Coklat tinggalkan ingatan berpanjangan


Share on Tumblr Mencari hadiah untuk seseorang kadangkala menimbulkan kerumitan. Apakah hadiah yang sesuai, adakah penerimanya akan menyukai hadiah itu, antara soalan yang pasti berlegar-legar dalam fikiran. Belum lagi memikirkan harga barangan yang mungkin `menyesakkan’ poket.

Jangan risau. Ada satu hadiah yang amat ringkas tapi berpotensi tinggi untuk membuatkan penerima gembira dan pada masa yang sama, mengurangkan tekanan, menjimatkan masa dan belanja anda untuk membelinya.

Coklat! Tahukah anda coklat adalah `luahan kasih sayang’ (message of love), luahan perasaan dan keprihatinan. Sesiapapun, berhak menerima hadiah coklat, tidak kira lelaki atau perempuan, kekasih, ahli keluarga, rakan sekerja, rakan perniagaan, tetamu majlis atau orang yang baru anda kenali. Anda hanya perlu memastikan minat dan cita rasa teman anda itu.

Namun, sebagai pemberian istimewa, pastikan coklat yang ingin dihadiahkan itu dibungkus dengan menarik. Coklat itu mungkin boleh diletakkan dalam bakul, kotak atau apa saja cara yang bersesuaian dengan tujuan pemberian anda itu. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda untuk memberikan kejutan kepada si penerima.

Ada beberapa faktor yang membuatkan coklat pilihan yang tepat untuk dijadikan hadiah. Pertama sekali, populariti manisan ini yang berterusan membuatkan ia sampai bila-bila pun tidak `ketinggalan zaman’. Ia juga mampu mencetuskan mood gembira bila seseorang memakannya selain memperbaiki tahap kandungan gula yang rendah.

Tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan coklat sebagai alternatif terbaik kepada jambangan bunga yang juga sebelum ini popular sebagai pilihan hadiah.

Hadiah ini akan lebih istimewa jika coklat yang diberikan itu terdiri daripada jenis yang eksklusif, mahal atau mungkin yang diimport atau dibeli dari luar negara. Lebih eksklusif lagi jika anda sendiri yang menyediakan coklat berkenaan!

Akhir sekali, titipkan juga ucapan indah dan bermakna bagi menambahkan lagi kegembiraan si penerima. Pasti coklat yang diberikan itu meninggalkan rasa dan ingatan yang berpanjangan…. Coklat tinggalkan ingatan berpanjangan

1 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.