Banyak perkara perlu dilakukan untuk mewujudkan rumah tangga bahagia dan harmoni.
Dalam perkahwinan, hubungan itu mampu dicapai sekiranya keduadua pasangan bijak membajai benih kasih sayang dan persefahaman bersama-sama.
Kebahagiaan rumah tangga terhasil daripada perlakuan baik antara pasangan.
Mereka perlu bersikap terbuka dan realistik untuk mencapai keharmonian serta kesempurnaan hidup berkeluarga.
Oleh itu, suami memainkan peranan penting dalam mendidik dan berkomunikasi dengan isteri memandangkan wanita juga mempunyai rahsia yang sukar untuk diungkapkan demi menjaga martabat suami.
Bagi memenuhi impian dan mencapai cinta hingga ke Jannah, kedua-duanya perlu meletakkan komitmen untuk menerapkan keakraban dalam mengejar keserasian itu. Berikut antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Wanita harapkan cinta suami
1 Sikap semula jadi wanita sentiasa ingin dimanja, dikasihi dan dibelai. Luah dan ungkapkan kata cinta supaya mereka rasa dikasihi.
Isteri juga tahu bosan
2 Elak lakukan perkara sama setiap hari. Cuba bantu isteri buat kerja rumah dan beri peluang mereka membuat aktiviti sendiri.
Bawa keluar jalan-jalan
3 Jika ada masa lapang selepas waktu kerja, cuba bawa mereka bersiar-siar ambil udara petang. Cuba luangkan masa berdua di kedai minum dan bercerita mengenai kenangan manis.
Wanita suka pujian
4. Puji masakan atau pakaian dan tindakannya untuk memberikannya keyakinan serta rasa dihargai suami.
Cemburu sifat wanita
5. Jangan bandingkan isteri dengan wanita lain di pejabat anda atau sesiapa saja kerana mereka mudah tersentuh dan rasa tercabar. Hargai dirinya dan sentiasa beritahu betapa bertuah anda memiliki isteri sepertinya.
Bimbing isteri jadi wanita Muslimah
6 Peranan lelaki dalam keluarga adalah memimpin dan perkara itu adalah cabaran besar untuk lelaki hari ini. Tunjukkan kepada isteri anda mampu lakukannya dan bersamasama untuk mencapai kehidupan lebih bermakna.
Jangan buat wanita membebel
7 Wanita suka membebel kerana mereka cepat risau dan banyak berfikir dalam satu tempoh. Cuba tenangkan fikiran dan fahami apa yang diperlukan isteri anda.
Isteri ingin kebahagiaan
8 Wanita bernikah kerana ingin kehidupan lebih bahagia bahkan mereka yakin terhadap keupayaan pasangan dipilih untuk melahirkan institusi kekeluargaan produktif.
Rahsia erat kasih sayang dalam berumahtangga

0 Komen: