Cinta Dalam Hati


Share on Tumblr Pernah tak korang rasa betapa peritnya jika cinta itu hanya dipendam sahaja didalam hati tanpa diluahkan pada orang yang kita sukai. Disini, aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa sakit dan peritnya hati ini bila kita menyukai seseorang itu tanpa meluahkan perasaan padanya .

Biar ku kenalkan dia sebagai A.Perkenalanku dengannya bermula di tempat kerja dimana A bertugas di bahagian dapur manakala aku pula bertugas di bahagian cashier. Mulanya aku hanya menganggap A sebagai rakan sekerja sahaja kerana aku menyampah dan jelik dengan sikapnya yang suka mengampu dan menganggap dirinya itu ‘perfect’ la kononnya.

Perasaan yang tidak disangka-sangka itu muncul bila aku menemaninya berjalan-jalan melepaskan “tension” di putrajaya. Hanya kitorang sahaja... Malam yang sunyi di atas jambatan putrajaya yang ntah apa namanya. Hanya aku dan A…. A melepaskan segala masalah yang terbuku dihatinya padaku. Pertama kali aku terasa begitu dihargai. Bila difikir- fikirkan balik menyesal pulak rasanya menemani A malam tu. Kalaulah aku tak keluar temankan dia lepaskan “tension” malam tu mungkin perasaan yang aneh itu tak akan muncul. Mungkin pada pandangannya dia meluahkan masalah pada seorang rakan tapi berlainan pula bagiku.

Sejak hari itu ntah kenapa aku rasa lain macam bila jumpa A. Ambil berat sangat kat A.. Ambil kisah masalah A. Kadang-kala aku rasa macam bodoh. Hinggalah satu hari A menceritakan padaku yang dia menyukai seorang perempuan. Amat menyukainya sehingga sanggup mati la kononnya demi perempuan tu.

Sejak itu aku mula menjauhkan diri darinya. Mengelak bercakap dengannya. Aku tak mahu perasaanku terlajak lebih jauh lagi. Sehinggalah satu hari tu perempuan yang A suka kerja kat situ. Bermula dari hari tu aku rasa seperti berada di dalam neraka. Mendengar hilai tawa mereka bergurau aku rasakan seperti telinga aku dicurahkan minyak panas yang sedang menggelegak di dalam kuali. Aduh sakit dan perit rasanya!!

Lantas aku berkeputusan untuk menjauhkan diri daripadanya.Tapi, makin aku ingin menjauh darinya makin rapat pula A menghampiriku. Saban hari A bertanya apakah yang menyebabkan aku bersikap dingin padanya. Memujukku dengan memberikan kata-kata manis dan harapan yang semuanya pada pandanganku hanyalah palsu belaka. Ah lelaki memang pandai bermain kata.-kata!! Tapi memang tidak dinafikan kadang-kadang aku termakan jugak dengan pujuk rayunya itu.

Segala masalah A dengan teman wanitanya akan dikongsi denganku. Seumur hidupku belum pernah ada seorang pun lelaki yang sanggup berkongsi masalahnya denganku. Percaya atau tidak kalau ku katakan yang A ialah lelaki pertama yang menghantar aku balik ke rumah, lelaki pertama yang belanja aku minum, lelaki pertama yang sudi makan sisa aku, lelaki pertama yang pernah makan masakan aku, dan segala-galanya yang aku buat bersamanya merupakan kali pertama.

Aku menemaninya ketika A menghadapi kesukaran, kadang-kadang disebabkan masalah yang ditimbulkan olehnya, aku yang menjadi mangsa. Memang benar,cinta memang buta bila difikir-fikir betapa bodohnya aku masa tu. Kalau aku tahu begini balasan yang diperolehi atas segala kebaikan yang telah kuberikan memang dari awal lagi aku tak ingin menolongnya walau secebis kuman sekalipun. Susu yang kuberikan akhirnya dibalas dengan tuba. Entah dimana silapku, apa salahku aku difitnah cuba menghancurkan hubungannya dengan teman wanitanya yang dikasihi. Adakah salah aku meminjamkan telingaku mendengar masalahya? Adakah satu dosa aku meminjamkan bahuku meringankan beban masalah yang dipikulnya?

Keakraban dan keprihatinan yang ku berikan padanya menimbulkan salah faham antara A dan teman wanitanya. Lantas bagi menutup kesalahannya aku dituduh cuba menggodanya. Menyimpan perasaan padanya. Memang ku akui aku mempunyai perasaan padanya namun aku tidaklah sampai mahu merosakkan hubungan antara A dengan teman wanitanya.

Lantas aku pergi merantau ke negara orang bagi membawa hati yang luka. Melanjutkan pelajaran agar dapat melupakannya. Melupakan segala kenangan pahit dan manis yang A tinggalkan padaku. Sebelum pergi, aku hanya dapat melihat kemesraan antara A dan teman wanitanya dari jauh. Cukuplah... Cukuplah setakat melihatnya dari jauh, aku berasa puas dan bahagia. Walaupun aku tidak dapat memilikinya namun jauh disudut hatiku aku masih lagi menyimpan perasaan yang belum pernah lagi ku rasakan apabila bertemu dengan mana-mana lelaki lain.Mungkin pintu hatiku masih belum mampu terbuka untuk lelaki-lelaki lain. Biarlah…. Biarlah cintaku ini menjadi cinta dalam hati yang hanya aku seorang sahaja mengetahuinya dan merasai keperitannya.

Hati aku makin tidak menentu.Ku sangkakan dengan melarikan diri dari semua itu,aku akan dapat melupakannya.Tapi..apa yang ku temui di tempat belajarku..Seorang lelaki,J (bukan nama sebenar) yang berupa paras serta susuk tubuh yang mirip seperti A.Aku menjadi tidak keruan..Aku cuba untuk tidak memandang atau terserempak dengan J kerana seringkali aku melihat J aku akan dihantui dengan bayangan A. Aku tidak mahu pelbagai kenangan silam itu kembali menerpa..

Dengan ketabahan dan kesungguhan diriku ini,aku sudah menjadi lali dan seperti tiada apa-apa bila terserempak dengan J. “Mind setting” ku menyatakan J dan A merupakan manusia dari alam yang berbeza walaupun dia mempunyai susuk tubuh dan wajah mirip A meskipun aku belum mengenalinya dengan lebih rapat. Aku sudah serik untuk mengenali lelaki kerana takut pisang berbuah dua kali. Aku tidak mahu itu semua mengganggu diriku untuk menumpukan pelajaranku,dan mengejar cita-cita ku..Dan sekarang aku menjalani kehidupan ku tanpa apa-apa masalah yang lalu.Aku bahagia disamping keluarga yang tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang setia.Walaubagaimanapun,diriku ini hanyalah kaum Hawa yang lemah.Sesekali aku akan teringatkan A dan kenangan-kenangan lama itu apabila terlihat J. Tapi aku segera menepisnya agar aku tidak akan hanyut dan kalah dengan arus kenangan itu semua.

Setiap kali aku mendengar lagu Cinta Dalam Hati yang dipopularkan oleh kumpulan Ungu,hati aku berasa sangat pedih, merana, kecewa, sedih, pasrah .Tapi aku redha,ini semua ada hikmahnya.Aku tahu,ada sesuatu yang lebih baik akan terjadi disebalik apa yang telah berlaku pada diriku ini.

Kepadamu A,akan ku simpan cinta ini dalam hatiku.Sampai bila?Itu aku sendiri tidak tahu.Ku selalu doakan semogamu bahagia dan sentiasa gembira dengan hidupmu bersama si dia. Biarlah dirimu tidak mengerti apa- apa tentang isi hatiku dan biarlah cinta ini menjadi CINTA DALAM HATI…


“Ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktu ku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya,
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja…”


…Gadis yang pasrah…


Dikirim oleh : kiriko_starapple@yahoo.com.my Cinta Dalam Hati

68 Komen:

kopie biru berkata...

Mencintai seseorg dalam diam memang menyakitkan. Tambah pula kalau insan tu memang dekat dengan kita. Lagi tambah tak keruan bile insan itu hanya menganggap kite sebagai teman baik saje. Itu lagi seksa. Tabahkan hati, tetapkan minda ntuk meneruskan perjalanan hidup tanpa cinta tiada balasan itu.

Tanpa Nama berkata...

aku jua berdepan dengan situasi yang sama...mungkin benar kata orang..menyintai tidak bererti memiliki...kini,dengan rela hati ku lepaskan dia pergi..mungkin itu lebih baik..sebagai manusia biasa,siapa aku untuk melawan kehendak takdir...aku hanya mampu merancang,namun perancangan Tuhan nyata lebih baik...

manis berkata...

betul..saya setuju
sakitnya hati bila org yg kita sayang lebih dari kawan cuma anggap kita kawan je.
rasa diri ni macam x dihargai langsung.
semoga dia bahagia.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pernah mengalami situasi yang sama, cinta dlm hati mmg menyakitkan, saya per mngis kerana dyer, sdh hampir 2 tahun saya tdk berjumpa ngan dyer,ttpi perasaan itu ttp kuat d ati, tpi saya kuatkan ati yang dyer adlh bkn jodh sayer, apa yang kiter perlu llkn adalah balik smula kepada yang satu iaitu Allah s.w.t,redhailah cinta yang tidak terbls itu,,,,

Mohd Aizat berkata...

cinta yang ada di dalam hatiku ini adalah cinta yang tulus ikhlas yang lahirnya dari hatiku.. namun mengapa kau xpernah mengerti perasaanku padamu..

GUGUS SW. berkata...

hanya segala sesuatunya yang terlahir pada dunia cinta, palagi jaman sekarang. keindahan dan ksenangan yang tercipta tergantung sebelumnya cara dia bercinta. percaya ga'percaya bisa dibuktiin sendiri,, se2orang ktk brumah tangga mnjd bhg dan brantakan tu bagaimana dia ngajalani masa2 sebelumnya dgn pasangan.
jaman sekarang jagn mngatakan cinta sejati bro... tu hanya khiasan kata doank,, yang ada cintanya syetan. cinta sejadi hanya u/sangpencipta yang kn kekal slm2nya..., jd jgn mngatas namakan cinta dan ga'perlu berkata2 cinta jk km setuju dgn tunas2 mulya yang gugur sebelum waktunya.
majnun_mdr

Unknown berkata...

hahahahaha...... kita semua bodoh percaya dengan cinta,cinta,cinta ah... ak sih nganggap cinta itu perassan yg membuat seseorang merasa bodoh coba kita berfikr lebih jauh apa yang kita dapat jika kita memdapatkan cinta orang yg kita anggap sempurna ngak ada kan...apa? kepuasan.hahaha. klo memang yg ciptain perassan cinta itu adil di juga pasti ngasih perasaan cinta ke orang yg kita suka ..... klo memang adil

syafiqa salim berkata...

xpela..mungkin 1 hari nanti awk akan jumpe cinta sejati awk..saje singgah kat blog nie. mehla singgah blog saye ye.

syafiqa salim berkata...

http://dreamandcream.blogspot.com

ummizarra berkata...

ye aku jua begitu... punya hati pd teman sendiri kerna keakraban seolah kami psgn kekasih yg bahagia sekali.. walaupn msg2 xprnh meluahkan rasa namun seolah2 masing2 mengerti bahawa hati masing2 perlukan satu sama lain...
namun aku takut, takut pd benda yg tak pasti..
lantas aku meluahkan namun jwpnnya jauh beza sekali.. dengan senyuman ku luputkan harapan lantas aku perlu sedar dgn "kita kan...... KAWAN"
Tomorrow mayb too late.... lantas aku menerima yg lain yg sudah lme menanti aku...

"dun try get wat u want, but try make wat u have"

layan r lagu 25 minute...

Tanpa Nama berkata...

memg betul...CINTA DALAM HATI terlalu memeritkan..sy pun mengalami situasi yg sama..sy cuba untuk jauhkan diri dari dia tp tak boleh...biler kt jauh..dia dekat tp sbgai rakan sekerja sahaja...aku pun jd bodoh gak kerana cinta aku pd dia..ntahlah...aku harap aku dapat lari dari semua ni...namanyer A juga...kebetulan kan

Tanpa Nama berkata...

mmg sedih betul la..sama ngan kes aku..CINTA DALAM HATI tp best kita pernah jatuh cinta ngan org yg mmg kena dlm hati cuma untuk seumur hidup..lepas ni klu ada pun org yg hadir dlm hidup kita mmg kena pujuk hati tuk terima perlahan-lahan x mcm CINTA DALAM HATI:P

ain berkata...

kalau lah ....aku dpt bgtau dia apa yg ada dalam hati ini..kan bagus...tp hakikatnya...dia hanyalah CINTA DALAM HATI....sedih giler....ya allah..kenapalah semua ni harus berlaku dalam diri aku...aku terlalu sayangkan dia....

Tanpa Nama berkata...

Lagu nya UNGU BAND..., :-p

Tanpa Nama berkata...

aku tak tau napa aku sedih biler aku cuba jauhkan diri dari dia....aku rasa seolah2 aku terlalu kejam sedgkan dia tak tau perasaan aku pd dia...setiap kali dia hampiri aku...aku akan jauhkan diri..akhirnya aku yg menangis...ya allah..kenapa kau ketemukan aku dengan dia sedangkan dia bukan milik aku....sesungguhnya aku terlalu sygkan dia....

Tanpa Nama berkata...

ummm......mcm2 ek lam idup ni...tk semestinya kiter dapat aper yang kiter nak ....only one things we has to remember ,dont ever n never give up to search a true love, dont be suffering coz of love,

Tanpa Nama berkata...

terlalu sukar nk digambarkn bila kita terlanjur cinta pada seseorang..bahkan tiada balasan..setelah dia mberi harapan kpda kita dan membuatkn kita berharap..akhirnya kekecewaan yg menyinggah..knapa lelaki slalu melakukan sedemikian rupa?sukarkah bagi mereka untuk memahami isi hati kaum hawa..termasuklah diriku yg selalu kecundang dan lemah..

Tanpa Nama berkata...

CINTA terkadang ada,tapi tidak ada cinta dan CINTA emang tidak ada,tapi ada cinta(??)

salma samputri triee wanie berkata...

mencintai bukan berarti memiliki ,biarlah cinta itu hadir n tetap terpelihara wlu hx dlm ati,karena qt tak prnah memintanya tuk datang membiarkan jg pergi ta sanggup

pah berkata...

sy pn mengalaminya jg...

Tanpa Nama berkata...

mungkin ini mmg jln takdir ku ...
mengagumi TANPA d'cntai ....
tak mengapa bg ku
cintaimu pon adlh bhgia ntukku ....
bhgia ntukku ...

- nseb kita sme larh .. -
:[

Tanpa Nama berkata...

memang menyakitkan bila kita mengharapkan cinta yg bukan milik kita...aku juga merasakan pa yg prnah kau rasakan...bodoh kerana mencintai orang yang xprnah fikirkan kita...tapi wlaupun kita tau dia xpernah fikirkan nya kenapa perlu masih ader cinta.......

Tanpa Nama berkata...

mmg skit..........aku da bnyk korban kn mcm2..
duit trutmenye...die susah aku ade je..
tp die knpe xbole nk lyan aku seeloknye..aku bkn mintak die blas smuanye..tp ckup la sekdar menghargai aku...

Tanpa Nama berkata...

aku dah serik tuk mncintai seseorg..semoga aku diberi kekuatan..cinta yg aku hulurkan sering tidak dihargai..cinta ini begitu menyakitkan kan..lebih2 lagi cinta seorang sahabat..lebih baik aku menjauhkan diri...

Tanpa Nama berkata...

napa gua nak copy x bleh ekk???????????????????????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

saya x pnah mgalaminye but sy prnh ditingalkan sblm smpat mlafazkan cinta tnpa sbb yg hingga kini msih trtnya-tnya di dlm hati.

Tanpa Nama berkata...

saya ingn cwek itu cnta pa ada nych........tdak m`mandng dr hrta,fsik..

hancus.. berkata...

mmg pun perit..mcm ditusuk2 sembilu hati ni..tp aku penah gak bgtau kawan tu, jawapan dia ringkas - "minta maaf" ahaha...rasa mcm blur..aku pun taktau nk komen apa..dan satu lg..aku syg senior aku mcm dahsyat, ada masa aku terpikir..extrem kah aku?? kadang2 rasa tak dibls rs syg tu..=(

cicibo89 berkata...

sedihnya rasa hati apabila kita hanya mampu melafazkan aku sayang padamu didalam hati. maafkan aku kerna menjauhkan diri..kerana kau bukan miliki ku, tabahkanlah hatiku untuk melalui hari-hari bersamamu...

naif berkata...

ye. kuatkan la hati.

Tanpa Nama berkata...

owg yg percaya pd cinta bkn bodoh...
sy kurang bersetuju apabila membaca komen dr seowg pmbaca....
kita kena akui bahawa cinta itu wujud...
kerana tanpa cinta,,,
mana mungkin kita dapat bertapak di bumi yang bertuah ini...
cume mungkin segelintir owg yang diperbodohkan oleh pasangannya x kira lelaki atau perempuan...
bukan semua lelaki jahat...
dan bukan semua perempuan baik...
sayanglah masa depan berbanding daripada sayang masa silam...
jadikan masa silam itu satu kenangan untuk membakar semangat di masa hadapan...

Tanpa Nama berkata...

Mcm same jer ngan aku...

Tanpa Nama berkata...

aku pn penah gak alami CINTA DLM HATI..
mmg mnyakitkan tp ak x slahkn dye..
walaupn cinta lam hati, tp dya penah wt
ak hepi, cume xde jdoh ngn dye=(
ak cume leh doakn dye hepi d ms akn dtg
sbb dye org penah dpt tmpt istimewa
dlm hati ak=)

ArabellaGrace berkata...

CINTA DALAM HATI???? adalah sesuatu yg menyakitkan..Tetapi kita hnya blh tabah dn bersabar dgn apa yg terjd pada diri,,Untuk melihat senyuman insan yg tersyg,kita terpksa menyembunyikn kesedihan dibalik senyuman dan ketawa agar tidak diketahui oleh dia,, Jadi,,Sebagai insan,kita hnya perlu tabah dn sentiasa bersama dgnnya walau susah dn sng..Dan harus kita ingat yg,,,,,,,,,,Kalau dia bkn jodoh kita,itu bermkna kita akan mendapat Jodoh yg terbaik pada saat akan datang... Salam (-_-, )

Tanpa Nama berkata...

mmg perit bila cinta xdiluahkan..
sy pernah alami situasi tu..sy skakan die n cra die layan sy menunjukan die sehati nga sy..tp die tpu sy..die xprnah kte die da ad gf..hinggalah kwn die yang bgtau..itu pn lme nk tnggu die trus trang..skit ati sy..sjak ari tu sy cba juhkan diri..da xcntct die tpbila die bgtau yang die brokeup ntah nape sy cntct die smpai skang..pelikkan..sy leh tme dia lg mayb sbb rs suka tu msih ad..dan skang die nkkan hbgn ni lbih dr kwn..dan die mgku yang die tpu sy tu adlah kesilapan yang die lakukan..tp sy still xbg jwpan..sy ske dia tp sy tkut benda yang sm akn beulang............
die da pts ntah nape sy

Tanpa Nama berkata...

q dulu jg merasakan cinta dalam hati. . .aq wkt itu msh kls 2 n dy kls 3 q g mampu ucpkn kt2 itu krn aq malu d mn hrga dr q sbagai seorang prmpuan n stlh dy lu2s dy sklh d bawah naungan sklhq jg tp dy msk smk,n dr sn lm kelamaan kedektn itu mncl scr tiba2 hingga skrng q n dy sdh tdk mrsakan cinta dlm hty tp,,lagu itu akn trs aq q ukr sbagai knangn masa laluq

mariana berkata...

cerpennya bagus,..cinta itu penuh pengorbanan untuk orang yang kita cintai namun tak bisa kita miliki,...mungkin dia belum jd jdoh u x..
"CINYA GAK HARUS MEMILIKI KAN BRO",,,Dy ckup hdr dlm mmpimu saja.

Tanpa Nama berkata...

mncntai seseorang yg blum mnyedari hati dan perasaan kita amat menyaktkn..terseksa jiwa dbwatnya..aQ pn pna gak alami kjadian cam ne,aq ego..tp 2 lelali memberi aq suatu hrapan m'bwat aq mnyimpan perasaan tp jelas2 aq yg perasaan..huhu... [fizza96]

gadis_sengsara berkata...

saya pun sedang mengalami situasi yg sama..dia luahkan perasaan dia kt saya tp masa 2 saya da de bf.sy memang suka kt dia. dgn sikp dia yg sempurna..bek ati, ska wat lawak n caring bt saya jtuh ati..sbb sudh mula ska kan dia, sy ptuskn hbgn sy dgn bf sya..n berkwan rapat dgn dia..tp sy xbgtau dia lagi yg sy pun skakan kt dia..sy just simpan dlm ati..tp at last, kwn2 sy masuk cmpur sbb marahkan laki 2 sbb terlalu ego..laki 2 marah sy sbb bgtau kwn2 tntang hbgan kami..n den , sy tnya dia, if dia btul2 ska kan sy wat pe nk malu bla org tau kt couple?? dia xnk. dia ckp we just fren..not more den dat..u know..pe perasaan sy time 2..lealki ego sgt..n pas kjadian 2, kitorg da xcontact dah..pts cm2 jer..tp dlm ati sy ettap suka n syg pada dia..i lost everything..exbf sy memang setia tp sanggup sy pts hbgn ngan dia semata2 kerana lelaki len..n den..i lost both..rasa bersalah sgt..sori 4 everything..4 wat i have done 2 y...sori..

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya cinta yang hanya dipendam dalam hati memang menyeksakan.. bagaimanakah caranya untuk seorang perempuan itu meluahkan perasaannya kepada lelaki yang dicintainya??? aku menjadi keliru.. aku juga merasai situasi yang sama.. namun apa yg mampu aku lakukan hanya melihat dirinya tnpa berkata apa-apa.. bilakah dirinya akan mengerti perasaan ku terhadapnya??? Bilakah penantian ini akan berakhir?? Hanya ALLAH yang tahu..

Tanpa Nama berkata...

dlu aku prnah mngalami situasi seperti ini..org yg aku syg trnyta dia dh mmpunyai seorg yg teristimewa d hatinya.. takkala itu..aku sedih dan terus menangis apabila mndpt thu pkara itu..tp..apakn daya aku..aku hnya diangap sebagai kwn trhdpnya..nmun..apapun..aku pasrah..aku hnya berdoa smoga dia bhgia ngn org yg disyg..aku redha..walau apa yg trjdi aku yakin bahawa akan ada hikmah disebalik dugaan nieyh..aku akan terus brdoa trhadp owg yg pnah aku syg suatu masa dahulu..dan aku akn teruskan hidup aku dan terus melupakan nya..dan mengangap dia hanya sebagai kawan aku..

Tanpa Nama berkata...

Dlm bershaja kau selitkn madah yg trndah..
dlm terpesona seraut wajahmu..
keunggulan dan kesucianmu bagai mutiara..
dan terus memancar..
dihatimu..
puisi cinta yg kian lama..
memancar indah serta bercahaya..
telahku cuba tp xberdaya..
hendakku lupa teringat semula..
seraut wajah..

Tanpa Nama berkata...

bodoh kau

Tanpa Nama berkata...

law q lbih suka mencintai nya di dalam haty dari pada kita memiliki nya tetapi haty nya tak seutuh nya untuk qt,,,,

lbih sakid seperty itu dri pada mencintai d dlam haty,,,

Anonymous berkata...

aku pn penah gak alami CINTA DLM HATI..
mmg mnyakitkan tp ak x slahkn dye..
walaupn cinta lam hati, tp dya penah wt
ak hepi, cume xde jdoh ngn dye=(
ak cume leh doakn dye hepi d ms akn dtg
sbb dye org penah dpt tmpt istimewa
dlm hati ak=)

girl berkata...

kuatkan semangat jangan hanya seorang lelaki yang tidak menghargai kaum hawa, kau tersungkur!!! lelaki semua sama je.

Tanpa Nama berkata...

sabAR eaaa,, jgn putus asa.. cinta tu satu persaan yg m'cabar kita untk tanganinyaaa.. cinta la kepada allah kerana cinta kepd allah adalah cinta yg sangat suciiii.. trust me.
=puccacute=

mega ungu berkata...

Situasi yg sama juga berlaku pada aku..aku tetap simpan harapan sebab kehilangan harapan akan lebih menyiksa jiwa aku..biarlah aku terus menipu diri aku sendiri..biarlah aku percaya suatu hari nanti dia akan mencintai aku...

Tanpa Nama berkata...

sy sdg mengalminya...sgt sakit n perit...sy keliru ngn sikp die yg rajin tpon n sms tp die suke kt kwn sy...
setiap kali kuar ngn die...die buat sy ni mcm x wujud n hanya melayan kwnnye sje...kt ibu sy die mmg sukekn sy cume hatinya keliru samaada pilih sy @ kwn sy...bile sy tgk die bhgia n gembira bbual ngn org len bbanding dr ini, sy nekad utk melarikn dr n jauhkn diri dr die...smg die bhgia...

Tanpa Nama berkata...

pedih.. tapi ini lumrah kehidupan. sesungguhnya, tuhan tidak memberi apa yang kita kehendaki, sebaliknya apa yang kita perlukan.

Mungkin A bkn yang terbaik untukmu. Dan ingatlah, di sebalik setiap kepedihan & kesakitan kan muncul satu kebahagiaan yang berkekalan..

Sekadar mengingatkan..

-Luv for all- :p

Tanpa Nama berkata...

cinta dlm hati...hmm...sama la kita...dia mgkin tau pe perasaan sy..tp dia mcm wat dek je..huhu..siapala sy..tp xpa...biarla sume nie tsimpan kat ati ni je...biarla dia bahagia..even sy tau dia still single..hehe..

LovErHoLic berkata...

yar... itu la dugaan kte sbg manusia. cinta x boleh dipaksa atau memaksa...
biarkan ia pergi, pasti ader yg lebih baek akan terbentang untuk kite kelak...

great story...
:D

Tanpa Nama berkata...

cinta tak bermakna memiliki..

Tanpa Nama berkata...

sye jgk mncintai seseorg yg tramat sgt..

loladyna berkata...

sayer pernah suke someone ...n pernh wat mcm mane dy wat...haha..bohnyer sayer nie kn..

Tanpa Nama berkata...

sy xtau sme ada sy ptt simpan prasaan di dlm hati shj atau bagaimana lagi.dia dh bg respond yg baik utk mdekati sy,tp mslhnya kmi blainan agama yg mybbkn sy tpksa menidakkan prsaan ini krna takut akn menimbulkn mslh di belakang hri...seksa la~

Tanpa Nama berkata...

sedih sangat kalau insan yg kita sayang lalu depan kita, tapi kita mampu cakap dalam hati je. . .
' awak tahu tak saya sayang awak, tapi sayang awak tak faham, dari jauh saya cuba mengelak awak, tapi awak makin dekat kat saya.
' walaupun kita selalu ditakdirkan berjumpa, tapi hanya kata hati je menjerit" awak saya rindu kat awak". . . kenapa awak tak faham?
" saya tahu rasa cinta dan rindu adalah dosa, tak pernah cinta itu halal dalam perhubungan melainkan si dia ditakdirkan oleh Allah yang halal menjadi milik kita. Kerana batas itu lah saya korbankan cinta kepadaNyA.
" walaupun saya tak pernah memiliki bayang awak, tapi saya tahu tuhan penentu segalanya.Terima kasih awak kerana hadir dalam hidup saya .
" sebab awak adalah cinta pertama saya, terima kasih cinta
bangi A/R

Tanpa Nama berkata...

kami selalu bergaduh dan bertengkar sehinga guru2 pon masak dengan sikap kami..tetapi itu lah yang berlaku awak selalu cari pasal dengan saya mengusik saya, sakit hati saya awak buat..tapi dalam sakit hati muncul perasaan lain dihat ini..kita satu kelas dari dari form 2 hingga la form 5..awak tahu x bertapak seksanya saya menahan perasaan ini sepanjang zaman persekolahan saya..
tapi saya x lupa pada suatu hari semasa kita di form 4 awak mengatakan awak menyukai sahabat saya yang paling baik ngan saya..hancur hati saya awak bila dengar..saya tahu saya x layak jika bergandingan ngan awak..saya pasrah tapi saya x tahu sepanjang pengakhir persekolahan kita..air mata saya x berhenti untuk mengalir sehingga saya berjanji pada diri saya yang'saya setia dengan awak hingga akhir hayat saya awak cinta pertama saya dan saya akan tetap menanti awak sampai bila2' dan terbukti sehingga sekarang saya menanti awak tiada org lain yang dapat mengantikan tempat awak dihati ini..dari saya berumur 15 tahun hinggalah 20 tahun awak sentiasa dihati ini..
5 tahun saya menanti awak dalam diam..dalam hati ini

Tanpa Nama berkata...

Hubungan kmi hmpir 3 tahun..ku sangat mencintainya..dia juga mencintai ku..tetapi,stelah lama hubungan kmi terjalin,ku baru tahu yg dia adalah saudara ku..kmi tidak tahu yg kmi bersaudara..sangat perit bila berpura2 tidak ada perasaan lagi..ku benar2 sayang dengan dia..ku tidak dapat melupakan nya..huhu..sekarang hubungan kmi cuma stkat saudara..kmi ttp menyayangi antara satu sma lain walaupun ku tahu kmi tidak mungkin akan bersama..:(

Tanpa Nama berkata...

ak sayang banget ama pacar ak yaitu regi
kami saling mencintai

Tanpa Nama berkata...

memang cinta dalam hati itu menyakitkan . .

Tanpa Nama berkata...

se0rang yang aq cintai itue, tlah berpunya, maybe aQ t'paksa pendam kan pa yg ingin aQ katakn sma sese0rang tue...biar la mencintai dalam atie..

Tanpa Nama berkata...

cinta memang sakit jika di pendam tapi mungkin itulah yang terbaik jika kita tidak dapat lafaz kannya terhadap org yang kita suka...

Tanpa Nama berkata...

cinta tanpa si dia menyedari memang amat meletupkan volcano di puncak gunung berapi..apakan daya tiada sapa yang mampu kita salahkan.salahkah HATI menyintai? salahkah DIA yang dicintai? salahkah kita kerna MENYINTAI?????

CIK AIDA AZMAN berkata...

saya empunya kepada cerpen diatas..
terima kasih byk2 kepada admin kerana telah 'publish' cerpen saya..
terima kasih juga kepada sesiapa yg telah berikan 'feedback' dan nasihat kepada saya...
sesungguhnye saya amat hargai nasihat2 kalian..
terima kasih banyak2...

Tanpa Nama berkata...

assalam..sy pn salah seorg dr kalian sume,terlalu m'yakitkan bila terpaksa myimpan rasa cinta ini..hanya mampu menyintai dlm hati drp terpaksa khilangan dia,cinta sy buat 'J' xdpt digmbarkan dgn p'kataan..sy hanya mmandang dia dr jauh,dh 2 tahun mcm ni.. dialah sumber inspirasi sy,penguat semangat sy..dia xpenah tau ttg sume ini..bila dihadapan dia sy hanya tunduk,xmampu btentang mata krn sy xsanggup mnanggung rindu+cinta pd dia..bila sy xdpt tahan perasaan ini sy lebih byk mgadu pd allah & mnangis diatas sejadah..pd allah sy serahkn urusan ini..wassalam

Tanpa Nama berkata...

cinta tak bertuan

Tanpa Nama berkata...

pertemuan di antara lelaki dan perempuan..,,hanya Allah yang tentukan..saya sekarang mempunyai cinta yang begitu berharga..,,saya sayang n cinta kan dia.,,dia pun sama seperti saya juga..happy rasa nya.. :)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.