapat denganku. Dan cuma dia yang pernah mengalami masalah seperti ini.
“Aku rasa…kau cuma kasihan padanya. Bukan cintakan dia!”
“Tapi Milah…aku..aku rasa aku nak berkongsi masalah ni dengan dia. Aku tak mahu dia sedih lagi. Aku tak sanggup biarkan dia hadapi masalah ini sendiri…” Luahku sebal.
“Emma..bercinta dengan suami orang ni bukannya senang. Ibarat menyeluk tangan ke dalam api. Sia-sia saja Emma. Apa yang kau harapkan dari dia? Cinta? Mungkin…Tapi takkan nak bercinta saja sampai tua? Kahwin…boleh. Tapi kau sanggup ke nak bermadu? Lebih-lebih lagi nak bermadu dengan orang yang semacam itu. Aku taknak tengok kau patah-riuk kena serang Emma. Banyak lagi benda yang boleh kau buat…”Ujar Milah serius. Temannya itu belum tahu lagi bahana menjadi orang ketiga. Walaupun dia tahu niat temannya itu ikhlas, tapi masyarakat tetap akan menghukum. Tentu dia akan dicop betina sundal, miang dan entah apa-apa lagi. Tiada siapa akan menyebelahinya. Dia tidak sanggup melihat Emma jadi begitu.
Aku tunduk. Aiar mataku tiba-tiba mengalir sayu. Kenapa niat murniku ini disalah ertikan? Aku ikhlas nak membantu En Wan. Mungkin dia perlukan sokongan dan suntikan semangat dari aku untuk meneruskan hidupnyaaa. Bukannya aku nak merampas kasih dia dan isterinya. Aku cuma ingin berkongsi. Salah benarkah aku?
“Lagipun Emma…kau hanya dengar masalah ini dari sebelah pihak aje..Mana tahu kalau dia hanya mengada-adakan cerita? Mungkin cerita yang sebenarnya lain, Emma. Kau belum dengar dari mulut isterinya lagi. Dalam dunia hari ini, macam-macam boleh jadi Emma. Tolonglah berhati-hati. Itu aje pesan aku!” Luah Milah sambil meninggalkan aku sendirian.
Perasaan
“Hello..assalamualaikum”Ujarku gugup. Terkejut kerana bukan dia yang menjawab panggilanku.
“Waalaikummussalam…haa ada ada apa ni? Ujar satu suara yang amat garang itu. Sudah pasti isterinya yang bercakap denganku.
“Mm..mmaaf puan..Ss..saya call dari pejabat ni..boleh saya cakap dengan En Wan sekejap?” pintaku sopan. Malang betul kerana terpaksa menelefonnya pada hari dia MC sebegini. Dah urusan pejabat.
“Siapa awak ni? Ada apa hal nak cakap dengan dia? Tak tau ke dia MC hari ni? Yang telefon tu buat apa? Ni mesti nak menggatal ni. Siapa ni hah?” Suara itu memetir membuat aku terkaku. Tanpa kusedari, aku meletakkan gagang telefon. Badanku menggeletar. Tahulah aku sikap isterinya yang sebenar.
Aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Entah kenapa, hati ini jadi tidak keruan. Tambahan pula mendengar suara isteri En Wan siang tadi. Terasa seperti hendak demam aku dibuatnya.
Patutlah dia sering saja murung dan bersedih. Siapa yang tak terasa hati kalau diherdik begitu. Nasib baik bukan pengarah yang telefon, desisku.
Aku merenung siling yang kosong. Fikiranku menerawang jauh. Aku cuba menilai diri sendiri. Bermula dengan menjadi pendengar masalah , alih-alih aku jatuh hati. Tapi aku bukan sengaja. Perasaan ini hadir lantaran rasa kasihanku padanya. Seorang suami yang dikhianati. Dan dia terlalu setia, fikirku. Masakan dia sanggup bertenang dan berdiam diri. Dituduh macam-macam oleh isteri sendiri. Punyai perempuan simpanan dan macam-macam lagi. Memang En Wan kacak. Aku sendiri tertarik padanya. Namun dia bukanlah lelaki seperti itu. Tak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan ke atas kami, stafnya. Kalau memang betul dia lelaki buaya, tentu dah lama dia buat begitu. Tentu juga bukan seorang mangsanya. Kenapalah isterinya tak mengerti. Kalaulah lelaki lain, mungkin sudah bertalak. Siapa yang tahan dicaci. Mungkin kerana isterinya seorang graduan sedangkan dia cuma lulusan STPM. Sebab itu dia memandang rendah akan suaminya. Namun, suami tetap suami. Maruah suami perlu dijaga. Walau seburuk manapun, dia tetap anugerah Tuhan buat kita. Cuba bayangkan dalam sekelip mata Allah mengambil nyawa En Wan, adakah mampu isterinya hidup sendirian bersama anak-anak yang masih kecil? Tahankah dia bergelar ibu tunggal? Cakap mungkin senang, tapi realitinya hanya Allah yang Maha Tahu.
Aku mengeluh. Air mataku mengalir pilu. Insan seperti aku hingga kini masih belum berteman. Walaupun belum bergelar andartu, tapi aku juga punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Aku kepingin mempunyai seseorang yang boleh kupanggil suami. Yang boleh menjadi ayah kepada anak-anakku kelak. Yang boleh membimbingku ke jalan Tuhan. Seronok hidup berteman, susah senang dikongsi bersama. Apalagi seseorang seperti En Wan yang bertanggungjawab. Bukan seperti kebanyakan lelaki kini. Habis madu sepah dibuang.
Dalam diam, aku bertekad. Kalau isterinya sudah tak mahu menyayangi dan menjaga hatinya, biarkan aku saja yang menemaninya. Aku nekad!
Aku Malu!
“Maafkan saya, Emma…Memang saya sayangkan Emma dan terharu dengan keprihatinan Emma. Kalaulah sejak dulu kita dipertemukan, mungkin kita daah bersama sekarang. Tapi keadaan dah berubah, Emma. Saya tak mampu…” Ujarnya perlahan. Matanya memandang jauh ke luar kereta. Kami berduaan di dalam kereta di tepi ombak pantai yang menderu.
Aku tunduk. Sampai hati En Wan menolak aku untuk bersamanya. Aku malu!!
“Saya tak faham En Wan. Mengapa En Wan harus bersaabr dengan sikap isteri En Wan tu? Dia dah jadi nusyuz. Apa yang En Wan harapkan lagi?” Ujarku dengan linangan air mata.
Dia diam. Lantas dia menforwardkan pemain CD kereta. Dan kemudian menekan butang play.
“Kerana engkau isteri…kuingin kau mengerti bahawa hidup ini..tak seindah yang kita janjikan..yang kita impikan..kerana kau isteriku…”
“Maafkan saya Emma. Tapi dia isteri saya yang perlu saya asuh. Walaupun payah, saya terpaksa. Kerana itu tugas saya sebagai suami. Dan saya kasihan kepada anak-anak yang masih kecil. Terlalu kecil untuk mengerti semua ini. Walaupun jiwa saya terseksa, namun saya terpaksa tabahkan hati. Kerana kami dah terikat Emma. Terikat dengan sebuah ikatan yang bernama perkahwinan. Saya akan cuba menjaga ikatan ini selagi hayat masih ada. Doakan saya berjaya, Emma. Dan maafkanlah saya..”
Oh Tuhan! Baru kini aku tahu…tidak semua lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas dugaan yang hadir.
Dia antara suami yang tabah mengendalikan bahtera rumahtangga. Walaupun sukar…Hanya kerana sebuah ikatan suci. Hanya kerana seseorang yang bernama…
ISTERI !! Cerpen Cinta: Untukmu
10 Komen:
tak patut mluahkn prasaan pd suami org..tp stil kgum dgn kbranian emma. en wan...tabik spring..!!!
slalunye bgitu lah...mula2 cume nk kongsi msalah..lme2..laen jdinye..!! aduhai...lmbutnya ati sorang wnita..
alah..isteri perangai cam 2 pm nak lg...
lelaki macam en.wan 2 sejuta dlm satu...huhuhuhu
betul....betul....betul....
gembiranya kalo kebanyakan lelaki mcm tu..
snggup mnggalas tggungjwb mmbmbing isteri wlaupun jiwanya sndri tersiksa..
itula yg dinamakn tggungjwb seorg suami..
so sweet..
alangah indah memiliki teman sesetia en wan..=)
iena88
ALA NK JUGAK CM CIK WAN TUH...TP REALITYNYA WUJUD KE CIK WAN TU HUHU....
btul.. lelaki cm en wan tu cuma khayalan je.. mane de da lelaki camtu.... yg banyak berfoya2 je... minta duit... pastu g joli ngan pompuan lain...
kagum bt0l la ngan en wan nie....
sggup mngalah dan k0rbnkn prsaan sndri demi sese0rg yg brglr isteri......
tp sygnya klau isteri dia x mmpu nk brubh jgk.....