Kenali Personaliti Melalui Bentuk Perut


Share on Tumblr Umumnya, bentuk perut berkait rapat dengan kekayaan dan status masyarakat.Bentuk perut yang paling ideal ialah tidak terlalu kurus dan tidak terlalu rata. Paling bagus apabila perut itu bulat dan nampak buncit sedikit kerana ia melambangkan panjang umur, murah rezeki, ramai anak dan nama yang baik. Perut yang terlalu buncit pula melambangkan sikap yang tidak sopan walaupun banyak duit. Jika keseluruhan badannya berisi, orang ini dikatakan materialistik dan pandai berniaga. Secara khususnya bentuk perut boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu bulat, buncit, tinggi tajam dan rata.

Bulat

Perut bulat dan agak buncit sedikit. Pemiliknya dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum pakainya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit

Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi tajam

Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Individu ini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata

Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana banyak. Meskipun ‘trend’ masakini yang inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas. Kenali Personaliti Melalui Bentuk Perut

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

mcm mana ruper perut yg tinggi tajam.. tak pernah jumper species yg tu lah...

Tanpa Nama berkata...

lu pkirlh...

syiera berkata...

hehe..kelakar plak,a'ah kn,cmane perut tngi n tjam tuwhh..xdpt dbygkn....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.