Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan


Share on Tumblr Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-

  1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

  2. sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)

  3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

  4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.

  5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

  6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

  7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.

  8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

  9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

  10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

  11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

  12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

  13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

  14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

  15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

  16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

Oleh Dr Fadzilah Kamsah Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.