Perjalanan merentasi denai yang pendek..tetapi dipenuhi dengan duri dan onak…walaupun kita gerun untuk melangkah namun tetap gagahkan kaki menapak ke hadapan..tanpa alas sepatu, duri-duri bagaikan pisau tajam yang menghiris..ketika itu, kita tidak mampu lagi untuk mengundur..kerana langkah perlu diteruskan bagi mengakhiri kesakitan..tidak mahu lagi untuk mengulang dari awal, kesakitan yang sama..
Image via flickr.com
Di hadapan,
Terpampang satu keindahan…
Gambaran pepasir halus pepantai yang merentang bagai mengubat kepedihan langkah kaki yang menapak..onak duri yang memfitnah kesakitan bagai mengundur dari arus jalanan..
tiba-tiba hati disergah penawar…
Dan sesungguhnya..
setiap kedukaan itu hanyalah satu ujian buat yang mengerti…
Bahawasanya,
Allah tidak akan pernah mempersiakan hamba-hambaNya..di sebalik setiap kejadian pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan..pasti akan ada kebahagiaan yang akan menjadi pelengkap kepada perjalanan bagi hamba-hambaNya yang tabah..
…bagi aku dan denai itu
Nukilan:
myREVENGE
13 November 2010
1.06 am
http://theun4givenii.blogspot.com/2010/11/aku-dan-denai-itu.html Aku dan Denai Itu - Sebuah Puisi
5 Komen:
besttt~~~~ :)
teruskan berkarya
indah nyee =)
best satu nukilan yang begitu puitis..bravo dan salam kenal
akuu suka banget....
dan instrumentnya yang menyentuh...
teruskan berkarya....
^_^