Siapa yang tidak inginkan perut langsing, pinggul kecil dan punggung padat malah ia membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri juga di mata umum.
Tetapi, obsesi tidak akan membawa anda kepada tubuh yang diinginkan sekali gus tidak mendorong diri untuk melakukan sebarang tindakan.
Justeru, langkah pertama adalah mula menerima diri sendiri dan mencintainya.
Hargai tubuh sendiri dan semua perkara yang sudah dilakukan untuk memperoleh tubuh sedemikian. Ikuti panduan berikut yang mungkin dapat membantu anda menghargai tubuh sendiri.
# Hindari perasaan untuk menilai diri di cermin
Cuba elak daripada membuat penilaian diri sendiri di hadapan cermin. Jika sedang melakukan senaman, cuba hindari fikiran daripada terlalu memberi tumpuan pada penampilan sebaliknya, fikir apa yang anda rasakan.
# Pakai pakaian yang membuatkan anda yakin pada diri sendiri
Cari pakaian terbaik untuk bentuk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian lebih besar untuk menutupi apa yang mereka miliki.
# Berhenti menimbang berat
Cuba elak daripada menimbang berat diri anda untuk sementara waktu. Anda tentu terkejut betapa bahagianya diri anda kerana tidak asyik memikirkan berat berlebihan.
# Tubuh adalah teman anda.
Fikirlah segala yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Hormati tubuh anda dan jangan berasa kecewa jika berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hati dengan bentuk tubuh yang dimiliki.
# Berhenti membandingkan diri sendiri
Sifat untuk meniru memang ada pada setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru penampilan model bergaya di majalah. Namun, membandingkan diri anda secara terus-menerus dengan bentuk tubuh mereka mungkin kurang sesuai untuk anda. Belajarlah menghargai diri sendiri. Hargai tubuh sendiri
4 Komen:
thank banget buat saran2 nya ya...
:) motivasi untuk diriku jua..
tq bgt yah.. bwt artikelnya. isinya benar2 membuat gw bs menghargai diri sendiri dan makin pd dgn badan gw
after bce artikel nie....aq smkin menghargai diri sendiri...thanks byk2,.