Dia yang ku cinta itulah lelaki bernama Farin, yang membuat hatiku mengila merinduinya.. yang menjadikan segenap jiwaku resah mengingatinya.. yang menyebabkan seluruh perasaanku gundah bila ku tak mendengar suaranya. Sesekali aku bertanya sendiri, apakah ini? Mengapa aku merasa sungguh menderita dengan hanya mencintainya. Tapi tidak sedikit pun penderitaan yang ku rasai ini mengurangi rasa cinta padanya. Malah semakin aku cuba melupakannya, semakin kuat rindu yang mencengkam hatiku. Debaran yang terasa begitu manis setiap kali ku sebut namanya dalam hatiku. Aku tahu cintanya padaku tidak sebesar yang ku miliki terhadapnya. Malah hatinya seakan-akan tidak pernah menjadi milik ku. Dia yang ku cintai itu sememangnya seorang lelaki yang menyukai gadis-gadis. Sekali pun aku tidak pernah percaya dengan kata-kata manisnya. Semua dusta indah yang didengarkannya ke telingaku. Namun aku tetap jua jatuh cinta padanya. Aku tetap jua merindui kata-kata dustanya itu. Bahkan hatiku ini seakan suka diperbodohkan dengan janji manis dan pujuk rayunya. Aku memang bodoh!! Aku tahu benar dengan kebodohanku. Namun hati ini bagaimana? Mahukah hati ini mengerti? Mengapa hati ini masih ingin merindu? Ah..cinta tak perlu alasan. Cinta itu sememangnya buta. Dan aku rasakan cinta juga bodoh! Kerana cinta yang sedang bernyawa dalam tiap helaan nafasku ini telah menjadikan ku si bodoh totol. Dan aku jadi tidak berdaya.. lemah.. dan di sini.. di dada ini.. ada denyutan rindu yang mendesak hingga aku kelemasan.. akal fikiranku yang sihat tidak lagi berfungsi kerana debaran jantungku mula dipenuhi getaran yang meresahkan dan dalam helaan nafasku seakan mengalir namanya.. bila ku pejamkan mata.. aku lihat wajahnya.. senyumannya.. renungannya.. kemanjaannya. Ah.. manisnya perasaan ini.. inikah cinta?
Ia benar-benar adalah sejenis penyakit. Dan aku telah menghidap penyakit ini di tahap kritikal. Penyakit ini telah membuatkan hatiku lali pada kecurangan Farin. Penyakit ini telah membuat saraf otak ku yang pintar ini menjadi bengap hingga aku rela kehilangan kawan-kawan hanya untuk Farin. Aku sanggup membelakangkan keluarga demi lelaki ini walau pun ku sedari dia seringkali curang padaku. Sekali pun aku sedar betapa bodohnya diriku ini. Tapi mahukah ia dimengertikan? Aku telah dirasuk sepenuhnya oleh lelaki itu. Aku mencintainya lebih dari apa pun. Aku sayangkan dia lebih dariku menyayangi nyawaku. Aku mahukannya dia lebih dari udara yang ku hela ini. Aku mencintainya sedalam-dalamnya dan tidak ada kata-kata yang dapat memujuk hatiku yang telah menjadi hamba cinta. Hanya ada cinta.. hatiku ini telah di penuhi cinta…
Hinggalah suatu hari. Farin datang padaku. Wajahnya yang kacak itu kelihatan tenang. Dia tarik tanganku dan kami duduk di sebuah kerusi panjang. Dia renung mataku seketika. Aku angkat kening sebagai isyarat bertanya.
“ Sayang.. dengar baik-baik..”
Suaranya lembut. Begitu lembut sekali dan itulah yang selalu memancing rindu dihatiku. Aku angguk perlahan. Memandangnya dengan penuh rasa cinta.
“ Aku cintakanmu..sayang..Farin benar-benar sayangkan Ika.. tapi.. aku terpaksa putuskan cinta kita..Farin terpaksa.. Farin tidak boleh memilih Ika”
Nafasku terhenti dan darahku seakan tersumbat lalu berhenti mengalir. Dan aku terus mendengar penjelasannya dalam keadaan separa sedar. Katanya dia akan berkahwin dengan seorang gadis, entahlah gadis yang mana satu. Aku tidak dapat mendengar apa alasannya kerana aku telah pun menangis tak henti-henti. Hancur dan luluh.. hati ini hancur luluh mendengar semuanya. Airmata gugur tak ada hentinya. Sengsara.. derita.. dan airmata ini terus mengalir entah dari mana datangnya. Ia terus keluar dan tidak dapat di hentikan. Berkali-kali ku cuba hubungi Farin. Kalau-kalau kali ini kami bukannya putus sungguh-sungguh, kalau-kalau ini hanya ujian seperti yang pernah terjadi antara kami dulu. Tapi hampa. Nombor telefon Farin seakan tidak wujud lagi. Farin ternyata benar-benar memisahkan diri dari hidupnya. Farin benar-benar meninggalkanku.. memutuskan cintaku!
Tolonglah! pujuklah aku ini. Tangisan ini tidak mau berhenti.. tolonglah! Peluklah aku.. sapukan airmataku.. sesiapa.. datanglah. Aku terasa ingin mati.. ingin lenyap! Kesengsaraan ini amat memilukan.. amat pedih…. Pernahkah kamu rasakan kepedihan seperti ini? Kesakitan yang mencengkam seluruh diriku.. aku ingin tenggelam ke lautan yang dalam dan membenamkan kesakitan ini jauh-jauh. Aku sakit.. aku derita.. aku sengsara.. dan aku sungguh tidak berdaya! Lenyapkan aku.. lenyapkan aku dari dunia ini.. tolonglah..
“ Tok..tok.. tok..!”
Pintu di ketuk dengan kuat. Aku menguatkan kakiku melangkah, terhuyung hayang tetapi berjaya juga membuka pintu. Sebaik saja pintu terbuka seorang lelaki muncul. Aril terpacak di depan pintu. Muka yang risau.
“ Ika.. aku fikir kau sudah mati.. kau tidak mengangkat telefon dan tidak membalas mesej.. kau tahu tak betapa risaunya kami?”
Aku tidak menyahut. Hanya membuka pintu untuknya dan membiarkan dia masuk. Rumahku bersepah seolah-olah baru lepas di rompak orang. Tapi semua itu adalah kerjaku sendiri ketika melepaskan perasaan. Dia mengekori dari belakang. Aku masuk ke bilik ku tanpa memperdulikannya dan kembali baring.. seluruh tubuhku terasa lemah. Mataku bengkak. Rambutku kusut. Kepala ku sakit dan terasa berat sekali, malah masih ada sisa airmata yang bertakung di bibir mataku. Mutiara jenih itu akan gugur bila-bila masa saja.
“ Ika.. hentikan semua ini!” Aril menarikku dari katil.
“ Kau semakin kurus.. mari sini!”
Dia tarik aku menghadap cermin. Dia tarik daguku ke arah cermin dan memaksaku melihat gadis yang lesu yang berdiri di depan cermin itu. Aku jelas sekali dengan pantulan diriku dalam cermin itu. Kurus.. lemah..
“ Lihat! Mata yang bengkak.. rambut yang kusut.. wajah yang kusam.. kenapa kau harus menghukum diri kerana lelaki bodoh itu..”
Aku hanya menyahut kata-katanya dengan gelengan lemah. Tidak ada ubat bagiku. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan sakit yang ku rasai ini.. Aril takkan mengerti!
“ Sudahlah Aril.. pulanglah! Aku ingin bersendirian.. aku letih.. aku nak tidur!” hakikatnya sudah berapa malam aku tidak dapat tidur. Aku hanya mampu tidur beberapa jam setiap malam. Tidur yang bertemankan airmata. Bila bangun segalanya kembali menyakitkan… kembali memedihkan! Kepedihan itu telah berakar di dadaku.. aku tidak berdaya mencabutnya keluar.. hanya tidur yang dapat meredakan kepedihan hatiku namun dalam mimpi pun bayangan Farin tidak mahu melepaskanku..
“ Aku tidak akan pulang selagi kau terus begini Ika.. kau dah jadi gila Ika! Apa yang kau buat ni Ika? Semua ini tidak bermakna.. tidak berbaloi! Kau jangan jadi bodoh!”
Biarlah.. biarlah aku jadi gila. Aku sudah tidak kisah lagi.. aku sudah lama gila. Biarlah Aril kata aku bodoh.. aku sudah lama tahu akan kebodohanku ini. Aril tarik aku ke bilik mandi. Aku di tolak masuk. Aku terjelumpuk jatuh di atas lantai. Lututku terasa sakit.
“ Sedarlah.. sedarlah Ika!”
Pancuran air mandian membasahi seluruh tubuhku. Aril menutup pintu dan membiarkanku menangis terisak-isak. Sesekali aku menjerit, meraung… kemudian kembali terisak. Gila.. itulah perkataan yang sesuai untuk ku. Aku memang macam orang gila. Basah.. semuanya basah dan airmataku bercampur dengan air pancuran. Lama kelamaan kedinginan air telah menyegarkan tubuhku yang lesu. Aku letih.. penat menangis. Aku berhenti menangis. Ku biarkan air membasuh tubuhku seakan-akan membasuh luka di hatiku yang penuh darah. Setelah puas menenangkan diri aku keluar. Sebaik saja aku siap menukar pakaian aku terdengar Aril memanggilku. Aku keluar dari bilikku. Ruang tamu telah kemas. Semua barang yang bersepah sudah pun di susun dengan rapi.
“ Aku fikir kau sudah mati kesejukan dalam bilik air..”
Nadanya agak marah. Tapi dia kemudiannya memberikanku segelas kopi panas. Aku menyambutnya tanpa kata. Dia mengambil pengring rambut. Suis di pasang dan perlahan-lahan rambutku di keringkannya dengan lembut. Aril hanya melakukannya tanpa kata. Dia tahu tidak ada kata-kata pujukan yang dapat dikeluarkannya. Telingaku telah pekak pada pujukan dan kata-kata sokongan mereka. Mungkin juga aku telah menutup hatiku untuk mendengar kata-kata mereka. Mungkin juga aku suka menyiksa diri.. untuk siapa? Farin..? nama lelaki yang hanya akan membuatku menangis lagi.. mula-mula setitik.. lama-lama titis-titis itu akan kian banyak lagi.
“ Sudah Ika.. sudah!”
Aril tarik tanganku bila melihat ada airmata yang hendak gugur lagi.
“ Mana dompetmu? Kunci rumah.. mari! Kita keluar sekarang…”
Aku menurut. Memberikan ruang buat Aril yang sentiasa ambil berat padaku. Ada rasa bersalah dalam hatiku terhadapnya. Dia sajalah yang sudi bersabar denganku walau pun aku tidak melayaninya dengan baik. Dia masih mahu menjenguk ku sekali pun aku puas menghalau dan memarahinya ketika kegilaan ku memuncak dan histeria akan kehilangan Farin. Dia tetap jadi kawanku walau pun aku telah mengabaikannya sebaik saja aku jatuh cinta pada Farin. Sedangkan seumur hidup ini dialah yang sentiasa selalu ada di sisiku. Kawan baik yang membesar bersamaku. Tapi entahlah.. kerana cinta! Aku berubah.. kerana cinta aku semakin jauh dari Aril.. Tapi Aril tetap sudi menjadi kawan ku. Malah masih sudi melayani kerenahku yang putus cinta ini. Diam-diam aku bersyukur sebab masih ada Aril sebagai kawan. Mujurlah aku tidak kehilangannya. Tapi teman-teman yang lain bagaimana? Tentu mereka masih merasa marah padaku. Aku amat kesal. Mungkinkah masih ada ruang buatku untuk menjadi teman mereka kembali? Maafkan aku.. ingin benar ku suarakan kata-kata itu. Aku memandang Aril di sampingku. Pada Aril aku ingin ucapkan kata-kata maaf itu. Tapi kenapa lidah ni terasa amat kelu? Ah..…
“ Kita ke mana Aril?”
Tanyaku pada Aril. Aril hanya meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Aku menurut. Biarlah ke mana saja Aril membawaku. Rasanya aku macam zombie yang sedang berjalan. Bernyawa tapi tak berjiwa. Ruang mataku hanya ada wajah Farin. Tapi aku tidak larat lagi untuk menangis. Lagi pun setiap kali ada airmata yang hampir gugur Aril akan menegurku dan mula membebel. Aril tidak mengizinkan ku hanyut oleh perasaan.
Rupanya Aril membawaku ke pusat permainan. Tanpa peduli akan situasi mood ku, Aril menukar duitnya kepada ‘token’. Lagi-lagi Aril tarik tanganku untuk bersamanya bermain kereta mini kemudiannya permainan lumba motorsikal & pelbagai lagi. Aku yang pada mulanya lesu akhirnya dapat tersenyum. Selepas itu Aril membawaku menonton cerita seram yang bertajuk “30 days of night” di panggung wayang. Kemudiannya kami singgah ke sebuah Karaoke-Box. Hanya RM1.00 untuk sebuah lagu dan aku menghabiskan 5 buah lagu untuk melepaskan semua perasaanku dalam kotak karaoke itu, hingga aku hampir kehabisan suara. Menjerit sesuka hati tanpa kisah lagu apakah yang di mainkan. Menjerit seperti itu nampaknya berkesan untuk meringankan beban di hatiku.Aril bijak.. fikirku.
“ Aril.. Maafkan aku ya..”
Akhirnya aku mampu mengeluarkan kata-kata maaf. Dia senyum sambil meletakkan tangannya ke atas ubun-ubunku. Rambutku di usap perlahan. Dia mengangguk.
“ Aku maafkan kau Ika..asalkan kau tidak menangis lagi! Aku akan selalu jadi kawanmu.. akan selalu ada untukmu. Jadi jangan sedih atau susah hati.. hidup mesti di teruskan tak kira apa yang terjadi. Dan kau tak seharusnya bersedih sendirian.. sebab selagi ada aku.. Aril inilah yang akan selalu marah padamu kalau kau bersedih. Ingat tu..”
Aku terharu sekali. Ingin saja aku menangis kerana terharu. Tapi tidak jadi sebab Aril tidak suka melihat airmataku. Aku tak mahu dia marah lagi.
“ Aril.. terima kasih atas semuanya..”
Lagi Aril mengangguk.
“ Kau kawan baik ku.. syukurlah kau mulai kembali jadi Ika yang dulu lagi.”
Balasnya sambil merenung ku. Seolah-olah melepaskan rindunya pada Ika yang dulu. Ika yang membesar bersamanya dari kecil hinggalah sekolah, tamat pengajian dan berkerja.
“ Aril.. terima kasih sebab masih mau menjadi kawanku sedangkan aku pernah mengabaikanmu. Melupakan yang kau adalah kawan baik ku.. malah sering menyakiti hatimu..” Suaraku bergetar. Benar-benar rasa bersalah atas sikapku sebelum ini.
“ Sudahlah.. aku tetap menjadi kawanmu sampai bila-bila. Tapi bila nanti mana tahu aku pula yang bersedih.. kau sudi meminjamkan bahumu? Manalah tahu kalau-kalau aku akan menangis.. sepertimana kau menangis.. jangan risau aku tak akan membiarkan hingusku mengotori bajumu..ha ha ha” Aku cuba cubit Aril. Tapi dia sempat mengelak.
“ Oh? Begitu ya.. mengungkit ya?”
Aril bingkas melarikan diri sebab dia tahu benar tanganku akan terus mengejarnya. Aku turut ketawa dan saat itu terasa dadaku ringan sekali. Benar-benar ringan dan lega. Seolah-olah baru saja terlepas dari beban.
Hari-hari seterusnya terasa lebih baik kerana adanya Aril yang selalu menghibur. Malah Melani, Susan dan Adam juga sudah memaafkanku. Aku bersyukur. Aku berjaya mendapatkan kembali teman-teman yang telah aku abaikan. Rindu pada Farin semakin pudar. Sakit di dadaku semakin kurang. Malah aku mula lupa pada kisah-kisah bersama Farin. Walau pun semuanya tidak hilang sepenuhnya tapi airmata tidak lagi menjadi begitu murah. Aku seakan tidak percaya yang akhirnya aku dapat menerima hakikat yang Farin sudah menjadi sejarah dan kisah silam dalam hidupku.
“ Aril.. dulu kau dengan Fenny.. kenapa kau putus dengan dia?” tanyaku pada Aril suatu petang. Dia tidak segera menjawab sebaliknya menghela nafas panjang dan berat. Aril kemudiannya menatap ku. Aku tertunggu-tunggu jawapan keluar dari mulutnya.
“ Adalah sebab tertentu.. susah aku nak cakap. Tapi pendek kata aku dan Fenny memang tidak serasi dan kami tidak lagi dapat meneruskan hubungan.”
Aril menjawab soalanku yang ku rasakan bukanlah satu jawapan. Ia lebih kepada jawapan yang lari dari menjawab soalan. Aku hanya mampu mengganguk. Tidak mahu mendesak. Aku kenal benar dengan sikapnya. Kalau dia ingin merasiakan sesuatu. Dia akan menjaganya dengan baik, tapi seperti biasa.. akhirnya dia akan menceritakan padaku juga. Tapi tentulah setelah sekian lama hal itu berlaku. Aku menatap wajah Aril yang di pancari cahaya senja. Cahaya senja yang keemasan itu indah sekali. Aku baru terperasan. Rupanya Aril ini kacak orangnya. Malah lebih kacak dari Farin. Tapi mungkin selama ini dia adalah teman rapatku dan aku membesar bersamanya, jadi aku sudah bosan melihat wajahnya saban hari. Jadi aku tidak merasa Aril kacak lagi sebab setiap hari juga akan jumpa dengannya. Rumahnya di sebelah rumah orang tuaku. Kami tidak lagi berjiran bila aku sudah dapat kerja dan mampu memiliki rumah sendiri.
“ Kenapa kau pandang aku macam tu Ika?” pertayaan Aril mengejutkanku.
“ Tak ada apa-apa.. Cuma aku baru perasan. Yang kau ini hensem juga orangnya. Tapi napa ya.. lepas putus dengan Fenny sampai sekarang kau terus single? Kau patah hati dengan dia ya?” usik ku.
“ Kau baru nampak aku ni hensem? Aduh duh.. Ika! Buta betul matamu ini ya? Patutlah kau pilih Farin.. bukannya aku. Sedangkan aku jauh lebih hensem dari dia. Lelaki yang begini punya baik ada depan mata kau, tapi Farin yang celaka tu juga kau pilih!” Dia membalas kata-kataku sambil tersenyum nakal. Aku mencebik dan menganggap kata-katanya itu hanyalah gurauan.
Tapi apabila balik ke rumah, aku kembali sendirian. Kesunyian. Bermacam-macam peristiwa dalam hidupku terputar kembali bagaikan sebuah drama. Episod demi episod. Aku menyedari, begitu banyak episod hidupku yang ku kongsikan dengan Aril. Segera kata-katanya ketika di tepi pantai petang itu terimbas dengan jelas. Entah kenapa aku kini ambil kisah dengan kata-kata itu sedangkan aku ingin menganggapkan Aril hanya bergurau. Mungkin kerana aku sekarang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Maklumlah.. aku baru saja putus cinta.
Ketukan di pintu mengejutkan ku. Aku tersentak dan bingkas bangun. Itu tentu Aril. Aku segera melangkah ke ruang depan dan membuka daun pintu. Pintu terkuak tapi bukan Aril yang berdiri di situ.
“ Farin? Kau..”
Darahku tersirap. Lelaki itu muncul lagi di saat bayangannya kian pudar dari hatiku. Dia menatapku lama. Wajahnya suram dan tatapannya sungguh dalam. Jelas.. dengan jelas sekali aku melihat kerinduan yang mendalam di matanya. Sesungguhnya hatiku terusik. Debaran dan desiran rindu yang seakan ingin menarik tubuhku untuk menerkamnya, memukul, menumbuk dan akhirnya aku ingin memeluknya lalu menangis hiba di dadanya sambil dipujuk. Biar dia tahu betapa deritanya aku kerana kehilangannya. Biar dia mengerti betapa sakit dan pedihnya hatiku di tinggalkannya. Biar dia sedar betapa besarnya cinta dan rinduku padanya. Tapi entah kenapa aku tidak berbuat begitu. Sekali pun aku teringin sekali berbuat begitu. Aku terus berdiri di depan pintu tanpa mempelawanya masuk.
“ Sayang.. aku.. aku ingin kembali, Farin cintakanmu Ika!”
Kata-kata itu melegakan. Kata-kata itu terdengar sangat manis. Terlalu indah. Amat mengharukan. Tapi lidah ku kelu. Hanya airmata yang luruh dari kelopaknya. Tangan Farin mengapai kedua jemariku. Sentuhan yang selalu melembutkan hatiku.
“Sayang.. maafkan aku. Aku sudah berpisah dengan gadis itu. Hanya kau saja yang terbaik untuk Farin.. tolonglah, terima Farin kembali?” Dia melutut. Sambil tangannya masih mengengam jemariku. Memohon dengan bersungguh-sungguh. Aku masih tidak bersuara. Suara ku tersekat kerana tangisan yang menyesak di dadaku. Ada gembira tapi ada juga kemarahan bercampur baur. Seketika kemudian aku terdengar langkah seseorang di tangga. Langkah Aril terhenti di situ sambil memandangku dengan wajah tegang. Aku tergaman. Akhirnya Aril berlalu tanpa sepatah kata. Farin masih melutut. Belakang tangan ku di kecupnya sambil merayu agar aku memaafkannya. Dia tidak menyedari Aril yang tadinya berdiri beberapa meter di belakangnya dan kini telah berlalu.
“ Farin.. aku maafkan kau. Tapi untuk kembali bersama, tolong beri aku sedikit masa untuk memikirkannya.. boleh?” akhirnya aku bersuara. Jika dulu aku pasti akan memaafkannya dan menerimanya kembali tanpa berfikir panjang. Tapi entahlah.. kali ini.. wajah Aril yang tegang dan kecewa seakan menghalangku menerima Farin. Aril tentu marah..
Wajah Farin ceria. Dia tersenyum dan kelihatan sungguh gembira.
“ Baik.. terima kasih kerana memaafkan Farin. Farin janji Farin akan berubah dan Farin bersumpah hanya Ika dalam hidup Farin. Selama-lamanya! Farin janji.. Farin akan tebus semua dosa Farin.. Farin akan bahagiakan hidup Ika.”
Aku tidak lagi teruja dengan kata-kata itu. Mungkinkah kerana telingaku telah lali dengan janji manis dan sumpah palsu Farin sebelum ini. Sekali pun kali ini Farin kelihatan amat bersungguh-sungguh. Mengingat kembali, Farin setiap kali pun akan bersungguh-sungguh memujuk ku. Aku menghela nafas berat.. masih mahukah aku percaya?
Akhirnya Farin pergi setelah aku berjanji akan menghubunginya jika aku bersedia menjadi kekasihnya semula. Wajahnya ceria dan bahagia. Farin yakin sekali, aku pasti akan kembali padanya. Tapi yang terbayang di mataku adalah wajah Aril yang tegang dan kecewa. Aku segera mendail nombor telefon Aril.
“ Kenapa?”
Suara Aril acuh tak acuh.
“ Aril.. aku nak jumpa kau?”
“ Pasal Farin?”
“ Emm..”
“ Ika.. kali ini kau selesaikanlah sendiri. Aku tak mahu masuk campur”
Aku terdiam. Sakit.. sakit sekali hatiku. Pedih.. amat pedih rasanya. Aku menutup talian tanpa kata-kata. Fikiranku rungsing. Aku buntu. Kalau Farin datang memujuk ku saat ini aku pasti akan goyah. Tapi aku asyik rasa bersalah pada Aril. Kembali kepada Farin bermakna aku kembali kepada Ika yang bodoh. Ika yang tidak punya teman-teman. Ika yang melupakan semua hal-hal lain selain dari Farin. Ika yang lupa pada lelaki yang baik dalam hidupku iaitu Aril. Aku semakin rungsing. Ingin mengadu kepada seseorang akan kerungsinganku ini. Akhirnya aku menelefon Susan.
“ Maaf Susan.. aku menganggu?”
“ Tidak.. cakaplah!”
“ Farin datang tadi.. Dia..” Susan segera memotong.
“ Dia nak balik dengan kau? Sudahlah Ika.. sedarlah! Dia tu bukan lelaki yang baik.. tak cukupkah apa yang telah terjadi sebelumnya?”
Aku terdiam. Aku sudah tahu Susan akan berkata seperti itu.
“Dan lagi Ika.. kau patut sedar. Aril menyintaimu..”
Kali ini aku tersentak.
“ Aril..?”
“ Jangan pura-pura tidak tahu! Dia putus dengan Fenny pun kerana hatinya hanya padamu. Dia sedar kaulah gadis yang lebih penting dalam hidupnya. Sebab tulah mereka putus.. aku tak sepatutnya bongkarkan hal ini. Tapi aku bosan dengan sikap kau! Kau ni dah buta..” masih banyak kata-kata Susan tapi aku telah memutuskan talian. Aku terkejut. Kenyataan Susan itu benar-benar membuatku tersentak. Aku tidak tahu harus berfikir bagaimana. Aku benar-benar tidak tahu harus berbuat apa.
“ Tok!Tok!Tok…!”
Tiba-tiba pintu di ketuk dengan kuat.
“ Ika! Ika! Buka pintu..”
Suara Aril kedengaran cemas. Dia menjerit dengan kuat. Aku segera membuka daun pintu.
“ Kau! Kau.. kau buat apa?” Tanya Aril dengan nafas termengah-mengah. Dia memandangku dari atas hingga ke bawah. Aku tercengang melihat gelagatnya.
“ Kenapa?”
Aril menerkam dan memelukku.
“Syukurlah kau tidak apa-apa..”
Dia melepaskan pelukan tapi kedua tangannya masih memegang kedua bahuku.
“ Kau menutup telefon tanpa berkata apa-apa. Aku fikir yang bukan-bukan. Mungkin kau menangis macam orang gila dan bunuh diri.. atau mungkin kau lari bersama Farin.. aku risau! Aku bimbang.. kau tahu tak?” Kata Aril dengan sungguh-sungguh. Dia marah tapi juga lega. Begitu besar perhatiannya padaku.
“ Aku tidak apa-apa..” Sahutku dengan perlahan. Entah kenapa terasa wajahku menjadi panas. Kata-kata Susan tadi masih tergiang di telingaku. Aril mencintaiku?
“ Kau o.k? muka mu merah?” Aril meraba dahiku. Menduga jika aku demam. Aku bertambah gugup. Aku segera menepis tangannya dan masuk ke dalam dengan buru-buru.
“ Aril.. Aku masih sayangkan Farin…apa patut aku buat? Dia berjanji akan berubah.”
Aril menarik tanganku . Dia tatap wajahku tajam.
“ Kau lupakan dia Ika! Lupakan dia.. he never change.. never!”
Aril menegaskan kata-katanya. Aku sengaja melawan pandangan matanya meski pun wajahku telah menjadi merah padam.
“ Jadi Aril.. kau cuma nak aku lupakannya?”
Tanyaku dengan makna yang tersirat. Aril menunduk. Aku ingin dengar sendiri dari mulutnya. Benarkah dia cintakanku seperti yang di katakan oleh Susan.
“ Ya.. lupakan dia Ika. Sebab.. aku.. aku akan jaga kau…”
“ Sampai bila kau nak jaga aku Aril..?” tanyaku dengan berani. Aril mendongak memandangku. Renungannya berisi sesuatu.
“ Ika.. aku cintakan mu.. aku ingin jaga kau dan bahagiakan kau hingga ke akhir hayatku.. aku tak mahu kehilanganmu lagi.. tolonglah lupakan Farin.. Tolonglah Ika!”
Sebak.. ada rasa sebak memenuhi ruang hatiku. Meruntun jiwaku. Aril segera mengusap air mataku yang berderaian. Tapi aku rasa amat gembira. Terlalu bahagia.. entah bila bermula. Dan entah bagaimana.. dalam hatiku rupanya sudah ada cinta buat Aril. Begitu mudah.. aku telah jatuh cinta lagi.
Selamat tinggal Farin.. hatiku ini sebenarnya bukan milikmu lagi. Lelaki yang ku cinta itu bukan lagi kamu Farin. Lelaki yang ku cinta itu sedang berdiri di depanku, Aril. Tanpa bicara aku gengam tangan Aril.. sambil tersenyum aku mengangguk perlahan pada Aril yang masih setia menatap mataku.
“ Aku baru saja jatuh cinta padamu Aril…”
Tamat.
Hasil nukilan:
Mimie
mimieaya@hotmail.com
Haniey: Terima kasih kepada mimie yang sudi berkongsi cerpen. Pengunjung blog ini dialu-alukan untuk menyumbang cerpen bagi dimuatkan dalam blog. Sila kirimkan kepada dearhaniey@yahoo.comCerpen Cinta : Lelaki Yang Kucinta
16 Komen:
Lelaki...huh...dapat man!s sepah di buang...
ermmmm... hampir sama ceriteraku... akukah yg bodoh kerna jatuh cinta?? akukah yang buta kerna salah insan yg dicinta????
aper akuperlu lakukan???
mmg b'tuah klu ade seseorg yg sntiase sygkn kte wlu ape pon yg b'laku..tp..ade lg ke..?? sgt2 b'tuah ntok mrk yg dpt...=]
erm mmg best cerpen nie...
aku trharu sungguh cz aku rsa mnusia mmg sumenye cmtue...kite xkn sedar org yg cntakn kite slagi kite xdgr dr mulut org yg cntakn kite...
dan aku rela mnerima cnta dr laki2 yg amt mncntai aku drpd aku brcnta dgn laki2 yg aku cnta...
sbbnye aku tkut hny aku sje yg cntakn laki2 2 tp die x cntakn aku sprti aku mncntainye...so better aku blaja mncntai laki2 yg trlalu mncintai aku mcm karakter aril nie...
best cerpen ni...
mmg kdg2 kte t'lalu cintakan s'sorang smpai kte tak nampak kesilapan dy..
kita hanya pandang pda pintu yg t'tutup tu, tanpa cube untk msuk ke pintu yang da t'buka luas depan mata kite... kdg2 kte buta menilai perkara2 mcam ni...entahlah.
best cerpen ni...
mmg kdg2 kte t'lalu cintakan s'sorang smpai kte tak nampak kesilapan dy..
kita hanya pandang pda pintu yg t'tutup tu, tanpa cube untk msuk ke pintu yang da t'buka luas depan mata kite... kdg2 kte buta menilai perkara2 mcam ni...entahlah.
menarik.tak sedar dah nak maghrib aku bc ni.ssguuh melalaikan.haha
best cerpen ni...
mmg kdg2 kte t'lalu cintakan s'sorang smpai kte tak nampak kesilapan dy..
kita hanya pandang pda pintu yg t'tutup tu, tanpa cube untk msuk ke pintu yang da t'buka luas depan mata kite... kdg2 kte buta menilai perkara2 mcam ni...entahlah.
best tul cerpen nih...good work..keep it up with ur writing ok...
boley tahan la cite ni...tp ade ke laki yg sggp wt baek cinta kn prmpn lme2...sbb kbyknn laki skang sume lembik...cpt putus asa...xde inisiatif lgsg nk dptkn prmpn yg die cinta...
best gak cerita ni, kita tak sangka yang lelaki selalu dekat sisi kita, itu jodoh kita kan? dalam hati siapa yang tahu. . .
best cerpen ni..best cerpen ni..
ha.. akhirnya jumpa balik blog ni... happy tgk cerpen ni masih di sini :)
cerpen ni bila dibaca memang ,, lagi2x dengan background dyer.... terbaek la.......
cerpen ni bila dibaca memang best ,, lagi2x dengan background dyer yang sedih tu...... terbaik la.......
Best..