Gagak Belajar Berjalan


Share on Tumblr Pada suatu masa dahulu, ketika berada di atas tanah, gagak tidak berjalan sambil melompat-lompat seperti sekarang. Boleh dikatakan bahawa cara gagak berjalan sebenarnya tidaklah buruk. Akan tetapi, gagak sentiasa menganggap cara ia berjalan amat buruk.

Pada suatu hari, gagak melihat puyuh galah berjalan. Ia berasa gaya puyuh berjalan amat lembut lagi cantik. Oleh itu, ia pun pergi mengunjungi puyuh galah lalu memintanya menjadi gurunya. Ia hendak mempelajari cara puyuh galah berjalan.

Gagak pun mempelajari cara berjalan dari puyuh galah dalam tempoh masa yang agak lama. Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat mempelajari langkah puyuh galah berjalan. Akhirnya, ia pun berputus asa dan tidak mahu belajar lagi.

Apabila hendak pulang ke rumahnya, gagak telah pun terlupa bagaimana cara untuk berjalan.Oleh itu, terpaksalah ia beredar dari situ dengan berjalan sambil melompat-lompat.

Moral: Apabila mempelajari kebolehan orang lain, kita perlu berbuat demikian berdasarkan kebolehan diri. Gagak Belajar Berjalan

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.