Dilema pilih kerjaya
Dilema pilih kerjaya atau ‘lompat’ kepada kerja baru. Beberapa kajian dan panduan pakar dikongsi di sini untuk rujukan bersama.
Rebut yang terbaik
Dalam dunia serba moden, pelbagai peluang pekerjaan ada dan ia harus dicari dengan efektif. Perkembangan dunia zaman sekarang juga membuatkan pertambahan jurusan dalam bidang pengajian, sekali gus berpotensi melahirkan pakar baru dalam bidang tertentu. Bagi yang sudah bertahun bertungkus-lumus dengan kuliah dan kertas kerja, tidak salah sekiranya kita memilih pekerjaan yang terbaik setimpal dengan apa yang sudah kita perjuangkan.
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Eksekutif Jobstreet.com, Chang Mun Kee pada satu sidang media sekitar 2012, dia berkata, hanya kira-kira 50 peratus daripada 30,000 pekerjaan yang diiklankan di agensi pencarian pekerjaan dalam taliannya diisi oleh graduan pada setiap bulan.
Pada Mei 2012, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan pada ketika itu memberitahu Parlimen, terdapat 76,200 graduan di negara ini yang masih belum mempunyai pekerjaan. Katanya, Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan. Pada tahun 2010 jumlah pengangguran mencecah 42,955 atau 24.62 peratus daripada 174,439 graduan yang ada.
Menurut beberapa graduan yang masih menganggur berkongsi pendapat dengan berkata, memang benar bilangan penganggur makin ramai. Namun kerajaan tidak boleh menyalahkan anak muda semata-mata kerana jika tangga gaji yang sepatutnya dibayar bagi graduan baru melangkah ke alam pekerjaan adalah sekitar RM2,500, mana mungkin mereka menerima tawaran gaji serendah RM1,700.
Secara logiknya, tidak salah mencuba untuk mencari pengalaman bekerja. Peluang kerja kerajaan di negara ini boleh dikatakan banyak. Kita boleh lihat sendiri dengan kewujudan pelbagai kementerian. Di negara kita terdapat lebih daripada 20 kementerian dan terdapat pelbagai jabatan dan agensi yang bernaung di bawah kementerian ini. Tidak kurangnya dengan kewujudan pelbagai syarikat swasta dengan pecahan bidang kerja pelbagai. Jika terlalu lama menganggur, tidak salah mencuba salah satu daripadanya. Cari pengalaman dan tambah pengetahuan untuk dapatkan yang lebih baik masa depan.
Berhenti kerja
Bagi anda yang runsing berdepan masalah di tempat kerja, tiada salahnya jika hasrat untuk berhenti kerja diteruskan. Jangan terlalu bergantung dengan pendapat orang sekeliling sekiranya anda yakin mampu berdiri dengan sendiri selepas berhenti kerja sekarang.
Perlu diingat, ada beberapa langkah yang harus diutamakan sebelum anda teruskan dengan hasrat itu. Paling penting, kita kena tahu sebab utama kita ingin berhenti kerja. Sama ada untuk memulakan bisnes sendiri, melangkah ke pekerjaan baru ataupun menumpukan perhatian kepada perkara lain.
Sementara itu, kenyataan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan dilaporkan media pada 2012 menggesa graduan supaya memperbaiki kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris selain meningkatkan skil komunikasi. Punca itu merujuk kepada graduan yang sukar mendapat pekerjaan.
Fauzi juga menasihatkan graduan ataupun mereka yang berhasrat meningkatkan prestasi kerja dengan mencari peluang baru supaya meninggalkan sikap negatif seperti terlampau memilih pekerjaan dan hanya mahu pekerjaan di kawasan yang mereka rasa selesa seperti di tempat kelahiran masing-masing. Perkara ini perlu dielakkan untuk mengukuhkan sikap berdikari dan rebutlah apa saja peluang pekerjaan terbaik di mana saja.
Oleh demikian, seeloknya pelan lebih awal laluan anda kerana jika tiada sumber pendapatan lain selepas berhenti kerja, keadaan menjadi bertambah rumit. Sama ada memulakan bisnes atas talian secara kecil-kecilan tanpa perlu pulang ke kampung, tidak mengapa kerana jika ada usaha pasti membuahkan hasil.
Jika anda berhenti kerja atas sebab nampak potensi dalam perniagaan atas talian tadi, maka ada benda perlu diambil kira.
Hutang antara punca mematikan hasrat untuk berhenti kerja. Justeru itu, rancang laluan pendapatan anda. Hutang kereta, sewa rumah, minyak kereta antara yang perlu diambil kira. Pastikan apa juga kerja yang akan anda lakukan selepas itu memberi ganjaran lebih tinggi ataupun setidak-tidaknya ‘cukup-cukup makan’ pada peringkat permulaan. Usaha hingga pulangan berlipat kali ganda daripada gaji asal.
Lompat tempat baru
Masalah tidak cukup duit gaji setiap bulan buatkan sesiapa saja ingin ‘lompat’ mencari kerja baru dengan tawaran gaji lebih besar. Namun, tidak dinafikan hasrat itu kadangkala terbantut kerana mendapat tentangan rakan sekerja ataupun kaum keluarga.
Dilema ini sering dilontarkan kebanyakan generasi baru yang saja tamat pengajian dan baru bekerja. Masalah gaji, masalah politik pejabat, skandal itulah ini antara faktor yang membuatkan ramai pekerja baru ‘cabut’ walaupun baru sebulan bekerja. Apa yang penting, anda perlu yakin dengan diri sendiri. Mencuba sesuatu yang baru adalah faktor utama kenapa ramai yang mencuba nasib dengan membuat keputusan drastik ini.
Pensyarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Dr Haslee Sharil Abdullah berkongsi pandangannya dalam kenyataan kepada media pada 2012 berkata, majikan yang tidak bertimbang rasa, susah naik pangkat dan gaji, rakan kerja yang suka dengki, budaya kerja membosankan menguatkan lagi individu untuk mencari iklim kerja baru yang lebih kondusif.
“Fasa awal pekerjaan seseorang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal, pertengahan dan penghujung. Pertama, misi untuk menstabilkan ekonomi dan soal gaji jadi pertimbangan utama. Peringkat pertengahan akan lebihkan pentingkan persekitaran kerja lebih selesa dan akhir sekali, penghujungnya individu lebih matang dan mahukan kebebasan selain mengukuhkan kedudukan,” katanya.
Anak muda lebih tertumpu kepada peringkat pertama. Jadi di sini, tangga gaji adalah misi terpenting untuk menstabilkan kehidupan. Dengan pengetahuan dan semangat untuk mendapatkan kerja lebih mantap selain bayaran lumayan, tidak salah untuk anda lompat kerja. Persoalannya sama ada berani atau tidak?
Fikir dan kaji apa yang anda mahukan dan barulah putuskan keputusan terbaik untuk laluan kerjaya anda. Tapi jangan lupa, jika lompat terlalu banyak juga akan ‘cacatkan’ rekod anda. Fikirkan!
~ Metro

0 Komen: