Masalah kawan suka pinjam duit
Saya ada kenalan yang gemar meminjam wang daripada rakan disebabkan terlalu boros. Walaupun ada beban hutang kad kredit dan kereta, dia masih gemar berbelanja.
Pendapatannya tidak mampu memenuhi keinginannya terhadap barang berjenama. Saya pernah menasihati namun ditempelak kerana dia beranggapan saya cemburu dengan kemampuannya memiliki barang mewah.
Saya terasa hati dengan tuduhan itu tetapi mengabaikannya apabila memikirkan kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Saya selalu mendengar rakan lain merungut dia tidak memulangkan wang pada hari dijanjikan.
Apabila dihubungi menerusi telefon, dia tidak jawab atau masuk peti suara. Saya simpati memikirkan dia selalu dimaki disebabkan sikap buruk itu.
Patutkah saya terus mencampuri urusan rakan atau biar dia menghadapi masalah itu sendiri?
------------------
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Surah al-Isra', ayat 27) Berdasarkan dalil berkenaan, jelas rakan memerlukan bantuan saudari untuk tidak terus hanyut dengan sikapnya yang boros.
Bukan saja terpaksa berhutang sekeliling pinggang, dia turut menghampiri ciri munafik apabila mendustai janji. Buktinya, dia terus menabur pelbagai alasan untuk membebaskan diri daripada hutang.
Bagi Dang Setia, bukan mudah untuk membantu rakan. Berdasarkan gambaran diberi, rakan bukan saja menafikan dia berdepan masalah, malah menutup kelemahan dengan menuduh saudari cemburu denganbarangan dimiliki.
Saudari perlu tekadkan hati serta lebih bersabar menangani masalah rakan. Mungkin nyatakan secara berdepan mengenai hal didengari daripada kenalan yang pernah dipinjam duit.
Sekurang-kurangnya ini dapat mengikis sifat ego teman, sekali gus membuka ruang untuk hatinya menerima nasihat saudari.
Masalah: Kawan gemar pinjam wang

1 Komen:
benci pulak I