Madah-madah Cinta


Share on Tumblr HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari. Madah-madah Cinta

82 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam..........bagaimana pula kalau org yg mengatakan cinta kepada kita sebenarnya hanya main2 atau atas kata lain sengaja mempermainkn kita shj,sedangkn kita sudah mula untuk menerima dirinya dengan seikhlas hati...........

Tanpa Nama berkata...

salam....apa yg prlu dilakukan apabila sesorg jejaka itu tidak mhu mlpaskan dri ini wlpn diri ini sdah tiada rsa cnta buat dirinya...dgntung tdak btali apbla bsamanya...namun,,apbla ppshan disuarkan,,dri ini tdak mhu dlpaskan....

Tanpa Nama berkata...

cinta....
hny bisa merobekkan jiwa ini
yg semkn tsiksa ditusuk
oleh selumbar tajam...

Kemahiran Asas Bola Tampar berkata...

benarkah cinta blh menjamin masa depan. bagaimana andai harus melepaskan segalanya demi cinta, atau harus melepaskan cinta demi masa depan

Tanpa Nama berkata...

cinta itu menyusahkan... dan, semua orang rela menyusahkan diri demi cinta...

Tanpa Nama berkata...

cinta itu indah...andai pndai dihiasi dengan pnuh kepercyaan..ianya amat indah untuk di bayangi..

Tanpa Nama berkata...

saya cintakan kamu semua

Tanpa Nama berkata...

sanyagilah orang mencintai anda...sebagaimana dia mencintai anda.........

Tanpa Nama berkata...

CNTA 2....krutlah!!..........stngah org kta la... tp bgi sya... cnta 2 mlputi sglanya.apa gnanya mnis brkta,skra hti tak mbnarkan?stylo gurlzzzz

tah la berkata...

cinta??
mcm na kita tahu org itu benar2 cintakan kita..

Tanpa Nama berkata...

best2,,..
l0ve is cinta..
hanya cinta ALLAH yg kekal abadi..
;p

Tanpa Nama berkata...

cinta itu satu penyeksaan ...tapi aku sanggup menempuhinya krana aku cinta padanya ...

Tanpa Nama berkata...

cinta sangat indah bila wktu bagia tp bila gaduh cinta hlng semua bgai tngl derita je........

pinky berkata...

Sekiranya kita mempercayainya dgn sepenuh hati tetapi dia yg mengkhianati cinta kita...apakah cinta namanya ini???

Tanpa Nama berkata...

cintailah Allah dulu sebelum kiter mencintai seseorang kerana cinta kepada Allah lah yang membawa kiter ke Syurga.... mencintai seseorang mestlah dilandaskan dengan mencintai Allah yang teutamanya....jangan lah kiter hanyut dengan cinta manusia..... Cintailah allah terlebih dahulu....

Tanpa Nama berkata...

cinta pada allah kekal selamanya..
cinta pada manusia memberikan saat yang manis dalam hidup..

tiam berkata...

ad pe ngn cinte...?
x maty kOt lau xd cinte...

Tanpa Nama berkata...

aq tak tau lg cmne..
aq dah pnt d permainkan..
mreka langsg x tau cmne rsenye d lukai..

Tanpa Nama berkata...

cinta tu kadng2 menyakitkan .kenpa bila kita mencintai seseorng tu ada je halangan yang menyakitkan hingga kita yng kecewa akhirnya hingga mengeluarkan air mata

Tanpa Nama berkata...

kenapa la cinta nie indah?
tp sedih bila kecewa?

Tanpa Nama berkata...

CINTAAAAA?????????????
cinta hanyalah sekadar menyakitkan..
cinta juga amat mengecewakan..
tetapi cinta itu indah jika kita sering dicintai dan mencintaii....

Tanpa Nama berkata...

aku pernah dicintai..
sangat indah rasanya..
tetapi disaat aku dilukakan..
aku mula merasa cinta itu memilukan..
kini aku menjadi takut untuk bercinta sehinggakan aku sanggup melukakan hati yang tulus mencintai aku..

MUHAMAD HUZAIFAH B.AHMAD NORDIN berkata...

aku tak dpt nk merasakan apabila ditinggalkan oleh orang yg teramat aku syg...
selama aku bercinta dengannya sekali pown tak pernah kuarkan perkatan"mg,aku "dengannya...
walaupun htiku tak tahan dengan perangainya....
aku amat sabar dengan sikapnya coz aku tak nk terjadi pape dgn hubungan aku....die lah perempuan pertama idaman aku....
aku tak dapat melupakannya walau sesaat pown....
tiap detik n tiap msa htiku teringat padanya selain 2 wajahnya selalu hadir dalam mimpi aku...
aku tak taw nk ckp mcm mane ag....
aku begitu syg padanya...
tp sekarang nie aku amt sedih kerana aku dah clash denganya.....
2 pown dengan permintaannya....
aku tak dpt terima....
tp aku nk buat mcm mane aku cuma insan yang lemah.....kptsan ditangan masing-masing jd aku xdpt halang la....I LOVE U NUR HANIES BINTI SHAMSUDIN.....

hamba allah berkata...

MENYUKAI TAK BERERTI MENCINTAI...
MENCINTAI TAK BERERTI MEMILIKI..
MEMILIKI TAK BERERTI ABADI...
CINTA ITU SEMESTINYA INDAH JIKA KERANA ALLAH...
CINTAI ALLAH,SELURUH MAKHLUK ALLAH AKAN MENCINTAI MU... peace,no war:-)

Tanpa Nama berkata...

i love u iman nurmyra.fir_____

Tanpa Nama berkata...

kenapa cinta neyh menyakitkan?? kenapa cinta neyh sllu buat ak kecewa?? ak plik!! kdang2 ak rase nk mati dgn CINTA!! cinta menbunuh ku!! yaAllah.. tlg hambamu neyh!!

Tanpa Nama berkata...

cinta memang segalanya"

MANJA SEPI berkata...

CINTA ITU INDAH SEINDAH SEKEPING HATI YANG SEDANG DI LAMUN CINTA..
BAGI AKU CINTA TU INDAH APA ENTAH LAGI CINTA YANG IKHLAS,JUJUR SUCI DAN MURNI YANG LAHIR DARI HATI YANG SUCI...
TAPI APA YANG AKU PALING TAKUTKAN ADALAH CINTA ITU PERGI DAN TERUS SEPI TAMPA ADA RASA KASIH DAN SAYANG....

eda berkata...

ciNTa bAGAikan kENTut
diPENdaM KU resah
diLUah ku Malu...

ManDan berkata...

Ku pernah menagih cinta,
Kemudian ku dikecewakan...
Kemudian pulak, tiba2 si dia menyesal dan menagih cintaku,
Tapi malang...ku sudah jd penagih...

('Alo macha...saya mau angkat setengah. Ada ka? Mana tempat?...... Ok. ok.')

ku yg malang

pinky berkata...

Sekiranya kita mempercayainya dgn sepenuh hati tetapi dia yg mengkhianati cinta kita...apakah cinta namanya ini???

Tanpa Nama berkata...

suhaida kan ku cintakan mu sehingga di saat nafas ku terhenti,biarpn ombak merubah pantai kasih ku tak hncur berderai,biar masa berganti masa biar pn musimm berubah telah ku katakan hanya kuasa tuhan dapat memisahkan kita

solehim

Tanpa Nama berkata...

mcmne plak klu org 2 mmg sme2 syg mnyanyangi, tp die trlalu tkut nk mghrpkn hbungn 2 dan slalu brkata serahkn pd tkdir shj sbb ksh silam y prnah dilalui dlu .. mcm mne 2 ? tlg jwb keraguan y de ni ...

Tanpa Nama berkata...

Berhati-hatilah memilih cinta.....kerna percintaan tak semuanya indah.....persahabatan lebih bagus daripada alam percintaan.....

Tanpa Nama berkata...

walaupun ramai yg ckp cnta 2 mnyaktkn tpi mseh ramai x prcye..yg sbnrnye tnpe cnte apalah erti idup kte..mmg btul cnte itu mnyktkn tp ble d fkirkn blik stiap org yg brcnte psti akn rse kemnisnnye.........

Tanpa Nama berkata...

cinta??????????
cinta itu amat indah jika kita disayangi dan dihargai....
tapi sekiranya sebaliknya...ianya amat menyakitkan

Tanpa Nama berkata...

cinta ni unpredictable, bla2 ms leh mncul, bla2 ms leh hilg...

Tanpa Nama berkata...

serabut ndn perkataan cinta,,,,,,,,

Unknown berkata...

Bila kita tidak berjaya memilikki insan yang kita citai,janganlah kita berangapan bahawa cita telah hilang.kerana cinta akan selalu ada di dalam hati.
insan yang telah meninggalkan kita juga tidak harus diratapi pemrgiannya sama ada kematian atau kecurangannya.krana akan ada cinta lainyang akan kita miliki.

Tanpa Nama berkata...

CINTA ....... (Cerita Indah Namun Tak tercapai Anganku ) ???
Banyak kaum muda/remaja mengartikan cinta hanya kepada cinta dengan lawan jenisnya, yang demikian adalah cinta hawa nafsu.
Wahai para remaja sadarlah ... itu dosa ... !!!

Tanpa Nama berkata...

aQ cHeNta dYa...

Tanpa Nama berkata...

Cinta...Hadirnya begitu indah..perginya begitu luka...
Setelah sekian lama aku menempuhi liku-liku hidup ini bersama cintanya..pengorbanan aku kepadanya di dalam percintaan telah membawa kebahgian iaitu ikatan pertunangan..5 tahun aku bersamanya..namun seorang wanita yang aku anggung selama ini, telah pergi tinggalkan aku hanya kerana ORANG ke 3..Hancur sehancurnya hati aku..di saat hati aku pedih dan luka dengan perbuatan mu..kau hanya melihat dan tertawa..YaAllah..adakan ini ujian mu untuk diri ku..kenapa aku...kenapa aku dipilih untuk di uji sedemikian rupa..

Hati lelaki yang terluka..

Tanpa Nama berkata...

cinte i2 bleh mmbunuh..

Tanpa Nama berkata...

Mmg sukar untk menyatakan isi cinta yg terpndm tpi ssetegh org die x mlu lgsung..... bagi saya cint bleh mmbawe kite happy atau sebaliknya la...........................

Tanpa Nama berkata...

'cinta' bagi saya laa...cinta pada org memang x kekal yg kekal cinta kepada DIA yg kekal selama2 nya....cinta sesama manusia adalah cinta MONYET!perghhh....nor/faz

little bride berkata...

cnta bagiku adlah indah jika cnta e2 di hargai..brsulamkan ksih syg,sifat jujur,dan saling mempercayai.TAPI..!!kdg2 menyakitkan hati.he3.syukurlah..kini aq meliki sseowg yg aq cari.moga cnta ini utuh slamanya.Amin

Tanpa Nama berkata...

aku tgh bcnta skg..aku syg sgt kt dia..syg sgt2..tp aku xpndai nk tnjuk kt dia yg ku syg dia...dia slalu luah rsa syg dia kt aku..aku nk ckp kt dia aku syg dia..aku cintakn dia..tp aku xblh...mcm mna ni??help me...

Tanpa Nama berkata...

eluw cume !!!um luckily aq da dpt bf bwu ..em but not my lover !!tp at least dy cyunk aq !!

gadisss kecewa... berkata...

knpalam pcntaan aq xshbat yg dikatakan...?
hnya kkecewaan yg mgekori hidupku...
aq ingin dicntai dan dsygngi...
aq bkn nye ptung yg xbperasaan...
knp lelaki bgtu kejam thadap ku...??

Tanpa Nama berkata...

cinta memang menyakitkan....aku penh mrasai cnta....
aku brcnta dgn ikhlas....
tapi....org yg mncntai aku itu x ikhlas....
hnya untk amek ksmptan jew...
blajar la shingga brjya....
kjar cita2 duluw baru kjar cnta yg sci....
insyaallah....

Tanpa Nama berkata...

cinta...????arh...sket yer bgai d'ccuk psau...tp indh yer bgaikan d'syurga...skang ak ngah fall in love...ak sygkan die...even prents ak ckap"NO"..,,but i still go on..4 me..,,he is my true lve...nizam,ak sygkan drimu..i love u so much..

eizma berkata...

cinta... susah ditafsir... sungguh menyeksakan... bermain dengan emosi... sungguh perit... cinta x kenal siapa.. aku mudah untuk mencintai tapi sering kali di lukakan... aku je yang mengalah dan aku jer yang kena fham perasaan pasangan ku..terpaksalah aku memendam rasa..sakit nya hati ini tak siapa yang tahu... kenapa sukar untuk kita mencari orang yang betul2 menyayangi kita.. dan kita pula sukar untuk bezakan sama ada orang tu benar2 menyayangi kita atau sebaliknya... perasaan aku sering jatuh cinta pada orang yang salah,yang sudah di miliki tapi apa yang harus aku lakukan hati ku dah berputik.. cinta boleh membunuhku...

Tanpa Nama berkata...

cinta itu indah....xda sapa yang dapat mhalangi cinta....sedang ALLAH XMHALANGNYA....cuma perlu kenali cinta sebenar.....mulanya aku benci akan cinta bila aku sering kali dkecewakan....tapi bila dia hadir sekali lagi dalam hidupku..yg dulunya aku mnolak cintanya...kini dialah cintaku....thanks dy....cintaku utkmu ikhlas....juz 4 janijam duli...citra jijie....

mizzsonata berkata...

cinta?
satu anugerah yang di berikan oleh pencipta manusia yang maha agung..cinta umpama satu pemberian kepada hamba-nya..
tetapi awas!!
jangan melebihi cinta kepada-nya kerana cinta itu akan di tarik dengan serta merta.
andai kita tidak memiliki dia anggap sahaja ya rab telah mencipta seseorang yang terindah &terbaik untuk mu...
kerna dia telah melakarkan segala-nya untuk mu..

Tanpa Nama berkata...

Cinta selepas kawen adalah segalanya.. <3

Tanpa Nama berkata...

cinta amat bahagia kn ku...love you abi

Tanpa Nama berkata...

cinta adalah indah..namun saye amat mencintai die dengan sepenuh hati berlandas kan kalimah allah..namun die menjauhkan dirinye hanye die sakit jangkitan kuman..saye tk kisah semue tu..saye amat mencintai nye sampai akhir hayat ku

Tanpa Nama berkata...

umi sayang abi smpi akhir hayat...

liza berkata...

cinta pada yang maha ESA....lebih bermkna..

Tanpa Nama berkata...

herm,,,cinta sangat indah sekiranya kedua-dua pasangan tersebut saling memahami ant satu sama lain...tapi bila hati ini dilukai..alangkah sedihnya...

Tanpa Nama berkata...

sayang sangat dekat dier,tapi dier langsung x on telefon.....saya cuba nak bersikap jujur dengan dier...tapi saya sedih sebab dier masih meragui cinta yang saya beri dekat dier.....pada pendapat anda perlu diteruskan lagi x cinta antara kami berdua...sekiranya saya je yang bertepuk sebelah tangan x akan berbunyi...betulx.............

Tanpa Nama berkata...

salam..saya s'org pmpuan yg btl2 d sygi oleh kekasih sye,tp muncul bekas teman wanita die hubungan kami mula dingin..hati saya msih mncintai die spenuh hati..ape yg harus saya bt utk kekal balik hubungan kami mcm dulu..

Tanpa Nama berkata...

Apa itu cinta?
Kadang2 cinta ini menyakitkan hati...
Cinta yang di beri, tapi xdihargai nya?
Entahlah, kadang2 aku bertanya pada diri kenapa cinta yg aku berikan kepada nya tapi dia permainkan dan mengecewakan...

Tanpa Nama berkata...

ada apa pdA CINTA....??cinta hya mykitkan hati dan prasaan jika kita dtgglkan seseorg yg amat dicintai.....

Tanpa Nama berkata...

idham tggalkan aq mcm tu je,katanye die xpunye masa ntuk aq ataupn perempuan2 lain buat masa ni....tp xsedar ke dia?ape perasaan aq waktu die meninggalkan aq?aq mencintainya sepenuh hati...die pnah beerjanji hanya aq satu2nya dlam hdpnya.die xkan tggalkan aq...tp ape yg aq dpat...hati aq skit...aq nk benci die...tp xbole...semakin aq benci,semakin susah aq nk lupakan die...wlaupn telah aq beri hati ini pada yg lain...aq masih xbole lpekan die...sedangkan aq bakal berkawen xlama ag...berdosakah aq mencintai org yg telah lama melupakan aq?

Tanpa Nama berkata...

dya sering bsama aku xkisah aku ada msalah atau x.. dya btoi2 mahukan aku tp knapa aku xjtuh cnta dgn dya? napa ssah sngt aku nak jtuh cnta dgn laki sbaek dya ? laki yg aku xpnah jmpa yg seikhlas mncintai aku .. tulus sngt cnta dya smpai aku ta sanggup nak jjur dgan dya ttg isi hati aku .... ta smpai ati utk mmberitahu kbenarannya .... aku akan mncuba utk mncintainya ....

Tanpa Nama berkata...

cinta mmg indah. bila dah bsatu dugaan mula timbul. adakah cinta masih kekal lagikah?? kesabaran penting utk penguat lagi rasa cinta. tapi kenapa masih ada cinta dihati bpaling pada yg lain??? apakah salah cinta.....

Tanpa Nama berkata...

awak, sy janji yg utk selama sy hdup, sy akan sntiasa mengembirakan awak shgga hembusan nafas sy yg trakhir. -..-

Tanpa Nama berkata...

Cinta yang terindah hanya pada Yang Esa..cintai diri sendiri kerana belum tentu org yang kita sayang akan menyintai kita sebagaimana kita mencintainya.....

Tanpa Nama berkata...

ape2 laa

Tanpa Nama berkata...

kenapa aku masih menyintai dia sedangkan dia tidak pernah menyintai aku..

Mr.muscle!! berkata...

ermmmmm....cinta???aku dah ade gf....gf aku baik..tapi sejak akhir2 ni aku jdi xtentu hala..aku x tahu....dia sygkan aku ataupon x...

Tanpa Nama berkata...

bagi aku soal cinta tak bleh buat maen2 coz ia mlibatkan prasaan,cinta indah dan mengasyikkan,cinta bleh buat hidup lbeh bmakne

Unknown berkata...

Cinta.. bila kita cari.. ia tak akan datang..
Cinta.. ada titik-titik setia.. antara teruna & dara..
Cinta.. jangan sampai membelakangkan hukum agama..
Cinta.. pengikat hati dua jiwa tak mengira benua..
Cinta.. boleh menjadi pahit boleh menjadi bahagia..
Cinta.. tahukah engkau makna sebenarnya??
Cinta.. jangan berani ungkap kata cinta, jika tak tau apa maknanya..
Cinta.. lebih baik tiada cinta jika hanya berendam airmata..
Cinta.. antara lelaki dan si dara terlalu jauh pengertianya..
Cinta.. kata mutiara pembuka pintu hati insan, bernama manusia..
Bercintalah engkau seadanya.. Kerana cinta sebegitu..
Ibarat jernihnya madu di kelopak bunga..semerbak harum
Meruntun jiwa...

eyda89 berkata...

kerana cinta aku bersendiri sehingga skg ini..dn aku mngis kerana cinta itu prgi

Tanpa Nama berkata...

ciNta..
kau pRgi ktka aku
mC mMerlukn mU..
kau prgi ktka tdur ku
mC bMimpikn mU
dan kau prgi..
ktka jgakU mC
bTemankn mU..
ciNta..
apa y tTinggal padakU kini
hanya la Rindu & ciNta y mC
tsisa uTk mU..
daN apa y ada padakU kini
cuma sakit y sMkin mlukakn..
padamU ciNta akU bPesan..
ciNtai la dya speNuh jiwamU
aku dOakn..agar kau bhgia Dsisinya..
uNtuk diRikU..
akU trma pPsahan ini
aNdai e2 takdirNya..
yeNNieWyaenc..
trma kasih atas seglanya..

Tanpa Nama berkata...

sya suka ....

Tanpa Nama berkata...

knp hrus d sakiti. .prasaan yg murni. .

Tanpa Nama berkata...

indanya kata mada cinta mu seinda bulan purnama yang menynari
bumi.kuang kuang

Tanpa Nama berkata...

cinta itu amat melukakan hatiku...dulu aq prnh menyintai nya dgn sepenuh jiwa dan ragaku....tetapi malang nasibku,cintaku yg ku beri dikhianati olehnya...aq terlalu merana kerananya...sampai skr aq terlalu mencintainya walaupun ku tahu ku xkn dpt memiliki cintanya...tetapi apa daya ku...bg ku terlalu payah utk aq melupakan kenangan manis aq dgnnya...mungkin itu adalah suratan kehidupan yg perlu aq tempuhi...

Unknown berkata...

Bukan cinta namax jika kmu tidak di sakit,,
,,bukan bahagia namax jika kmu tdak pernah mndrita,,,
,,cinta tdak perna mnyakitkn manusia,,hanya manusialah yg menyakitkn cinta,,
,,,,cinta itu indah jika kmu mampu mengindahknx,,
cinta itu sempurna jika kmu bisa menyempurnaknx,,

Tanpa Nama berkata...

cinta ~

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.