Lebih baik jika anda boleh ketawa dengan mengingat perkara lucu dialami bersama keluarga, orang tersayang atau kawan. Kajian membuktikan ketawa boleh memperbaiki emosi seseorang yang membuat hati berasa lapang.
Walaupun penyelidik belum dapat menerangkan bagaimana proses ini berlaku, ketawa dikenal pasti memberi banyak manfaat terhadap kesihatan fizikal dan mental; yang turut mendatangkan kesan positif kepada orang sekeliling.
Antara penerangan yang ada ialah fisiologi badan berubah apabila kita ketawa. Kita akan meregangkan otot muka dan badan, denyutan nadi dan tekanan darah meningkat sedikit, pernafasan membawa lebih banyak oksigen kepada sel.
Ada orang percaya, kesan ketawa sama seperti senaman ringan. Malah ada yang mencadangkan, ketawa disertai dengan pergerakan (seperti menggerakkan tangan) merangsang degupan jantung. Satu kajian mendapati kadar degupan jantung apabila ketawa besar selama seminit sama seperti menggerakkan mesin mendayung 10 minit!
Manfaat lain ketawa ialah:
# Ia membakar kalori — Penyelidik dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat, Maciej Buchowski, mendapati ketawa 10-15 minit membakar 50 kalori.
# Aliran darah — Kajian Universiti Maryland ke atas orang yang menonton komedi mendapati, ketawa membuat salur darah mengembang dan mengecut dengan lebih mudah. Salur darah individu yang menonton drama didapati tegang dan aliran darah tidak selancar orang ketawa.
# Paras gula — Ketawa membantu merendahkan paras gula selepas makan.
# Mengurangkan kesakitan — Ketawa membuatkan seseorang rasa gembira yang secara tidak langsung melupakan kesakitan dialami.
# Menguatkan sistem imun badan — Oleh kerana ketawa boleh melancarkan aliran darah, sel darah putih yang menjadi barisan utama sistem imun dapat diagihkan ke seluruh badan dengan lebih cepat.
Jadi ia dapat memberi perlindungan lebih baik. Ada juga penyelidik berkata, orang ceria jarang jatuh sakit berbanding individu yang serius dan sukar ketawa.
Walaupun kebanyakannya kajian kecil, ketawa terbukti membawa kesan positif kepada kita. Suasana ceria diserikan dengan ketawa boleh merapatkan hubungan sosial sama ada dengan keluarga atau rakan.
Jadi, pilihlah untuk menjadi individu ceria dan bersikap positif. Ia bukan saja akan membantu meningkatkan prestasi kerja, tetapi membuatkan anda lebih berseri dan disenangi. Manfaat Ketawa
9 Komen:
Assalamaualaikum.
Ketawa memang bagus untuk awet muda. Bahkan ketawa juga boleh membantu menghilangkan stres. Cuma kalau boleh jangan juga terlalu banyak ketawa, kerana hati boleh menjadi lupa kepada Allah
rhunhi
ketawa memang menyenangkan, karena dengan ketawa kita dapat menghilangkan kesedihan yang ada dalam hati kita...
tapi kalau hanya ketawa-ketawa sendiri nanti dikira orang gila....
lebih enaknya kalau kita tertawa itu bersama teman-teman ataupun orang terdekat yang ada dihati kita!!!
ketawa memang bagus untuk awet mudah
tertawalah sebelum tertawa itu dilarang!!!
candaan classic coyy....
ketawa booleh menghilangkan stress
KETAWALAH SBELUM DI KETAWAIN.......
KETAWALAH SBELUM DI KETAWAIN.......
stresssssssssssssss>>>>>>>>>ketawelah....=p
hhah ,,,, tertawalah sebelum tertawa itu di larang :D