Kes Buli - Ciri Pembuli - Kesan Psikologi


Share on Tumblr
Sesetengah pihak mengatakan masalah buli melibatkan pelajar hanya isu terpencil. Benarkah?

LAM THYE: Saya berpendapat masalah ini amat serius kerana statistik Kementerian Pendidikan menunjukkan terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan 2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan baru-baru ini turut berkata terdapat peningkatan dalam kes buli yang dilaporkan di sekolah menengah iaitu daripada 0.06 peratus pada tahun 2015 kepada 0.11 peratus pada tahun lepas.

 Menurut Nobullying.com sebuah forum dalam talian yang bertujuan untuk menghentikan kes buli, kira-kira 84 peratus kanak-kanak di Malaysia mempunyai pengalaman dibuli.

 Berdasarkan kajian Stop Cyberbullying 2017 di bawah program Digi CyberSAFE, sekurang-kurangnya satu dalam dua belia mengakui telah mengalami pembulian siber di Malaysia.

Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari dengan 250 kes dilaporkan pada tahun 2012 manakala pada tahun 2013 terdapat 389 kes; 2014 (291 kes); 2015 (256 kes) dan 2016 (338 kes).

 Walaupun bilangannya adalah rendah berbanding dengan lebih daripada lima juta pelajar di seluruh negara, saya ingin menegaskan bahawa statistik itu hanya berdasarkan kes yang dilaporkan.

Bagaimana kita dapat mengenal ciri-ciri pembuli dan apakah yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian?

LAM THYE: Pembuli ini biasanya merupakan kanak-kanak atau remaja yang bersifat impulsif dan mudah marah. Mereka akan berasa seronok apabila melihat mangsa dalam keadaan takut setiap kali bertembung.

Sesetengah pelaku pula kekurangan empati dan gembira  melihat orang lain dalam kesakitan.

 Pembuli juga terdorong untuk menunjukkan kuasa dan bangga apabila dapat menundukkan orang lain.

Kebanyakan kanak-kanak dan remaja terjebak ke dalam jenayah seperti buli akibat pengaruh negatif rakan sebaya, kurangnya bimbingan ibu bapa, pengaruh buruk daripada Internet dan penularan unsur-unsur samseng.

Pembuli selalunya berasal daripada keluarga yang pincang, di mana kasih sayang dan keterbukaan amat terbatas.

Saya percaya ramai pelajar dan belia terlibat dalam buli selepas mereka menyaksikan sikap agresif ibu bapa mereka terhadap rakan-rakan, adik-beradik atau ahli keluarga yang lain.

Masalah kesihatan mental juga berkemungkinan menjadi sebab utama kejadian buli dan keganasan boleh berlaku.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 menunjukkan kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus daripada jumlah penduduk, mengalami pelbagai masalah mental.

Jumlah tersebut membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2006.

Lebih merisaukan, masalah itu turut melibatkan pelajar apabila nisbah mereka yang menghadapi masalah mental telah meningkat daripada satu dalam 10 orang pada tahun 2011 kepada satu dalam lima individu pada 2016.

Apakah kesan buli terhadap psikologi mangsa? Jika dibuli, apakah tindakan yang harus dibuat?

LAM THYE: Selain kecedaraan fizikal, mangsa buli juga berkemungkinan akan berubah secara drastik menjadi pendiam, takut, tidak gembira, muram atau kurang selera makan.  Apa yang lebih membimbangkan adalah kesan jangka panjang psikologi secara batin seperti kebimbangan, kemurungan dan cepat putus asa, manakala kesan pada zahir yang boleh dilihat adalah  tingkah laku yang agresif.

Mereka juga menjadi pendendam atau bersikap agresif terhadap orang yang lebih muda.

Menurut Pensyarah dan Pakar Psikologi, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, mangsa yang tidak berkelakuan agresif terhadap orang lain akan berubah menjadi cepat cemas dan tertekan.

Ia juga boleh mendorong mangsa untuk membunuh diri seperti mana yang dilaporkan di dalam negara dan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Kanada, Norway, England, Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Dr. Noran Fauziah, kajian yang beliau jalankan membabitkan 5,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia mendapati dua kes mangsa buli berniat untuk membunuh diri.

 Mangsa atau mereka yang melihat aktiviti buli tidak sepatutnya menyembunyikan kejadian tersebut dan seharusnya melaporkan segera kepada guru, pensyarah warden atau ibu bapa.

Tidak ada siapa suka dibuli. Tapi mangsa buli biasanya menyembunyikan apa yang berlaku daripada pengetahuan ibu bapa dan pihak berwajib. Apa sebabnya?

LAM THYE: Terdapat pelbagai sebab, bergantung kepada di mana ia berlaku. Di sekolah-sekolah berasrama sebagai contoh, ia telah menjadi satu budaya yang diwariskan oleh pelajar senior kepada junior. 

Pelajar junior sering menjadi mangsa ragging apabila mereka dipaksa untuk melakukan kerja-kerja seperti membasuh dan menggosok pakaian senior, melakukan perbuatan yang memalukan selain dihina serta dipukul tanpa sebab.

Kurangnya pengawasan memudahkan tingkah laku buli berlaku di sekolah atau IPT. Kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana mangsa percaya ia merupakan sebahagian budaya yang telah diamalkan sekian lama dengan restu guru, pensyarah atau warden.

 Mereka juga takut diejek, dipulau atau dipukul jika melaporkan kejadian buli tersebut.

Buli di sekolah dan IPT bukan isu baharu. Kenapa masalah itu sukar dibendung?

LAM THYE: Kajian yang dibuat beberapa pihak menunjukkan peningkatan kes buli berkait rapat dengan kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga.

Menurut Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pelajaran (PAGE), pembuli datang dari keluarga yang pincang dan memilih pelajar yang lemah untuk melepaskan geram akibat kurangnya kawalan, kasih sayang atau perhatian di rumah.

Sikap ibu bapa di rumah juga menjadi ikutan termasuk penggunaan bahasa kasar dan penghinaan berterusan.

Kanak-kanak yang datang dari keluarga pincang sebegini, di mana pertengkaran, masalah kewangan, penyalahgunaan dadah dan alkohol merupakan perkara biasa.

 Selalunya mereka akan membentuk kumpulan di sekolah dan mudah terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti buli.

Satu lagi sebab mengapa kes buli sukar dibendung adalah kerana kecenderungan pelajar untuk mendapatkan rasa hormat daripada rakan-rakan mereka. Pembulian dilakukan kerana mereka percaya ia dapat meraih populariti daripada rakan-rakan mereka.

Apa yang berlaku di sekolah dan IPT sebenarnya adalah cerminan kepada keadaan masyarakat pada masa ini yang semakin kurang sikap toleransi serta mudah bertukar menjadi ganas.

Sesuatu perlu dilakukan segera bagi menghentikan gejala tidak sihat ini daripada terus berlaku dalam kalangan pelajar. Apakah cadangan Tan Sri? 

LAM THYE: Saya percaya bahawa kerajaan, bersama-sama dengan pihak berkepentingan yang lain, perlu mencari punca mengapa remaja kita berkelakuan ganas dan tidak menghormati undang-undang?

Kita memerlukan campur tangan pihak kerajaan dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, ahli psikologi dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk membantu menangani masalah ini.

Kes buli boleh dikurangkan jika kita mengambil pendekatan holistik  termasuk menangani masalah kesihatan mental yang melanda masyarakat kita pada masa ini.

Kementerian Pelajaran, dengan bantuan guru dan kaunselor, perlu mengenal pasti pelajar terdedah kepada keganasan dan memulakan program kaunseling intensif.

 Program yang bertujuan untuk membantu individu-individu tersebut sebelum mereka memusnahkan kehidupan seseorang pada masa depan atau mengambil kehidupan mereka sendiri.

 Ibu bapa dan guru perlu menggalakkan anak-anak dan pelajar mereka melakukan pemeriksaan di hospital bagi memastikan mereka bebas daripada masalah kesihatan mental, yang dijangka menjadi masalah kesihatan yang kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020.

Pihak sekolah dan universiti juga tidak boleh bertolak ansur dengan masalah disiplin seperti ponteng kelas, salah laku, kecurian dan pergaduhan kerana ia merupakan bibit-bibit kepada masalah buli dan keganasan.

 Semua pihak perlu melihat kelemahan masing-masing dan mengambil langkah untuk menanganinya dengan baik.
Kes Buli - Ciri Pembuli - Kesan Psikologi

1 Komen:

Janice Aliena berkata...

Suami saya Johnson membuang saya untuk wanita lain untuk pes 3 tahun ,. Rakan saya Jennifer Oscar memperkenalkan saya kepada kastam Voodoo Love Spell, saya tidak pernah melakukan spell cinta sebelum ini dalam hidup saya.
Pada mulanya saya tidak pernah percaya DR Oduduwa akan dapat membantu saya memenangi kembali HUSBAND EX saya dari wanita ini tetapi kerana saya masih sayang dia dan saya mahu suami saya kembali dalam hidup saya .. saya mencobanya, saya patuh dan ikut DR Arahan ODUDUWA dan saya mengejutkan bahawa selepas 3 Hari mencurahkan Cinta-mantra dan kerja-kerja Incantations dengan gambar suami saya dan nama-nama yang diberikan kepada DR ODUDUWA, Makan siang adalah ejaan cinta ke udara bagi pihak saya pada jam 12.00 tengah hari. . Keesokan harinya saya berjumpa dengan panggilan yang tidak dijawab di telefon saya, beberapa munites kemudian saya EX HUSBAND memanggil saya di telefon meminta saya untuk memaafkan dan melupakan semua yang dia telah melakukan salah untuk menyakiti saya, Suami saya bercakap dengan saya dengan baik dan dia menyesal. sekarang diri saya dan suami saya kembali bersama-sama dan kami sangat gembira dengan kehidupan baru kami sebagai keluarga ... terima kasih kepada DR ODUDUWA untuk kerja yang hebat yang telah dilakukannya untuk saya .. saya berjanji kepada Oduduwa untuk membagikan kerja baiknya Kesaksian kepada dunia selepas ia berfungsi dan benar-benar karya Love-Eja untuk kebaikan saya.
Apabila anda memerlukan bantuan sedemikian dan anda mempunyai sesiapa sahaja yang anda kenali atau saudara-mara yang ada di sana yang mengalami sebarang krisis hubungan hari ini, sila memaklumkan kepada mereka untuk menghubungi ODUDUWA melalui e-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Cara Bawa Balik cinta anda, jika anda mempunyai kes seperti berikut ...
SPELLS PERKAHWINAN, PELAJAR SPELLS, SPELLS KASUS MAHKAMAH, LOVE SPELLS
Adakah kekasihmu mengambil masa yang lama untuk memutuskan?
Adakah kekasih anda menipu anda?
Adakah kekasih anda masih bercakap dengan bekas?
Adakah kekasih anda mempunyai pengaruh buruk?
Adakah saudara-saudara kekasih anda berubah fikirannya?
Adakah kekasih anda menghindari anda apabila anda memerlukannya?
Eja Menang Lotto
Eja untuk memenangi Kupon
Eja Berhenti Perceraian.
Eja mencari cinta sejati.
ejaan untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada wanita lain.
Makan siang untuk mendapatkan Rick, kemasyhuran dan kekayaan.
Ejaan ritual
Jatuh balas dendam untuk mengembalikan wang anda yang hilang dari penghutang.
Eja untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Oduduwa E-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Tel: +13019658857

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.