Suatu Kenangan Pilu


Share on Tumblr Setiap kali aku mendengar lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa , hati aku akan terus menjadi sayu. Sedikit sebanyak liriknya mengimbau kenangan paling sedih dalam hidupku.Biarlah aku berkongsi kenangan ini bersama kalian…agar sedikit sebanyak bebanan ini berkurangan…
Semasa aku masih menuntut di IPTA, aku mengenali seorang pemuda bernama Kamal. Hubungan kami dari kawan menjadi ‘couple’, dan aku benar-benar menyayanginya. Kamal adalah seorang lelaki yang baik, berbudi bahasa, jujur, sedia membantu, penyayang,menghormati wanita dan tidak pernah cuba mengambil kesempatan ke atas diriku. Sikapnya itu membuat aku rasa bahagia dan selamat bersamanya. Kamal tidak pernah melayan aku dengan kasar malah sering menasihatkan aku untuk menjadi wanita yang dihormati.

Namun latarbelakang Kamal membuatkan aku gementar untuk membawa Kamal berjumpa dengan orang tuaku. Mama dan papa pasti akan melenting sekiranya tahu aku berkawan dengan seorang pemuda kampung dan dari keluarga pesawah.. Aku pula berasal dari ibu kota dan mama dan papa terdiri dari golongan profesional. Sanak saudara mama dan papa pun kesemuanya berjaya dalam hidup masing-masing. Malah papa dan mama sering berbangga dengan status hidupnya yang dihormati masyarakat. Oleh kerana itu, aku terpaksa menyembunyikan percintaan aku dengan Kamal dari pengetahuan keluargaku walaupun Kamal beria-ria mahu berjumpa dengan mereka.
Setelah tamat pengajian, aku dengan mudah mendapat pekerjaan yg cukup baik dengan pengaruh papa.

Tetapi malangnya Kamal begitu sukar mendapat pekerjaan yg sesuai dengan kelulusannya. Mungkin ini adalah ujian Tuhan pada Kamal. Berkali-kali dia menghadiri temuduga tetapi rezeki masih belum berpihak padanya. Keadaan ekonomi waktu itu pun memang sukar dan tidak mengizinkan peluang pekerjaan yang banyak. Akhirnya untuk menampung hidup, Kamal terpaksa bekerja sebagai supervisor sebuah kilang di pinggir kota.Namun aku kagum dengan semangat Kamal yg tidak pernah berputus asa. Dia sentiasa mengintai peluang pekerjaan yg lebih baik.

Walaupun jarak pejabatku dan kilang Kamal agak jauh dan juga kesibukan tugas, aku dan Kamal sentiasa cuba mencuri waktu bersama di setiap kesempatan yang ada. Dan tanpa diduga, hubungan aku dengan Kamal dapat dihidu keluargaku. Aku yakin ada kawan-kawan papa atau mama yg ternampak kami berdua dan memberitahu pada mereka. Mama pada mulanya cukup gembira mendapat tahu aku sedang bercinta, maklumlah aku anak perempuan bongsu dan satu-satunya anak yg masih belum berkahwin. Aku memberitahu mama, Kamal adalah temanku semasa di kampus dahulu. Mama beria-ria mahu mempelawa Kamal ke rumah untuk makan malam bersama.Kata mama dia ingin berkenalan dengan Kamal, bakal menantunya.

Aku memang tidak mampu mengelak lagi. Apabila Kamal datang ke rumah malam itu, mama dan papa menyambut Kamal dengan gembira dan melayannya dengan baik. Hatiku berasa lega dengan penerimaan mama dan papa. Tetapi apabila selesai makan malam, mama dan papa mengajak Kamal berbual-bual di ruang tamu dan bermulalah sesi soal jawab yang aku geruni selama ini.

Kamal memang tidak pandai berbohong dan dia menjawab segala soalan yang diajukan dengan jujur. Wajah mama dan papa yang ceria terus berubah kelat apabila mendapat tahu Kamal berasal dari keluarga pedalaman yang miskin. Apatah lagi Kamal anak sulung dan terpaksa membantu adik-beradiknya yang ramai dan kesemuanya masih di bangku sekolah. Mama dan papa terkejut besar apabila Kamal memberitahu pekerjaannya sekarang hanya supervisor kilang. Layanan mereka semakin dingin pada Kamal dan mulalah terkeluar sindiran -sindiran yang pedih dan tajam. Aku hanya mampu membatu diri sedangkan Kamal sedaya-upaya cuba mempertahankan maruah diri dan keluarganya. Dalam hatiku cukup malu dengan perlakuan mama dan papa.Salah Kamalkah kerana ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan?

Malam itu Kamal meminta diri dengan baik walaupun aku tahu dia menanggung malu dan hati yang panas. Aku tahu Kamal banyak bersabar dengan segala sindiran mama.
Aku terus dipanggil ke dalam bilik oleh mama. Seperti yang kujangka, mama terus mendesakku bertalu-talu untuk memutuskan hubungan dengan Kamal. Mama seperti orang kerasukan dan menangis sambil menyebut soal maruah dan status keluarga yang perlu dijaga. Aku hanya membatu..kerana hakikatnya hatiku sudah bertukar menjadi batu..

Untuk memastikan aku tidak berjumpa dengan Kamal lagi, papa telah menggunakan pengaruhnya untuk menukarkan Kamal ke tempat lain. Aku mengesyaki papa kenal orang dalam yang merupakan orang kuat kilang tempat Kamal bekerja.
Apabila Kamal menelefonku dan menyatakan dia terpaksa bertukar ke selatan tanahair, aku menangis semahu-mahunya. Tanpa berselindung, aku memberitahu Kamal bahwa itu semua adalah perbuatan papa yg mahu memisahkan kami. Kamal begitu kecewa dengan sikap keluargaku, apatah lagi sebelum ini dia terpaksa menerima sindiran pedih. Kamal hanya menyatakan dia kesal di atas segala yang terjadi sebelum meletakkkan telefon. Apabila aku cuba menghubunginya semula, talian sudah dimatikan.
Sejak Kamal berpindah ke tempat baru, aku langsung tidak menerima khabar berita dari Kamal. Malah aku tidak dapat mengucapkan selamat tinggal pada Kamal kerana dia pergi begitu sahaja. No telefon bimbitnya pun sudah ditamatkan. Aku tidak berpeluang lagi untuk bercakap, apatah lagi untuk bertemu dengannya.
Sejak itu juga aku menjadi seorang pemurung. Sering menangis tanpa sebab. Badanku semakin kurus dan tidak lagi bersemangat untuk hidup. Mama akhirnya menyesal dengan perbuatannya tetapi semuanya sudah terlambat. Aku tahu mama dan papa bimbang dengan keadaanku tetapi hatiku sudah menjadi batu. Hatiku terkunci untuk menerima mana-mana lelaki lain dalam hidupku.

Suatu hari, aku menerima surat dari Kamal yg dihantar melalui alamat pejabatku. Katanya aku perlu menerima dengan tabah perpisahan ini kerana antara kami tiada jodoh. Dia meminta aku melupakannya dan menasihatkan aku supaya menjadi anak yang baik.Aku masih mengingati dengan jelas isi suratnya..

“Tiada gunanya Ida dan abang bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga. Perkahwinan tanpa restu keluarga tidak berkat. Kita mungkin akan terperangkap dalam perkahwinan yang tidak bahagia.”

Aku sudah kering air mata untuk menangis pada saat itu. Sehingga kini, hatiku tertutup untuk bercinta lagi. Biarlah orang mengata dan menyindir aku dengan gelaran andartu dan sebagainya..aku berasakan itulah hukuman di atas kesilapan yang dilakukan oleh kedua orang tuaku yang pernah menghina seorang insan yg baik dan tidak bersalah……

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Nukilan : Syida
Suatu Kenangan Pilu

6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

aku sedih juga dgn kisah ni..mungkin da bukan jodoh..Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

Tanpa Nama berkata...

no komen.....
tapi seeloknya bukalah pintu hati seluas luasnya untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang yang ada..

Tanpa Nama berkata...

adik syida, sabarlah dengan dugaan Tuhan memang sangat2 dusah dan derita nak menghadapi saat-saat berpisah dengan insan tersayang tapi percayalah TUHAN ITU MAHAL ADIL.nasib kita sama dan ketahuilah ramai lagi yang menghadapi apa yang adik hadapi.. akan ada KEBAHAGIAAN untukmu di akhirat nnt amin..

Tanpa Nama berkata...

Cedih cite awak ni. cite saye pn lebih kurang mcm awak. dihalang keluarge, tp saye dihalang sbb lelaki tu sepupu rapat saya dan lelaki tu mude 10 thn dari saye. baru je putus jumaat lepas. tengah sakit sangat ni.

Tanpa Nama berkata...

kisah sme spt aku juga d pggl ida...
cme kami msh bsme..dh 3 thn hbgn kmi scre rhsiA...
smpai ble aku xpsti

terapi skoliosis jakarta berkata...

sedih bgt crita ini

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.