Cara Terap Semangat Kerjasama


Share on Tumblr

Menyiapkan tugasan secara berkumpulan adalah senario biasa di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi atau sekolah. Berbanding secara individu, ia lebih menyeronokkan.

Bagaimanapun, semua itu hanya boleh diperoleh jika ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik.

Biasanya, masalah berlaku apabila setiap ahli tidak membuat kerja setimpal. Misalnya Si A dan B bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan sedangkan B dan C cuma duduk rehat saja. Tentu ia tidak adil.

Tips di bawah ini boleh anda lamalkan dalam kerja berkumpulan supaya ahli kumpulan sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan diberikan.

Pilih ketua


Lantik seorang ketua yang dilihat memiliki ciri kepemimpinan, tegas dan disegani. Sekurang-kurangnya ini akan membuatkan ahli lain lebih serius untuk menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.

Fahami tugasan

Pastikan semua ahli kumpulan memahami tugasan diberikan. Dengan penjelasan dan pemahaman menyeluruh, masing-masing mudah melaksanakan kerja yang perlu dibereskan.

Tegas

Ketua yang dilantik perlulah tegas. Dia perlu memastikan setiap ahli menyiapkan bahagian masing-masing mengikut jadual ditetapkan.

Jika ada ahli yang malas atau tidak komited, dia mungkin boleh didenda, tetapi bukan denda yang berat atau membebankan. Bolehlah cuma sekadar belanja makan atau membuat air minuman.

Pilih lokasi sesuai

Lokasi turut memainkan peranan penting dalam memastikan tugasan berjalan lancar.

Elakkan berjumpa di pusat beli-belah atau restoran makanan segara kerana ia mungkin boleh membuatkan anda ‘melencong’ ke tempat lain. Mungkin rumah sorang daripada ahli lebih sesuai.

Santai

Jika boleh, jangan terlalu serius ketika menyiapkan tugasan kerana ia boleh mendatangkan tekanan.

Wujudkan suasana lebih mesra dan berehat jika berasa bosan. Sekali-sekala bersembang dan membuat jenaka mungkin boleh menghilangkan rasa bosan.

Saling Menghargai

Biasanya kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan bukanlah satu tugasan mudah. Sehubungan itu, kerjasama setiap ahli kumpulan sememangnya sangat diperlukan.

Masing-masing perlu menghargai dan menghormati komitmen dan kerjasama diberikan setiap ahli kumpulan.

Cara Terap Semangat Kerjasama

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

good point!

Anonymous berkata...

good point!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.