Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak' Saat menilai cinta
9 Komen:
paling sukar untuk membuat keptsan bahkan amat ssah untuk memilih psgn hdp..berilah aku petunjuk kau amt mengthui hatiku ya allah...
bahagiakanlah hdp ku ya allah ..
'ya allah maha pencipta'....
jika dia d takdirkan mjd milikku,maka berkatilah khdpn kmi dgn keredhaanMu,namun jika dia bukan milik ku maka...damaiknlah hati ku dgn ketentuan mu...-sweet polaris-
Aku pernah terluka,dikecewakan kerana terlalu myintai seseorg..Sukar utk aku terima hakikat perpisahan kami ketika itu..tapi,Aku bersyukur..ALLAH itu masih mnyayangiku,dia mnghadirkan seorg insan yg lbih baik dari yg sebelumnya utk mngubati hatiku dan mnyayangi aku..Terima kasih Ya ALLAH,aku bahagia kini dgn kehadirannya.Moga dialah insan terbaik yg Engkau takdirkan buatlu..AMIN..
aku hanya mengharapkan sebuah keajaiban.. moga cinta ini akan terus bersemi.. wpun hidup ku sring berendam dgn air mata.. hanya padaMu ku memohon ya ALLAH.. sekiranya dia ditakdirkan utk ku maka dekatkanlah dia padaku.. andai kata dia bukan utk ku maka jauhkan dia dariku.. moga dia memperolehi kebahagian dalam hidupnya..begitu juga dgn diriku..
aq sangat mengharapkan satu sebuah keajaiban smoga cinta ini akan terus brtsemi di dalam hatiku ini dan setidaknya dia di takdirkan utk aq
menarik jugak....percintaan mmg merumitkan smge ktew peroleh cinta yg abadi.
aku hanya mengharapkan sebuah keajaiban.. moga cinta ini akan terus bersemi.. wpun hidup ku sring berendam dgn air mata.. hanya padaMu ku memohon ya ALLAH.. sekiranya dia ditakdirkan utk ku maka dekatkanlah dia padaku.. andai kata dia bukan utk ku maka jauhkan dia dariku.. moga dia memperolehi kebahagian dalam hidupnya..begitu juga dgn diriku..
sdihnye atiy
Sebutir kasih dan setetes air cinta yang terlepas
Mengalir menuju lautan yang lepas dan luas
Cinta mengatakannya ….
Tak mampu berkata didalam kesendirian yang panjang
Namun aku terus merasakan kehadiran cinta itu
Kehadiran cinta yang mereka miliki
Dengan indah mereka katakan
Segenap bahasa dan kata-kata cinta
Segenap cinta dan ungkapan rasa terus tertuang
Nada asmara menggelora meraih lubuk hati
Memacu hasrat dalam genggaman cinta
Menyenangkan hati dan jiwa
Mengajak tubuh dalam kehangatan cinta
Cinta yang terasa dan terus terasa hingga tercumbu
Dalam bunga-bunga kasih.
Terasa bayangan bahagia dan bahasanya
Lumat aku dalam dahaga dan kata
Segalanya terus terasa hingga aku terlelap
Terus terlelap enggan aku menyapa bumi
Terus berkata dan enggan untuk pergi
Cinta membawa aku dalam keindahan
Baru saja berlalu
Ras rindu tetap menggoda
Tak kuasa hati tak kuasa raga
Datanglah cinta dan bawa terbanglah tubuh ini
Hingga dahaga ku sirna saat bersama mu
Cinta sungguh tak kuasa aku menahannya
Tak kuasa aku melawannya
Kerinduan takkan pernah berhenti…
Cinta… adalah candu