Mencari Bintang Timur


Share on Tumblr Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “Mengandung kut?”. Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia berjumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa’l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.

Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

Sumber: Mingguan Malaysia Mencari Bintang Timur

14 Komen:

Tanpa Nama berkata...

so sweet...
xsaba nk tunggu xlama lg bakal jd ibu juge..

Tanpa Nama berkata...

ermmm..keluarga solehah sentiasa d berkati.

Tanpa Nama berkata...

erm..
kadang2 kisah wkt zmn knk2 mmg ssh nk d lpekn..
ade yg sdeh de yg indah..
bg aku yg terlalu kenangan htam sewaktu knk2 mengajar aku jd tabah smp skrg ni..
blh menangis sndr ble terkenangkn kisah lama..
kisah yg sama cme bezanya aku tinggal dgn nnk n pkck yg zlm..
aku d pshkn dr mak ku yg jauh d negara org
mak.........

Tanpa Nama berkata...

mcm nilh suami solh..mintk2lh ramai laki yang mcm ni...amin

Tanpa Nama berkata...

terharunya dpt suami mcm nie..bahagia dunia & akhirat....

Tanpa Nama berkata...

subhanallah~ suami idaman, soleh akhir zaman..

Tanpa Nama berkata...

sweey nye hubby..
damn great r..
susah nk dapat..
hopefully..guy cm2..
ak dpt jmpe t..
insyallh~

Tanpa Nama berkata...

so sweet :)
suami idaman,yang bisa membawa istri dan anaknya ke surga..

Tanpa Nama berkata...

suami yang baik idman sume org...
tringt ksh silam ayh tiri yg zalim setiap hari
pukul mak..
sume tu buat saya berhati2 pilih lelaki...

Tanpa Nama berkata...

subhanallah
alangkah teraturnya hidupmu

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..

ada juga suami begini pd zmn ini, terharu hati andainya dapat suami yg leh bimbing is3 n anak2.

teringat ibu yg skrg ngah berhempas pulas pulihkan abah dari kelalaiannya sehingga abaikan family

lelaki zaman skrg ramai yg kurang didikan agama, xtau tanggungjwb sbg ketua keluarga, menafikan hak is3 n anak2.alangkah indahnya jika ramai lelaki yg beriman. aman dan bahagia rumahtangga

Tanpa Nama berkata...

woww hebat...saya doakan semoga anda sekeluarga terus berbahagia..

Tanpa Nama berkata...

ya allah
kurniakanlah hambamu ini seorang suami yang soleh yg dapat membimbingku ke jalanMu
amin

Anonymous berkata...

ya allah
kurniakanlah hambamu ini seorang suami yang soleh yg dapat membimbingku ke jalanMu
amin

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.