Ciri-ciri seorang rakan yang berkualiti dan boleh diharap


Share on Tumblr
Ciri-ciri seorang rakan yang berkualiti dan boleh diharap

Tidak ramai orang benar-benar menghargai seorang rakan yang banyak menolong di kala kesusahan. Untuk membalas jasa mereka, mudah saja iaitu dengan membuang sikap negatif dan belajar mencontohi nilai positif yang ada pada rakan.

Apabila sebut saja pasal kawan, pasti ramai menganggap istilah itu sebagai `individu yang sentiasa ada untuk kita', namun bukan semua orang tahu kualiti sebenar seseorang rakan yang baik. Anak muda perlu bijak mencari dan meneliti setiap sikap positif yang patut dijadikan teladan.

Kalau nak diikutkan, sahabat amat mudah untuk dicari lebih-lebih pada zaman yang serba moden dengan hubungan persahabatan boleh diwujudkan hanya melalui laman sosial yang kian popular dipelopori golongan remaja. Namun, setakat mana sahabat yang ingin berada di samping kita sesudah mengetahui sikap baik dan buruk yang ada pada diri?

Hakikatnya, kawan yang kebanyakan hanya bersifat `datang dan pergi' dan hanya segelintir yang sanggup meredah pahit getir kehidupan bersama empunya diri. Memang benar kerana bukan semua sahabat ada `kualiti' yang boleh kita ambil sebagai contoh untuk memotivasikan diri selain rasa dihargai.

Pokok pangkalnya, berkawan itu perlu bersifat dua hala bermaksud kita memberi dan menerima. Penulis percaya bukan mudah untuk mencari sahabat yang dapat berbuat demikian lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui `sudut hitam' kita yang mungkin menyebabkan dia meminggirkan diri dari kita. Benar, dalam persahabatan tidak boleh ada rahsia kerana ia boleh mencurigakan ramai pihak dan membuatkan kita sukar untuk dipercayai.

Kualiti yang baik pada rakan bukan saja memudahkan kita untuk bergaul dengannya bahkan ia mewujudkan impak positif pada kedua-dua pihak. Andai kata kita mempunyai sikap yang kebanyakannya negatif, semua itu mungkin berubah jika kita mewujudkan hubungan dengan mereka yang positif perangainya. Kata orang, sahabat kita mencerminkan diri yang sebenar. Oleh itu, dengan siapa kita berkawan adalah penting.

Tapi apa yang penting adalah insan yang sanggup berkorban masa dan kudrat hanya untuk kita, bermakna dia tidak kisah apa pengorbanan yang diberi asalkan kita selesa dan ceria selalu. Namun, adakah diri kita sedar perkara itu? Kadangkala remaja yang mempunyai ramai kawan menghadapi kesukaran untuk membezakan antara sahabat yang boleh diharap dengan mereka yang hanya ada ketika masa `bergembira'.

Mungkin ramai anak muda tidak perasan atau terlepas pandang serta tidak menerapkan sifat positif ketika berkawan.Dibincangkan skop ini secara lebih meluas dengan meneliti setiap nilai positif yang perlu ada pada kamu bagi menjadi seorang rakan yang berkualiti dan boleh diharap.

Ciri-ciri yang perlu ada

Sekiranya kamu mengambil mudah aspek berkawan dan tidak mementingkan persahabatan kamu, maka banyak kekurangannya. Ketahui dulu bagaimana kamu boleh menjadi sahabat yang baik melalui nilai-nilai positif berikut.

Pertama, kawan yang boleh diharap itu perlu pandai membahagikan masa dan bijak mengatur pertemuan serta menunaikan janji. Kebiasaannya, hubungan persahabatan yang retak adalah disebabkan sifat kamu yang tidak gemar menunaikan janji. Insan yang berkualiti adalah mereka yang pandai menepati masa dan tidak sesekali menyinggung hati kawan dengan janji palsu semata-mata.

Kedua, jadi seorang yang boleh diharap. Berkawan tidak semestinya terhad untuk gelak ketawa saja namun kamu perlu juga menjadi seseorang yang boleh beri bantuan ketika saat genting. Sukar sekali untuk menjadikan seorang yang tidak konsisten dan kurang menaruh kepercayaan pada kita. Jika tidak mampu untuk berjanji akan sesuatu, hanya katakan pada mereka bahawa kamu tidak boleh lakukan demikian. Banyak berdolak-dalik dan janji palsu menyebabkan kerenggangan antara kamu dan sahabat.

Ketiga, ciri berkualiti yang perlu kamu ada ialah sifat memaafkan orang lain walaupun mereka banyak menyakiti hati kamu. Memang benar, setiap orang ada ego mereka sendiri dan kadangkala sukar untuk mengalah demi menjaga hubungan baik. Tapi hakikatnya, seorang rakan yang berkualiti adalah mereka yang selalu memaafkan orang lain dan meminta maaf andai ada salah. Untuk menjadi seorang individu yang baik, turunkan ego dan minta maaf dan jangan sesekali meletakkan kesalahan pada orang lain.

Keempat, jujur pada diri sendiri dan mereka di sekeliling kamu. Percaya atau tidak, kejujuran itu adalah `akar' kepada hubungan persahabatan. Mana tidaknya, semua orang inginkan seseorang yang jujur dan tidak menjadi talam dua muka lebih-lebih lagi jika sudah lama kenal. Walaupun begitu, mungkin sikap kamu yang terlalu jujur menyebabkan rakan kamu terguris hati. Misalnya, kamu mempunyai suatu rahsia dari rakan kamu dan membongkar perkara itu kepada orang lain kerana sikap kamu yang `lurus' dalam semua perkara. Kejujuran itu penting tapi tidak perlu berterus terang dalam semua perkara.

Lima, jangan sesekali mengambil kesempatan dalam kesempitan. Hakikatnya, ramai orang memandang sesuatu kelebihan sebagai senjata utama untuk memuaskan diri. Menggunakan orang lain untuk kepentingan peribadi adalah suatu nilai negatif yang patut dibuang jauh-jauh. Perkara ini bukan saja menjadikan kamu seorang yang tidak berkualiti tapi juga menyukarkan kamu untuk mencari kenalan baru di masa hadapan.

Enam, setia pada rakan. Kualiti ini perlu sekali dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh semata-mata. Jaga rahsia kawan dan yang penting tidak memberitahu kepada sesiapa pun andai kata ia adalah sesuatu yang sangat serius. Jika kamu seorang mulut murai atau suka `gossip', fikirkan kembali adakah sikap itu membolehkan kamu memelihara hubungan yang sudah lama terjalin.

Tujuh, kamu perlu cuba jadi seseorang yang memahami. Bijak memberi pendapat dan idea itu adalah suatu kelebihan bagi kamu. Lebih penting, seorang kawan baik boleh menggembirakan rakan yang bersedih dan berada dalam dilema. Walau seberat manapun masalah yang dihadapi rakan, kamu perlu mengambil berat dan belajar menyelesaikan masalahnya. Ini ciri yang perlu diterapkan dalam diri.

Perbetulkan kesilapan

Lebih penting untuk menjadi kawan yang berkualiti, perlu menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura di hadapan orang lain.

Kebiasaannya untuk mengubah diri kamu menjadi kawan yang berkualiti, perlu mula tanamkan sifat jujur dan jadi seorang yang unik. Jadi diri kamu walaupun banyak kekangan dari orang lain. Sebetulnya, individu yang cemerlang dalam perhubungan bukan saja lengkap dengan nilai positif malah tidak menjadi seorang yang `plastik' atau talam dua muka di hadapan orang lain.

Perlu diingatkan juga kamu perlu ubah sikap negatif kepada positif. Misalnya, berhenti mengumpat atau mengata di belakang kawan sebaliknya mencari kelemahan kamu sendiri iaitu mengapa kamu tidak boleh menjadi seorang yang baik dan boleh memberikan teladan kepada orang lain.

Selain itu, kamu mungkin akan sedar bahawa diri kamu yang tidak sempurna itu masih ada peluang untuk berubah dan menjadi individu yang terbaik di mata sahabat. Mungkin kamu sering terlepas pandang dan beranggapan bahawa diri kamu betul dan keadaan itu memberikan keselesaan kepada kamu. Namun hakikatnya adalah berlainan.

Berubah itu bukan mudah tapi ia boleh dicapai jika dilakukan secara berterusan. Kamu ingin menjadi rakan yang boleh diharap tapi itu semua mungkin memakan masa kerana perangai kamu yang sukar melakukan sesuatu yang positif. Namun, jika kamu pentingkan hubungan persahabatan dan harapkan sesuatu perubahan baru dalam hubungan, kamu perlu mula berubah.

Sekiranya sahabat kamu selalu bersifat memberi dan kamu bersikap sebaliknya, ia adalah tidak normal dan kamu hanya menggunakannya untuk kepentingan kamu. Perlu ingat bahawa sekiranya rakan kamu tidak lagi berbuat baik pada kamu, mungkin kamu akan kehilangan mereka selama-lamanya.

Lebih penting adalah kamu sedar perkara ini dan ingin berubah untuk menjadi seorang yang `berkualiti' dalam kalangan rakan kamu dan berusaha terapkan nilai positif serta ubah sikap negatif kamu. Penulis berharap anak muda masa kini boleh berfikiran lebih terbuka dan berubah menjadi individu yang boleh diharapkan dan tidak menjadi seorang talam dua muka. Semoga berjaya!

Oleh Hazril MdNor
~Metro
Ciri-ciri seorang rakan yang berkualiti dan boleh diharap

2 Komen:

Unknown berkata...

assalamualaikum.. saya berasal dari Tawau Sabah, umur 20..nak tanya?
ada segelintir kawan ni.. saya tak berapa rapat.. tapi bila tau disebalik sebenar.. kawan yang tak rapat ni.. cakap2 belakang saya.. saya pun tak tahu.. apa salah saya sampai dorang cakap belakang2..tanpa pengetahuan saya.. sedih sangat.. dorang cakap PLASTIK!!!
tapi saya sangat terasa.. memang terkena pada saya.. terluka pun ada.. sedih pun ada.. yang saya tak faham???
apa maksud plastik dalam sahabat ni..

Janne Anders berkata...

Suami saya Johnson membuang saya untuk wanita lain untuk pes 3 tahun ,. Rakan saya Jennifer Oscar memperkenalkan saya kepada kastam Voodoo Love Spell, saya tidak pernah melakukan spell cinta sebelum ini dalam hidup saya.
Pada mulanya saya tidak pernah percaya DR Oduduwa akan dapat membantu saya memenangi kembali HUSBAND EX saya dari wanita ini tetapi kerana saya masih sayang dia dan saya mahu suami saya kembali dalam hidup saya .. saya mencobanya, saya patuh dan ikut DR Arahan ODUDUWA dan saya mengejutkan bahawa selepas 3 Hari mencurahkan Cinta-mantra dan kerja-kerja Incantations dengan gambar suami saya dan nama-nama yang diberikan kepada DR ODUDUWA, Makan siang adalah ejaan cinta ke udara bagi pihak saya pada jam 12.00 tengah hari. . Keesokan harinya saya berjumpa dengan panggilan yang tidak dijawab di telefon saya, beberapa munites kemudian saya EX HUSBAND memanggil saya di telefon meminta saya untuk memaafkan dan melupakan semua yang dia telah melakukan salah untuk menyakiti saya, Suami saya bercakap dengan saya dengan baik dan dia menyesal. sekarang diri saya dan suami saya kembali bersama-sama dan kami sangat gembira dengan kehidupan baru kami sebagai keluarga ... terima kasih kepada DR ODUDUWA untuk kerja yang hebat yang telah dilakukannya untuk saya .. saya berjanji kepada Oduduwa untuk membagikan kerja baiknya Kesaksian kepada dunia selepas ia berfungsi dan benar-benar karya Love-Eja untuk kebaikan saya.
Apabila anda memerlukan bantuan sedemikian dan anda mempunyai sesiapa sahaja yang anda kenali atau saudara-mara yang ada di sana yang mengalami sebarang krisis hubungan hari ini, sila memaklumkan kepada mereka untuk menghubungi ODUDUWA melalui e-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Cara Bawa Balik cinta anda, jika anda mempunyai kes seperti berikut ...
SPELLS PERKAHWINAN, PELAJAR SPELLS, SPELLS KASUS MAHKAMAH, LOVE SPELLS
Adakah kekasihmu mengambil masa yang lama untuk memutuskan?
Adakah kekasih anda menipu anda?
Adakah kekasih anda masih bercakap dengan bekas?
Adakah kekasih anda mempunyai pengaruh buruk?
Adakah saudara-saudara kekasih anda berubah fikirannya?
Adakah kekasih anda menghindari anda apabila anda memerlukannya?
Eja Menang Lotto
Eja untuk memenangi Kupon
Eja Berhenti Perceraian.
Eja mencari cinta sejati.
ejaan untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada wanita lain.
Makan siang untuk mendapatkan Rick, kemasyhuran dan kekayaan.
Ejaan ritual
Jatuh balas dendam untuk mengembalikan wang anda yang hilang dari penghutang.
Eja untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Oduduwa E-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Tel: +13019658857

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.