Adakah air mata akan menyebabkan lelaki hilang ciri-ciri maskulin dan menjatuhkan keegoannya? Walaupun pada hari ini, ramai lelaki lebih terbuka terutamanya dalam membicarakan tentang perasaan, tetapi kebanyakannya menolak untuk menangis di hadapan orang lain.
Dalam pada itu, ramai pakar psikologi menggalakkan seseorang menangis. Menurut pakar psikologi, menangis adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan diri, menenangkan jiwa dan meluahkan perasaan.
Macho menyelami pendapat jejaka mengenai sejauh mana mahalnya air mata kaum Adam?
* Muhammad Sharezzahadi Koh (Adi), 22, produksi bebas.
Lelaki menangis bergantung kepada situasi. Misalnya, perihal berkaitan percintaan, lelaki yang tergolong sebagai anak manja atau yang kehilangan seseorang yang begitu disayangi akan lebih mudah menangis.
Saya juga mudah mengalirkan air mata apabila terlampau stres kerana banyak kerja perlu disiapkan sehingga saya gagal menanggung bebanannya.
* Tengku Lefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin (Eifiz), 21, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
Menangis tidak perlu dilakukan di hadapan orang ramai. Lelaki akan menangis saat dia duduk berseorangan ataupun bersama seorang rakan yang sudi mendengar isi hatinya.
Setiap lelaki mempunyai egonya sendiri. Keegoan lelaki tidak akan runtuh disebabkan air mata. Ini kerana manusia dicipta untuk menangis dan ada masanya lelaki terpaksa mengalirkan air mata.
* Zulfadli Nasir (Zul), 22, bisnes
Bukan disebabkan anak manja, tetapi lelaki mempunyai perasaan yang mudah tersentuh dalam apa jua perkara. Bagi saya, tidak perlu malu untuk menangis, kerana kita dikurniakan naluri dan perasaan untuk diekspresikan.
* Jehan Miskin, 30, pelakon.
Saya akan menangis bila tonton filem sedih. Bagi saya, ada masanya seorang lelaki perlu menangis, mungkin kerana terlalu emosi. Tetapi kalau disebabkan semua perkara, kita menangis, tak rock la...Biasanya, lelaki menangis seorang diri, dan ia baik untuk kesihatan.
* Ebi, 25, penyanyi AF5
Sukar seorang lelaki mengalirkan air mata disebabkan sifat ego. Lelaki mempunyai hati dan perasaan. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan seorang lelaki menangis. Bukan kerana gagal dalam bercinta, tetapi disebabkan kematian insan yang paling disayanginya. - NOOR HASLIZA NUSI Air mata lelaki
21 Komen:
lelaki suasah nak jatuhkan air mata... tapi bila hatinya disentuh... terserlah lelaki sejati dalam dirinya...
wah dasya tu
sukurin kl nangis
lelaki menangis perlu..kerana dengan menangis juga dapat mereka lepaskan apa yang terpendam dan sekaligus dapat mengingatkan kembali kepada mereka apa yang harus dan tidak kepada mereka perkara yang perlu dibaiki iaitu perkara yang menyebabkab mereka menangis.kepada kaum perempuan yang melihat lelaki menangis, hampirilah mereka. berikan mereka satu semangat baharu kepada mereka. sesungguhnya disetiap hidup lelaki ini mesti ada perempuan yang menyokong mereka,tidak kiralah siapa pun perempuan itu. kita diciptakan untuk saling melengkapi.
lelaki? huhhs. lelaki memang susah nak jatuhkn air mata. walaupun setitik air mata pun susah nak di keluarkan. menanggis didepan perempuan mesti ada control. hahahaha. lelaki tetap lelaki. control tetap adaa. hahahaa. from: tyra[bruneian]
lelaki jga manusia...pnya hati dan juga prasaan...gw prnah nangis karna wanita..dan jga prnah nangis klo nnton film sedih...jadi lelaki mnangis bkn karna ngak macho atau anak mami tpi itu adalah ungkapan jiwa dan prasaan yg hrus d lpaskannya...
hahaha...aku pnh nagis sbb putus ngan awek aku..
mcm mn nk rndhkn ego org laki?
bf sy kuat sgt ego...sy yg kne pjuk die..
sdgkan bkn sy yg slh...
emm .kadng2 stiap kaly break msty bf saye akn mnanges .xtahu larh sameade real nnges atau buat2 skadar mnarek simpaty .pelik
emm .kadng2 stiap kaly break msty bf saye akn mnanges .xtahu larh sameade real nnges atau buat2 skadar mnarek simpaty .pelik
Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....
memangis sebab tkot berpisah dgn org yg byk memberi kesan dlm hidup..
no komen..i bru lps ngis..haahaha..klako..p bak kate jehan,baik tuk kshtn.,.
mcm mner plak jikalau kita sedang menonton filrm sedih dan hati kita terasa terharu ketika menonton filem itu..dan tiba-tiba air mata kita keluar dengan sendiri tapi sebelah mata sahaja..tapi semasa air mata itu keluar hati kita rasa bergelora macam hatai kita rasa tenang dan tenteram..tlong beri pendapat ap yg berlaku sebenarnya..kadang-kadang kejadian ini buat kita berasa bingong jgak..????
air mata seseorang lelaki itu sebenarnyew adalah "kunci" ng meruntuhkan keegoan adam..
saya x menyesal menangis untuk nya~~ sebap saya benar2 cintakn :'(
sy jugak keliru air mata lelaki skrg tanda kejujuran @ hya sekadar menarik smpati,
tapi saya x pernha tengok lelaki menangis di hadapan wanita yg dia cintai...
tiap urg ada pnglmn dea sndri .. mcm sya .. wak2 last jmpa bf sya sblm dea p latihan polis dea menangis sepenuh hati dea(xla meraung.. haha) .. ketahui melihat airmta llki jtuh lg2 yg kita syg akan mmbuatkn hati kita sbgi wnita sngt2 tersentuh .. apalgi llki yg bnar2 kita syg @ cintai .. xkirala abg or bpa or bf or hsband .. asal nma dea llki .. bkn mudah llki nk titiskn airmta .. so kaum hawa .. hargaila titisan airmta llki .. tp jgn pernah ttiskn airmta ibu ok .. :)
sebenar nya apabila .. lelaki itu ..menangis ia .. akan lebih nampak kan seorang lelaki itu lebih jujur dan iklaz ... !!! terhadap seseorang yang dia sayangi .. !! sekadar pandangan !!
Ktika sya menangis Bukanlah saya Banci ataupun lmah melainkan itulah sebentk cara meruntuhkan sedikit keegoanku sebagai Lelaki