Cinta Di Usia Lewat


Share on Tumblr Percintaan di usia tua sesuatu yang dipandang mulia apabila bersama suami atau isteri. Namun sekiranya dilakukan terhadap orang lain, ia akan mengundang kesusahan bahkan merosakkan kebahagian yang telah dikecapi selama ini.

Cinta adalah nikmat yang paling berharga dalam kehidupan manusia kerana cinta memberikan manusia erti kehiudpan yang penuh bermakna. Kerana cinta juga manusia dapat meneruskan kehidupan dengan perasaan bahagia.

Cinta memberikan kesan mendalam kepada manusia kerana cinta tidak kesampaian akan membuatkan manusia menjadi separuh gila.

Cinta hadir tanpa mengenali batas usia dan masa. Sama ada muda ataupun tua perasaan itu datang tanpa diundang. Bagi yang muda cinta adalah sesuatu yang perlu dibuktikan dengan pengorbanan sehingga ada sanggup menyerahkan mahkota diri.

Cinta orang yang berusia pula lebih kepada hubungan perasaan yang dibuktikan dengan perhubungan perkahwinan dan melahirkan keturunan. Mereka bercinta pada hati bukan luahan kata-kata yang mungkin dusta.

Cinta yang hadir tatkala usia lewat menjadi milik pasangan yang ditentukan Tuhan, walaupun hati tidak bersedia untuk melakukannya kerana cinta kepada pasangan akan menambahkan nikmat kehidupan.

Cinta lama yang berputik semula setelah lama terpendam perlu dididik agar tidak melawan arus kehidupan dilalui sesuai dengan faktor usia, kedudukan dan keperluannya.

Cinta suci datang dari jiwa yang ikhlas dan layarinya dengan kematangan usia serta bertindak sebagai orang dewasa yang kaya dengan pengalaman kehidupan bukan menurut kemahuan hati semata-mata. Cinta Di Usia Lewat

2 Komen:

Motivasi Kerja berkata...

Banyak sekali percintaan di usia yang lewat. Terpulang pada niat diri masing-masing. Ada berkawin kerana cinta ada jugak berkawin di usia lewat kerana harta.

sal berkata...

CINTA DAN KASIH SAYANG ITU ANUGERAH ALLAH...Cinta boleh membiarkan manusia itu kesakitan dan boleh juga bertemu kebahagiaan. Semangat yg kuat terhadap Cinta membuatkan manusia berani menghadapi rintangan. Sesiapapun yang memiliki nyawa pasti dirinya memiliki cinta. Dan sesiapapun memiliki cinta tidak akan hilang cintanya meski tidak lagi memiliki nyawa.

Cinta sesuci itu selayaknya dinobatkan kepada Allah SWT dan RasulNya. Dua cinta yang tidak mati dan akan terus hidup; di dunia mahupun akhirat. Dua cinta yang tidak layak disaingi oleh sebarang makhluk termasuklah ibubapa, isteri dan anak-anak.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.