“Mana biar Shah tengok?”. Bingkai gambar beralih tangan. Shah mengambilnya lalu dibelek-belek, dapat ku perhatikan dia juga amat tertarik dengan bingkai gambar itu. Ukirannya sangat menarik, 2 ekor rama-rama yang berwarna ungu lembut dipadankan dengan bingkai gambar berwarna krim keputihan amat menarik hati.
“Tak cantik pun”. Jawab shah bersama ketawa. Melopong aku mendengar jawapan yang diberikannya , dengan perasaan geram pinggangnya ku cubit, menggeliat tubuhnya apabila menerima cubitan yang tak disangka-sangka. “ Aduh sakitnya”. Mengaduh shah kesakitan sambil menggosok-gosok tubuhnya yang terkena cubitan ku tadi. Berlapis-lapis dahinya menahan kesakitan.
“Padan muka shah”. Ku rampas bingkai gambar ditangannya, dengan muka yang masam aku meletakkan kembali bingkai gambar itu. Kakiku ku hayunkan untuk keluar dari kedai yang menjual barangan cenderahati belum sempat aku menghayunkan langkahku tanganku dicengkam erat tertolak tubuhku ke belakang akibat tarikan yang kuat.
“Shah minta maaf kalau kata-kata Shah mengguris hati Sha”. Bisik suaranya dekat ditelingaku. Berdebar-debar jantungku tatkala mendengar kata-katanya yang lembut itu. Sebenarnya aku tidak terasa sedikit pun dengan kata-katanya aku sengaja ingin mencuri perhatiannya. Aku melepaskan tanganku dari gengaman Shah. Ku pandang wajahnya . Shahmi Aqmar ku bisikkan namanya jauh disudut hati Shahmi yang membawa maksud mulia,Aqmar yang tampan. Hmm semulia sikapnya setampan orangnya. Sudah setahun aku mengenalinya setahun jugalah aku berkasih dengannya. Perkenalan kali pertama membibitkan rasa cinta di hatiku, aku senang sekali dengan sikapnya yang penyayang serta mudah mesra dengan orang. “ I LOVE YOU sayang”. Ku bisikkan kata-kata cinta di dalam hati agar kekal hingga ke sanubari.
“Sya please say something , jangan diam jer “. Jelas terpancar kegelisahan di wajahnya. Aku mengeluh perlahan kasihan pula ku melihat dirinya dengan sikapku yang terusan diam membisu. “Sya x marahkan Shah pun atau ambil hati dengan kata-kata Shah”. Akhirnya terluah kata-kata dari mulutku. Ku lemparkan senyuman manis kepadanya. Wajahku ditundukkan apabila Shah merenung mataku. Kebiasaan yang akan aku lakukan jika dia memandangku. Terasa panahan matanya menusuk ke dalam hatiku. Aku gelisah, berdebar-debar rasa hati ini. Tidak keruan rasanya.
“Shah janganla tenung Sya macam tu Sya malu la”. Kataku merengek. Ketawa dia melihat gelagat aku. Tanganku digengam kemas, menggeletar tubuhku apabila menerima sentuhannya. Seram sejuk tubuhku. “sebenarnya Shah main-main je tadi. Bingkai gambar ni cantik sayang”. Kembang hatiku apabila Shah memanggilku sayang. Aku menyimpan rasa gembira di dalam hati. Pipiku sudah panas menahan rasa malu. “alahai lemah lutut dia panggil aku sayang”. Aku ketawa di dalam hati mengenang kenakalanku. “kalau dia dengar pasti aku kena usik”.
“Shah sebenarnya Sya nk hadiahkan bingkai gambar ni pada Shah”. Ku capai bingkai gambar yang berada di atas rak lalu ku berikan pada Shah. “Shah nk tau Sya suka bingkai gambar ni sebab rama-rama ni,yang sebelah kanan tu Shah yang sebelah kiri tu Sya”. Tersenyum Shah apabila mendengar kata-kataku. Manisnya dia apabila mengukir senyuman bertambah sayang aku kepadanya. Tidak sabar aku ingin menjadi miliknya. “ish dah gatal agaknya aku ni!”.
“Terima kasih Sya, nanti Shah letak gambar kita berdua ok? Shah akan jaga bingkai gambar ni macam Shah jaga nyawa Shah sendiri. Nanti kalau Syah rindu Syah peluk bingkai gambar ni”. kata-katanya mengundang tawa di hatiku. Bahagianya rasa apabila dapat bersama orang yang tersayang. “Shah kalau Sya tak ada nanti Shah jangan lupakan Sya tau”. Kata-kataku mengudang rasa terkejut pada dirinya entah mengapa hatiku berasa sayu, rasa takut kehilangan dirinya. “Sya kenapa cakap macam tu sayang? Sya tahu kan Shah amat menyintai Sya. Shah tak dapat hidup tanpa Sya. Kita akan hidup bersama sayang”. Tersentuh hatiku apabila mendengar kata-katanya. Rasa sebak mengundang dalam diri. Aku amat menyintai dirinya, sungguh menyintainya.
Malam ini aku sendiri. Kawan-kawanku sudah lama dibuai mimpi. Mungkin disebabkan keletihan apabila seharian suntuk menelaah pelajaran. Biasalah apabila bergelar pelajar kena berkorban masa dan juga tenaga. mataku masih degil tidak mahu tidur, sudah puas aku cuba pejamkan mata tetapi masih segar disebabkan kedegilan mataku ini aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di ruang balkoni. Sudah 2 tahun aku menetap di apartment Indah Permai dan 2 tahun jugalah aku bergelar pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) lagi setahun aku bakal bergelar graduan dan bakal mengenggam segulung Diploma Perakaunan. Tidak sabar rasanya menghabiskan pengajianku. Terasa rindu pada keluarga di kampung. Teringat keletah anak buahku Akak dan Achik. Kenakalan mereka mencuit hatiku. Adakalanya mengundang rasa geram mana tidaknya apa yang dilarang itu yang ingin dibuat oleh mereka. Kanak-kanak memang susah dilarang.
Aku memeluk tubuh, terasa sejuk apabila angin bertiup mengenai tubuhku yang hanya disaluti dengan baju tidur tanpa lengan. Sungguh indah malam ini, Bandar Melaka masih terang benderang dicurahi lampu neon pelbagai warna. Masih banyak kenderaan yang lalu lalang walaupun jam sudah menginjak ke angka 2 pagi. Mungkin anak muda yang ingin berpeleseran di malam hari, bagi mereka malam masih muda. Berkinja di disco-disco menjadi kegemaran muda-mudi sekarang ini, terlalu banyak anak muda yang terjebak dengan kehidupan yang tidak sihat.
“Aduh”. Aku menjerit kecil apabila kepala ku tiba-tiba sakit. Terlalu kerap kepalaku sakit kebelakangan ini mungkin disebabkan terlalu letih menelaah pelajaran. Dalam kepayahan ku buka laci meja, mengambil panadol lalu ku telan namun sakitnya masih mencengkam. Ku cuba pejamkan mata menghilangkan rasa sakit tapi usaha ku gagal sakitnya mencucuk-cucuk. Berpeluh-peluh aku cuba menahan sakit ubat yang ku telan seperti tidak memberi apa-apa kesan. Selama 1 jam aku bertarung melawan sakit, pukul 4 pagi barulah kesakitan yang ku tanggung berkurangan. Mujurlah esok aku tiada kelas jika tidak tentu aku tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah.
Kesakitan yang aku alami mengundang rasa cemas kepada diri Shah. Ini mesti Aini yang memberitahu kepadanya tentang sakit yang aku alami. Pada aku ini hanya sakit biasa tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku terpaksa menahan telinga mendengar Shah membebel menyuruh aku menjaga kesihatan. Aku tahu dia risaukan aku tapi caranya menganggap aku ini seperti budak-budak kecil yang masih tidak tahu merangkak. Segala pergerakkan ku ingin diketahuinya terasa rimas apabila diri sentiasa diekori. Apabila aku suarakan kerimasan ku padanya mulalah dia merajuk, 2 hari aku tidak disapanya namun dalam dia merajuk denganku dia masih tetap ingin mengekoriku lagak seperti dia pengawal peribadiku sahaja. Aku makin tertekan dengan kebisuan antara kami demi tidak mahu mencipta jurang aku beralah, petang itu aku mengajaknya keluar bersiar-siar di taman berhadapan dengan apartment yang aku tinggal.
Keindahan taman yang menghijau memudahkan aku untuk berbincang dengan Shah dengan lebih selesa. Kebetulan pada masa itu tidak ramai orang yang datang ke taman, aku mengambil tempat duduk yang agak tersorok dari pandangan orang, bukan aku suka-suka mahu duduk di situ bagi aku di situ lebih sesuai kerana keadaannya yang sunyi memudahkan aku untuk berbincang dengannya. Aku mengeluh, sudah lima minit waktu berlalu kami masih dibentengi dengan kebisuan. Masing-masing tidak mahu bersuara. Dengan suara yang lemah aku memulakan introduksi.
“Shah”. Ku panggil namanya dengan perlahan. Aku tahu Shah mendengarnya apabila dia lantas menoleh saat terdengar namanya di panggil. Wajahku direnungnya menantikan kata bicara ku yang seterusnya. Lidah ku kelu, tidak tahu hendak berkata apa. Mana perginya dialog yang sudah ku hafal malam tadi?? “nak minta maaf dulu ke nak tanya dia sihat ke tak? Ish apa pula dia kan tengah sihat sekarang ni, eh mana tahu dia sakit dalam ke tapi sakit apa?alahai aku nak cakap apa ni?”. hatiku bermonolog.
“Emm Shah dah makan?”. Soalan yang keluar dari mulutku mengejutkan Shah bahkan aku sendiri. Aku mengaru-garukan kepala ku yang tidak gatal, sebelum datang ke sini aku dengan Shah menjamu selera terlebih dahulu di Restoran Cahaya Bulan. Gabra punya pasal lain yang hendak ditanya lain yang keluar. Namun terasa kelakar pula apabila Shah dengan selamba mengatakan “dah makan” walaupun dia tahu aku sudah tahu jawapannya. Terkebil-kebil aku melihat gelagatnya, nampak sangat yang dia masih marahkan aku acuh tak acuh saja dia menjawab soalan ku.
“Errr,errr se..benarnya Sya nak minta maaf dengan Shah”. Fuhh lega akhirnya terucap juga kata keramat dari mulutku. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Jantungku berdengup kencang seperti aku baru habis menamatkan larian 100 meter. Wajahku ditundukkan takut untuk bertentangan mata dengan Shah. Panahan matanya begitu tajam ibarat mata pedang.
“Boleh Shah tanya 1 soalan?”. Aku mengangguk, wajahku masih ditundukkan. Terasa ada tangan yang menyentuh daguku, mengangkat wajahku Shah melemparkan senyuman padaku. Hatiku berbunga riang itu petanda bahawa sudah hilang rajuknya. “Kenapa setiap kali Shah pandang Sya, Sya tak berani lawan pandangan mata Shah? Sya rasa berdebar-debar erk? atau Sya malu dengan Shah?”. Pertanyaannya membuatkan pipiku terasa merah. Memang aku berdebar-debar memang aku malu. Soalannya tidak ku jawab aku lebih senang menguis-nguis dedaunan kering dengan kakiku.
“Shah suka bila Sya tersipu-sipu malu macam tu nampak cute sangat”. Dia ketawa kecil dihujung kata-katanya, aku menjadi semakin malu tak lekang senyuman di bibirku mendengar pujiannya. Alahai boleh perasan aku dibuatnya. “Shah tak marahkan Sya lagi? Sya minta maaf di atas kelakuan Sya tempoh hari Sya tak sepatutnya cakap macam tu pada Shah”. Aku meluahkan rasa kekesalanku padanya. Sepatutnya aku perlulah lebih sabar melayan kerenahnya.
“Shah tak pernah marahkan orang yang Shah sayang tau. Sya adalah segala-galanya bagi Shah. Dah la lupakan je ok? Senyum sikit tak nak la masam-masam macam kerang busuk dah”. Aku ketawa mendengar gurauanya. Shahmi Aqmar kan ku cinta dirimu sampai hujung nyawa.
Hujung minggu yang cukup membosankan dalam hidupku. Apa agaknya yang dibuat oleh Shah sekarang ini? Aku bertanya sendiri. Sejak kebelakangan ini Shah terlalu sibuk dengan projek kolej sehingga tiada masa lagi untukku. Aku faham dengan kesibukkanya namun aku cukup terasa dengan dirinya kerana layanannya padaku sudah tidak seperti dahulu. Tidurku hanya ditemani bear pemberiaannya sewaktu aku menyambut ulang tahun kelahiran ku yang ke-20. Acapkali aku terjaga dari tidur apabila aku mimpikannya. Setiap kali aku terjaga dirinya yang ku cari aku bukan mengharapkan dirinya berada denganku cukuplah dengan satu pesanan tanda dia mengingatiku tapi aku hampa, rasa kecewa menhimpit dada. Aku tetap akan menunggu walaupun dia tak kunjung datang. Cinta dan sayangku tak akan berubah.Itulah janjiku
Berita tentang aku terlantar di katil hospital begitu mencemaskan Shah. Aku pengsan sewaktu pulang dari kampus. Kepalaku tiba-tiba sakit, kawan serumahku telah membawa aku ke Hospital Putra Melaka hampir dua jam aku tidak sedarkan diri. Ahli keluargaku telah pun dihubungi. Esok pagi mereka akan bertolak dari Bandar Ipoh ke Melaka. Tubuhku begitu lemah sekali, kepalaku masih terasa sakit walaupun aku baru sahaja menelan ubat penahan sakit. Shah begitu setia berada di sisiku, terpancar kerisauan di raut wajahnya. Kawan-kawanku yang lain sudah lama pulang. Aku tidak mahu membebankan mereka dengan masalah kesihatanku walaupun pada mulanya mereka enggan pulang kerana risau dengan keadaanku, aku mempamerkan wajah yang ceria dan berpura-pura sudah sihat sepenuhnya barulah mereka dengan berat hati meninggalkan aku bersama Shah.
“Sya nak makan?”. Tanya Shah sewaktu aku membuka mata. Aku kembali tidur waktu kawan-kawanku pulang, ubat yang ku makan memaksa aku untuk tidur. Aku menggeleng lemah, aku cuba bangun terasa malu dengan Shah apabila melihat diriku yang tidak terurus tambahan pula aku tidak memakai tudung. Selama ini aku begitu menjaga batas-batas aurat tapi kini Shah telah melihat auratku!
Atas bantuan Shah aku bersandar di kepala katil. Lenguh tubuhku kerana terlalu lama baring. Aku cuba mengukir senyuman padanya walaupun aku tahu begitu pahitnya senyuman ku di saat itu. Malam ini Shah akan menemaniku di hospital, esok pagi barulah ahli keluargaku datang, mereka tidak dapat bertolak malam ini kerana penglihatan ayahku tidaklah begitu baik ketika memandu di waktu malam. Mujurlah Shah ada jika tidak tentu aku dilanda kebosanan!
“Sya kenapa diam je ni? Sya sakit ke? Nak Shah panggilkan doktor?”. Intonasi suaranya begitu mencemaskan. Wajahnya sedih, aku sebak melihat dirinya. Dia begitu risaukan aku. Airmataku gugur, sedih aku bakal meninggalkan dirinya.
“Shah, janji dengan Sya kalau Sya tak ada lagi di dunia ni Shah carilah pengganti Sya”. Kataku bersama linangan airmata. Aku telah disahkan menghidap penyakit barah otak tahap ketiga. Aku tidak sangka sakit kepala yang selama ini aku sangka hanya sakit biasa rupa-rupanya sakit yang akan membawa maut. Walau apa pun aku redha dengan ketentuanNya.
“Sya kenapa cakap macam tu sayang?Sya tak akan ke mana-mana Sya tetap dengan Shah. Shah nak hidup bersama dengan Sya”. Aku mengeleng-geleng. Kata-katanya begitu menusuk ke kalbu.
“Shah sendiri tahukan kita tak boleh nak hidup bersama, Sya ada barah otak Shah, hidup Sya tak lama Sya bakal meninggalkan keluarga Sya, tinggalkan Shah tinggalkan semua”. Tinggi aku bersuara bersama dengan tangisan yang makin menjadi-jadi. Selama ini aku begitu takut kehilangan orang yang ku sayang tapi kini aku bakal meninggalkan mereka semua bukan sementara tapi buat selamanya.
Shah sendiri sudah ditenggelami airmata, bukan niatku buat dia sedih aku cuma tidak mahu dia terusan mengharap padaku. Dia layak mendapatkan wanita yang lebih baik dari diriku.
“Shah tolong janji dengan Sya, Shah carilah pengganti Sya”. Aku masih mengharap kata-kata yang akan keluar dari mulutnya. Tapi aku hampa Shah masih mendiamkan diri aku hanya mendengar suara tangisnya. Airmata yang tadinya sudah kering mula merembes keluar. Ya Allah tabahkan hatiku, tabahkan orang-orang yang ku sayang menghadapi dugaan dariMu.
Aku terjaga apabila mendengar suara sayup-sayup mendendangkan lagu. Ku perhatikan jam di dinding sudah angka 3 pagi. Di tepi katil ku lihat Shah begitu syahdu mengalunkan ayat-ayat al-quran. Meresap ke dalam jiwaku. Adakalanya suaranya tersekat-sekat. Shah menanggis! Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Airmataku gugur. Sebak hatiku melihatnya keadaanya aku tahu Shah cuba kuat apabila berdepan denganku dia cuba menyembunyikan rasa sedihnya. Aku sendiri cuba mempamerkan wajah yang ceria, aku tidak mahu dia sedih melihat keadaanku. Tapi makin di cuba makin sukar untuk aku berlakon aku tak berjaya melakonkan watakku.
Air mataku tumpah lagi apabila melihat ahli keluargaku teresak-esak menangis apabila mengetahui keadaanku. Ibuku masih tidak percaya yang anak bongsunya akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya begitu juga dengan ayahku airmata lelakinya tumpah saat melihat anak kesayangannya terlantar sakit.
“Sya, sepatutnya ibu yang tua ni yang patut pergi dulu bukan Sya”. Ibuku menggogoi menahan tangis. Ayahku cuba menenangkan ibuku. Bilik J103 begitu riuh dengan suara tangisan ibuku. Teman-teman yang datang melawat turut menumpahkan airmata simpati melihat keadaanku, simpati melihat kesedihan yang tergambar di wajah keluargaku. Aku mencari wajah lelaki yang ku sayang. Shah duduk menghadap tingkap, melihat panorama luar. Aku tahu dia turut menangis masih ada kesan airmata di tubir matanya.
Aku mengharungi hari yang mendatang berbekalkan kekuatan yang masih ada. Tubuhku sudah semakin kurus, wajahku pucat jelas mengambarkan aku menanggung azab kesakitan yang amat sangat. Rambutku juga sudah banyak gugur sehingga menampakkan kulit kepala. Rambut yang dulunya menjadi kebanggaanku apabila teman-temanku sering memuji kecantikkannya. Rambutku yang dulunya hitam pekat dan lurus walaupun aku tidak pernah ke salon kecantikkan kini semakin gugur. Setiap kali aku menyikat rambut banyak yang akan gugur seperti airmataku yang turut gugur di pipi. Shah masih setia denganku, setiap hari dia akan datang melawatku walaupun ditegah dia tetap dengan munculkan diri. Aku bukan ingin menghalang dia datang melawatku tetapi sekarang ini pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa sedang bergelut menghadapi peperiksaan akhir. Aku bimbang seandainya dia gagal.
Petang itu aku terasa sakit yang amat sangat. Dengan suara yang lemah ku panggil ibu serta ayahku. Shah bergegas datang selepas menerima panggilan telefon daripada ayahku, begitu juga dengan teman-temanku.
“ibu,ayah ampunkan Sya jika selama ni Sya banyak menyusahkan Ibu dan Ayah. Halalkan makan minum Sya. Kak Long, Abang Long maafkan Sya sebab tak dapat jadi adik yang baik”. Lemah suaraku, ibu sudah menitiskan airmata begitu juga dengan yang lain. Mungkin mereka sudah dapat mengagak sudah sampai masanya.
“Shah”. Ku panggil namanya. Shah datang menghampiriku mengengam erat tanganku. “maafkan Sya sebab tak dapat membina masa depan bersama Shah, Sya sayang Shah, hanya Shah yang Sya cinta sampai hujung nyawa, Shah janji dengan Sya Shah cari penganti Sya”. Dengan suara yang tersekat-sekat aku cuba meluahkan. Ku kesat airmata yang menitis di wajahnya.
“ Sya, Shah pun sayangkan Sya sampai hujung nyawa Shah. Tak ada siapa yang dapat mengantikan Sya. Shah tak dapat nak penuhi permintaan Sya, jangan tinggalkan Shah Sya”. Esak tangis makin menjadi-jadi ayahku cuba menenangkan Shah yang sudah berendam airmata. Tidak lama lagi kekasihnya ini akan meninggalkannya pergi.
Aku merasa sakit yang amat sangat. Ibuku meraung-raung, ayahku membacakan khalimah syahadah di telingaku. Aku mengikuti butir bicaranya dan akhirnya bercerailah nyawa dari jasad kembali ke Sang Pencipta.
Nukilan:
mashiezmaro shizma
http://aboutmylife-eyma89.blogspot.com/ Cerpen : Sampai Hujung Nyawa
43 Komen:
best sgt cerpen ne. .trasa sedih sgt. .:(
sdih sgt2...
terlalu indah jln cerita cerpen ini...
umm,,so sweet..jln cerita pon menarik..sdih sgt2..
romntik.. tp sayang akhirnya terpisah jua..
romantik tp yg last2 tu sedih sgt2..
dimana ada persimpangan,.di situ adanya perpisahan..(",)
Kisahnya amat sadis..hmpir sma ngan kisahku.......cuma mreka plajar..kami...dh bkerja...aku prnh d miliki...si dia msh sndiri...blom prnh brsua..tp si dia bgtu mngambil brt ttg ku n sring pstikn aku sntiasa dlm bahagia...Hidupku jua x lma..ikut jangkaan pakar, mngkin tggal lg 1 taon lbh lg.....aku dh x thn dgn ksakitn ini....ngalir air mtaku ngan cerpen ini..trkng kasih syg dr si dia...
sngt sedih :(
dimana ada permulaan,pasti akan berakhir dengan perpisahan...dimana ada kemanisan pasti akan terselit kepahitan..di ibaratkan sang matahari pasti bertemu bulan jua..
suka jln cerita...walaupun simple....
how romantic....
cerita yg begitu romantik...saye tengah bergelut dengan insan yg pling sayang..sekurangnye dlam cite diatas tidak menjauhkan diri..abi ,umi sayang abi..umi tk kisah gan semue tu..
andai aku bisa memliki kekasih sperti ini, ingin ku bkongsi kesakitannya....andai pyakit itu blh dipindahkn...aku rela menerimanya...i
waw wlau w nak emo tpi w jga pnya cinta andai dia yg seperti itu huff tpi sayang'a gag
cerita yang menarik...tp last2 terpaksa mniggalkan owg yg kita syg....bertuah nye sesiapa yg dpt teman yang mcm nie..msti idup dia bhagia...
kegembiraan lwnnya kesedihan n pertemuan lwnnya perpisahan.....
sedih..s0b3..
pape pon cite ni blh d improve kn lg..
klu blh,jgn la wt part pegang2 sbb sya tu kn study kt kolej islam..lgpon ade state yg dy jg aurat dlm cite ni..so,part pegang2 cam x sesuai r..
pape pon g0od job :)
bgus bgt cerp3n.X,,,,,,,,,,,,
sedih lah
sya n syah..
same as my live story..
but we just bff.. i love him..
nice cerpin...
bes...terbaekkkkkk
sedihhh.. dan sgt menyentuh perasaan.. itulah cinta namanya...
so sad lorh......
touching abis ! :') i likeeee
sdih sgt2.....=(
touching lah cerita ni :')
so sad...!!!
apuu . sedih eyh . so sweet n sad . cerpen yg sgt best .
sooo..touching...
ajal maut, jodoh pertemuan semua d tangan Tuhan..sajak yg baek..keep it up!
mgalir airmataku...huhuh
tsentuh sgt2 bc cerpen ni..credit to mashieazmaro shizma
sdey nyer ...
tu lah cinta hingga hujung nyawa ..
=(
sedih nyer cerita ni.... make me cry....
so sad...
sedih . mengalir airmata T.T
Sedihnya jalan cerita ni tampaku sedari air mata mengalir dipi. Alangkah indah andai dapat cinta hingga kehujung nyawa
sedih sngat...tapi mcm tak kene part sentuh sentuh tu..coz d kan student kolej islam..infact mmg tak bleh pon islam melakukan pkare mcm tu..but avway nice story..keep it up..
ya, memang sedih sampai meleleh air mata jantan ku ni...sedih mengcengkam klabu ku....
sedih ! tpy jln cite die best sgt ... btw , keep it up :)
good short story.keep on writing
tragis...menarik;)
Huhu!!! Begitu menyedihkan...
Fighting!!!!