Tip Bercinta Dengan Bekas Teman Lelaki Kawan Baik


Share on Tumblr
Tip Bercinta Dengan Bekas Teman Lelaki Kawan Baik

Salah satu kepercayaan yang sekian lama wujud dalam dunia wanita adalah jangan sesekali bercinta dengan bekas teman lelaki rakan baik sendiri. Walaupun topik ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka, namun ianya seakan peraturan yang tidak perlu diumumkan.

Rata-rata wanita merasakan bahawa kawan baik yang bercinta dengan bekas teman lelaki sendiri merupakan suatu bentuk pengkhianatan. BFF yang merupakan tempat mengadu semua permasalahan termasuklah hubungan cinta seakan tidak menghormati diri anda serta persahabatan yang dibina.

Tips Cinta

Kepercayaan terhadap teman baik hilang akibat tikaman yang ditusuk dari belakang.

Hubungan teman baik dengan bekas teman lelaki membuatkan wanita mempersoalkan segalanya. Adakah si teman sudah lama memendam perasaan? Atau adakah mereka memang sudah lama bermain cinta? Ianya lebih menyakitkan jika teman itu sendiri sering memberi nasihat perhubungan kepada anda dan dia, tetapi akhirnya mereka yang bersama.

Akibat dari hubungan rumit ini persahabatan menjadi janggal dan tidak mustahil ianya akan musnah. Tetapi tidak semua situasi berakhir begini. Terdapat sesetengah wanita yang tidak kisah jika teman baik mereka menjalin hubungan dengan bekas teman lelaki sendiri. Namun ianya juga bergantung kepada beberapa faktor seperti durasi hubungan itu berlalu serta perilaku teman itu sama ada dia menjaga serta menghormati persahabatan anda berdua.

Buat anda yang merasa dikhianati, jangan cepat melatah sebaliknya tenangkanlah fikiran. Cari kawan lain yang anda tahu akan menyokong serta menolong anda seratus peratus. Jangan hanya kerana noda hitam ini buat anda serik untuk berkawan lagi.

Source: www.eh.com.my/
Tip Bercinta Dengan Bekas Teman Lelaki Kawan Baik

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bercinta biar iklas biar ujian nya amat kuat walau nyawa tersayang kita mampu merela dengan sabar itu erti sebuah cinta

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.