Tulang Rusuk Yang Patah


Share on Tumblr Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?” tanya Dara.
“Sudah pasti kamu!” balas Jejaka.
“Pada pandangan kamu, aku ini siapa?” tanya Dara lagi.

Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap Dara dengan tenang dan berkata, “Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.”

Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, “Kamu tak cintakan aku lagi!”

Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas, “Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”

Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.”

Lima tahun berlalu…

Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah menunggunya.

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

“Kamu apa khabar?” tanya Jejaka.

“Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?” tanya Dara spontan.

“Belum,” jawab Jejaka sepatah.

“Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi,” beritahu Dara.

“Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang berubah,” kata Jejaka.

Dara tersenyum kemudian berlalu.

Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan, dan meninggal.

Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan Tulang Rusuk Yang Patah

30 Komen:

Tanpa Nama berkata...

perghhhh
sadisnye cerita nih
sungguh menyayat hati

Tanpa Nama berkata...

wahh..
sedey tol...
2laa..ikut ati binasa

Tanpa Nama berkata...

well...... next time i think we should appriciate on what we have..

herfia.com berkata...

Mmmmm...so sweet.

http://www.herfia.com artikelnya bagus. Saya suka.

ezyra berkata...

hargai apa yang kita ada sekarang sementara dia masih milik kita..

Tanpa Nama berkata...

macm mane nak sambung tulg rusuk kita tu ha?tu lah,pikir habis2 sebelum buat keputusan.huhu

Tanpa Nama berkata...

so sweet....
huhuhu..

farhan@kc berkata...

kite ni kalo dah kawen..
jgn lah senang2 cakap pekataan cerai.
Tuhan tak suke..
tgok lah t kite sendiri pun nyesal...
tapi ape gune nyesal kalo dah telambat???

Tanpa Nama berkata...

kenapa lelaki ni ego kn..
xpernah nk terus terang...

ila berkata...

sangat sronok cite ni

Tanpa Nama berkata...

Mengharukan...
thanks

Tanpa Nama berkata...

sangat menyentuh hati.
wajar utk kita renungkan bersama,
banyak message dari kisah ini.

Tanpa Nama berkata...

sdihnya..T_T
tersntuh hati baca...=(

Tanpa Nama berkata...

sangat terharu...tp i belum jumpa lagi dengan tulang rusuk i ni...huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

hiks hiks hemh, hmpiirr ja nngis....!!!

Tanpa Nama berkata...

siyes weh cita ni mmg semp0i.....sedih aku bca...aku phm ap yg disampaikan....:) thx a l0t

Tanpa Nama berkata...

sedih nye..ak gtaw tunang ak jgn penah patah kan ak..

Tanpa Nama berkata...

x tau lha nk cakap ape . terharu lha baca cerita nie .

Tanpa Nama berkata...

cedey...pnuh dgn mkne yg tersurat & tersirat...

nur qaseh berkata...

Manusia Hawa d jadikan dpd rusuk kiri manusia Adam..bukan tletak D atas kpala nya untuk agungi,dan bukan tletak d bwah tapak kaki nya untuk d jadi kan hambs..tpi...Dekat D hati nya untuk D cintai dan dkt D bahu nya untuk D lindungi...

Tanpa Nama berkata...

sudah terhantuk baru tergadah....menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tak berguna.......

Tanpa Nama berkata...

manusia d ciptakan tuk berpasang psngn
\
krena ttuhan mnciptakn mnusia berpasngan

Tanpa Nama berkata...

manusia d ciptakan tuk berpasang psngn
\
krena ttuhan mnciptakn mnusia berpasngan

rosmaliza berkata...

aku nk jd tulang rusuk tu....

orkid berkata...

crita yg mnusuk d hati..sedih..:)

Unknown berkata...

emm ,, sedih rasa hati ini

Unknown berkata...

rasa sedih pulak hati

anggerik kayangan berkata...

jgn biarkan amarah mnguasai diri... hargailah ia selagi masih mnjadi milik kita....terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata buruk padahnya...

Tanpa Nama berkata...

hargailah org yg kita sygi seblm terlambat....

Unknown berkata...

Like OMG,cerita ni memang sedih.How can a husband said something like that to his own wife,orang yang dia beli dengan akad dan nikah? Bukan murah tau!Dengan hantaran,mas kahwin,persiapan perkahwinan,tak ingat ke semua tu? Kalau ada sesiapa yang ingin melakukan apa yang dilakukan oleh Jejaka dan Dara,cuba fikir balik.Kenapa kau pilih orang ini untuk menjadi teman hidup kau dulu???

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.