dalam kebanyakan perhubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sedar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.
Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.
1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tiada.
2. Dia menelefon kita semasa mesyuarat dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mahu bercakap dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.
3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.
7. Dia tidak suka ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.
8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.
Sekarang mari kita belajar cara mengatasi sifat cemburu ini.
1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.
3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.
4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.
6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?
7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan,
bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.
9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha cantik, kita patutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka. Kawal fikiran elak cemburu
5 Komen:
memang x nafi prasaan cemburu nie m’yusahkan diri sendiri….
kadang2 m’bosankan….
cadangan ini akan saya try dulu….
& hasilnya nanti akan saya kongsi dgn semua pembaca…….
sy punyai msalah cemburu yg teruk upenyer...
mmg sy ni merimaskn dye slameni...
tp sy terlalu sygkn dye... wlaupap0n, sy akn cuba cdangan tuh...
Perasaan cmburu yg mmg ingin d'positifkn.. insya'Allah.. :) 1 tips yg baik.. cinta itu bukan bererti memiliki... kita BOLEH lakukan!! ;)
Sy memang kuat cmburu sbb sy syg dia..dgn kisah silam yg mmbuatkn sy fobia.
bljar ckit2 dlu lh nk kawal prasaan.. bru lh suami syg..huhu