Panduan kawal kemarahan


Share on Tumblr
Setiap sikap baik negatif dan positif yang ditonjolkan secara tidak langsung memberi kesan dan pengaruh kepada masyarakat sekeliling.

Tindakan bijak mengawal perbalahan dan kemarahan akan dihormati bukan saja orang sekeliling malah pasangan.


Panduan kawal kemarahan

* Sebelum melepaskan kemarahan, cuba fikir apakah kemarahan akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara. Persoalan ini memberi ruang untuk berfikir secara rasional tanpa membabitkan emosi semata-mata dan jika mendapat jawapannya, anda akan lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan.

* Fikirkan sejenak kesan buruk jika melepaskan kemarahan. Apakah tindakan melepaskan kemarahan meninggalkan kesan negatif panjang daripada kemarahan. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan membabitkan perkara kecil. lebih baik lupakan saja.

* Ketika marah, cuba letakkan diri sebagai diri orang yang dimarahi. Fikirkan mengenai jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

* Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana dianiaya, sudah menjadi kesalahan sendiri atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

* Ketika kemarahan anda memuncak, cuba buat kiraan satu hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah itu tidak membantu memadam kemarahan sertamerta tetapi sekurangkurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.
Panduan kawal kemarahan

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

b e t u l ! ! !

Tanpa Nama berkata...

sebelum melepaskan kemarahan fikir sejenak, fikirkan apa yang akan berlaku sekiranya kemarahan itu memuncak.. ia mungkin akan mencederakan orang yang kita sayangi...

Tanpa Nama berkata...

setuju. sesiapa yang nak motivasi,boleh jugak visit and follow blog ni

http://drnyapo.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

lebih baik kite diam bile kite marah itu lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

setuju!!!!!!!!!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.