Rahsia Pelajar Cemerlang


Share on Tumblr Petua pelajar cemerlang

Ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari?

Menjadi seorang yang cemerlang adalah idaman setiap pelajar. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada mentelaah buku semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa usaha lain.

Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari.

Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, memperbaiki diri sebagai insan dan sebagainya.

Di sini disenaraikan beberapa tip membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai.

Sentiasa berfikiran positif

Berfikiran positif membantu pelajar membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif.


Nyatakan matlamat

Sentiasa sasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu kerana mereka yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa.


Menjaga kesihatan fizikal dan mental

Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran akan mudah diterima. Sering bersenam dan berfikiran positif. Elakkan stres yang melampau dan sesekali cuba melakukan aktiviti riadah supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Cuba elakkannya dengan mencari jalan terbaik untuk mengulang kaji pelajaran.

Menjaga pemakanan

Aspek pemakanan juga harus dititik beratkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca.


Cara belajar yang baik

Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam. Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat tenang untuk belajar. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik. Ia adalah perkara yang patut dielakkan kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Bergaul dengan positif

Apabila seseorang mempunyai ramai kawan, maka dia akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Bersyukur

Pelajar harus bersyukur dengan setiap hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang kita alami. Jangan juga dengki dengan kejayaan orang lain, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya rahsia mereka. Dekatkan diri dengan tuhan tidak kira apa agama sekali pun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan satu kumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik.

Bersedia untuk gagal

Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan, pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan.

Hargai pendidik

Pendidik adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Guru atau hari lahir mereka. Doa pendidik sentiasa dimakbulkan tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan.

Usaha yang seimbang

Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala tip di atas tanpa mentelaah buku, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengadap buku tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman. Rahsia Pelajar Cemerlang

32 Komen:

Tanpa Nama berkata...

TIP DI ATAS SANGAT BERGUNA KEPADA PELAJAR...TERUTAMA KKEPADA SAYA...
TERIMA KASIH...

Zul berkata...

Satu lagi petua utk cemerlang dlm akademik ialah dgn menggunakan Score A. cuba buat demo d http://www.scorea.com demo id: 82828

Utk org dewasa, ada peluang utk jana RM
rujuk http://scorea2u.wordpress.com
Zul 019-6342017

Lys berkata...

thankx atas tip yg diberi...
i hope dengan tip yg diberi sy dpt menjadi pelajar cemerlang...

athi berkata...

jgn hnya tahu dan baca tapi melaksanakan

ayien.. berkata...

yup,sya ade bace byk tip pelajar cemerlang..tp x tau nak buat sumer..
kalo boleh sya akan buat sume tip diatass

Tanpa Nama berkata...

juga disertakan doa dan restu ibubapa...

melor berkata...

usaha, usaha, usaha n usaha..
kemudian berserah kepadaNYA

Tanpa Nama berkata...

belajarlah dengan cara belajar yg betul,dan berterusan ,dan bertanyalah pada yang arif (guru) jika menghadapi sebarang masalah ..
cg miey - 012 4284960

Tanpa Nama berkata...

usaha.........usaha...
usaha.......
ktew ptt b'serah pada nye ap bile sdh gagal
tp ktew ptt b'doa bnyk-bnyk...
insyallah BERJAYA..........
AMIN....
AMIN..........
AMIN..........

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak boleh copy?
kata ini adalah berkaitan dgn agama islam...
adakah anda semua tidak mahu berkongsi ilmu2 berkaitan dgn islam??

-khairul-

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah.,akan ku amalkan..,wish me the best form SPM 2010...

Zul berkata...

Satu lagi petua utk cemerlang dlm akademik ialah dgn menggunakan Score A. cuba buat demo d http://www.scorea.com demo id: 82828

Utk org dewasa, ada peluang utk jana RM
rujuk http://scorea2u.wordpress.com
Zul 019-6342017

Tanpa Nama berkata...

manusia yg pernah merasa kegagalan akan menghargai setiap kejayaan...thank

Qilla berkata...

setiap yang berusaha pasti akan berjaya...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana memberi tips yang berkesan itu.
Saya akan belajar lebih bersungguh-sungguh demi mencapai
cita-cita.

na_kak berkata...

baru2 ni..saya sangt kecwwa kerna kemahiran hidup saye hnye mendapat 48%...sye sngt kecewa..namun saye juga bersyukur dgn ALLAH krna memberi saye sebegitu rupa....sc pula saye hnaye mendpt 58%..sejak kebelekangan ni..matapelajaran saye makin menurun...saye sngt envy dgn kwn2 yg lain

na_kak berkata...

tolong memeberi saye tips..plizz...);

Tanpa Nama berkata...

selepas daripada sy membaca ini, saya baru sedar betapa pentingnya pelajaran kepada sy yang selama ini memandang remeh saje

Tanpa Nama berkata...

ala setakat belajar mesti usaha kalau tak usaha macam mana nak berjaya siapa tak belajar dia tak layak menjadi pelajar cemerlang ingat

Tanpa Nama berkata...

malas aku nak cakap usaha je lah ye.usaha tangga kejayaan

Tanpa Nama berkata...

bagi aku belajar aku tak minat sangat ape yang aku pikir sekarang ialah AMYLIA aku cinta dia ATIE LOVE AMYLIA

fatin berkata...

study smart not study hard..tip2 di atas sgt berguna kpd para pelajar,god luck sume

Tanpa Nama berkata...

bodoh asal x le copy..failed la spm aku kalau cm ni...

Tanpa Nama berkata...

:D

NurFazera Nordin berkata...

like your blog....

Tanpa Nama berkata...

tips ini amat berguna

Tanpa Nama berkata...

owhh .. bru fhm rahsia dyee ... tpy tkot x bleyh buadd ... bln 9/12 nk UPSR . tpy tkot x dpt 5A lhaa ... mcm mnew arhh ???

Tanpa Nama berkata...

bez.. Tips ini memang berguna!!

Tanpa Nama berkata...

uhm,bez r tips ni! arp2 t pmr ble buat!

Unknown berkata...

tips ni sesuai untuk aku yang nak SPM tahun ni.. I will try do the best.

jenky berkata...

TIP INI SANGAT SESUAI DENGAN SAYA.

Aina berkata...

saya akan bersemangat untu belajar

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.