Tips Untuk Bahagia


Share on Tumblr Dalam kehidupan ini, memang tidak dapat dielakkan kita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah samada masalah peribadi, rumahtangga, di tempat kerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencari/mencapai kegembiraan dalam kehidupan harian kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan/ketidakgembiraan tersebut kepada satu keadaan yang kita sendiri rasa bahagia/gembira. Suka diingatkan bahawa sekiranya kita ingin memprektifkan sebarang amalan ianya hendaklah bersesuaian dengan citarasa dan naluri masing-masing. Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus serta-merta menggunakan teknik baru tersebut tetapi sekiranya cadangan tersebuat baik, bolehlah memprektikkannya secara perlahan-lahan, semoga akhirnya ia dapat memberikan kegembiraan kapada kita.Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti / teknik yang boleh diamalkan bagi memperolehi kegembiraan: -

1. Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara-perkara yang diminati dengan cara ini anda dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.

2. Jauhkan diri daripada orang yang boleh menyebabkan masalah pada diri anda.

3. Jangan suka menyebarkan fitnah atau gossip terhadap orang lain kerana ini boleh menyebabkan kita merasa tidak gembira.

4. Memberi bantuan terhadap yang memerlukan.

5. Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, jogging dan sebagainya.

6. Mempunyai keluarga yang harmonis, suami yang memahami dan anak-anak yang menghormati ibu bapa orang tua.

7. Berjumpa dengan kawan-kawan lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah-kisah silam yang membahagiakan.

8. Meraikan kawan-kawan samada datang ke rumah atau berjumpa di luar.

9. Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.

10. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang tersebut seperti menjahit dan sebagainya.

11. Membuatkan orang lain gembira dengan mengembirakan diri sendiri.

12. Jadikan diri seorang pendengar yang baik.

13. Melakukan hobi seperti, mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya. Tips Untuk Bahagia

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kebahagiaan ade di sini...
tip nih mmg b'gune..
^^
smile always~

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.