Cinta Berakhir Dengan Perpisahan


Share on Tumblr
Mengapa Cinta Wanita Muda Mudah Berakhir?

Ada sesetengah lelaki memilih wanita muda yang jauh berbeza dengan usianya sebagai kekasih.

Benarkah cinta wanita muda berjaya diakhiri ke jenjang pelamin? Dan sejauh mana bercinta dengan pucuk muda ini mampu bertahan. Dan sejauh mana keikhlasan dalam percintaan tersebut?

Tip di bawah boleh membantu anda mengenal pasti mengapa kebanyakan cinta wanita muda berakhir dengan perpisahan!

1. Terlalu Muda Untuk Mengerti
Salah satu kesilapan lelaki ialah mudah tertarik dengan wanita yang seksi dan berperwatakan manja. Lelaki juga berpandangan, wanita berusia lebih emosi berbanding muda. Dan tidak hairanlah ramai lelaki tertarik dengan wanita muda. Namun satu pemahaman yang salah ialah biasanya wanita muda kurang memahami berbanding wanita berusia. Biasanya mereka lebih kepada keseronokan dan hanya mementingkan keseronokan dalam hidup. Hal ini sangat berbeza dengan wanita berusia yang bertindak umpama “bagasi”. Boleh menerima dan dimasukkan apa saja tanpa menolak tetapi cuba hal yang sama disogokkan kepada wanita muda, pasti mereka tidak tahu bagaimana mahu menangani masalah dan tidak mahu hal-hal sebegitu yang dianggap memeningkan kepala mereka.

Kata Cinta

2. Pelbagai Alasan Diberikan
Manusia memang mudah memberi pelbagai alasan dan ini biasanya dikaitkan dengan golongan muda yang gagal mengawal emosi mereka. Cuba bayangkan, anda berusia 50 tahun dan pasangan anda, adalah 20 tahun dan berbeza 30 tahun. Sudah pasti banyak perbezaan pendapat timbul termasuklah alasan-alasan yang mungkin boleh memeningkan kepala mereka yang berusia. Cuba bayangkan, ketika muda, anda seorang yang tidak kaya dan berusaha keras untuk membaiki kehidupan. Bila anda meningkat usia, anda sudah memiliki kekayaan itu dan anda menyalah gunakannya dengan wanita muda, cantik lagi bergetah. Namun bila anda sudah jatuh miskin, sudah tidak sekaya mana, wanita muda ini pasti akan meninggalkan anda dengan pelbagai alasan termasuklah anda sudah tidak mampu menampung kehidupan peribadinya.

3. Tidak Memahami Realiti Kehidupan
Hidup ada pasang dan surutnya. Ini termasuklah kehidupan yang mungkin anda pernah lalui bersama isteri dan anak-anak. Namun bila bertemu wanita muda, seorang lelaki biasanya sanggup meninggalkan keluarga kerana memburu cinta baru dengan pelbagai alasan. Namun adakah anda memikirkan kemungkinan demi kemungkinan tentang kekasih baru yang lebih muda. Sanggupkah mereka menerima kekurangan anda berbanding isteri yang sudah masak dengan perangai buruk anda. Dinyatakan sekali lagi, wanita muda biasanya memburu lelaki berusia untuk mencapai keuntungan mereka. Mereka jarang mahu memahami realiti kehidupan termasuk tidak sanggup untuk berkongsi susah senang bila anda sudah bersama kelak. Dunia fantasi mereka hanyalah keseronokan dan hiburan dan itulah yang mereka buru selama ini. Hakikatnya, tidak ramai wanita muda sanggup menerima lelaki yang sudah beranak pinak, punya anak berderet dan pelbagai masalah lain.

4. Hubungan Umpama Berbulan Madu
Anda pernah melalui saat-saat berbulan madu? Ia penuh dengan rasa romantik dan ketika itu anda merasakan pasangan seorang yang sangat sempurna di mata anda. Namun bagaimana selepas berkahwin? Apa yang anda rasai? Bosan, penuh masalah, tiada keceriaan dan sebagainya. Hal yang sama akan dilakukan oleh golongan muda ini, kerana mereka biasanya menganggap semua perkara sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Sama seperti berbulan madu tetapi lama kelamaan, semuanya sudah tidak manis di pandangan mata.

5. Kerana Dia Adalah Terakhir Sementara Anda Pertama Baginya
Cuba bayangkan bagaimana lelaki tua bercinta dengan wanita muda? Biasanya pandangan sinis masyarakat akan mengata. Bagi lelaki, bila menemui wanita muda, tentu terselit rasa bangga di dalam diri kerana mampu mencari pucuk muda. Anda mungkin beranggapan, dialah kekasih anda yang terakhir. Namun baginya, anda adalah yang pertama di mana anda mungkin akan menjadi yang pertama dan bila dia menemui orang lain, dia akan memburu cinta seterusnya. Sudah tentu berlaku pertembungan di sini bila anda sudah tidak sehaluan lagi.

6. Hubungan Yang Tidak Kekal
Bila otak sudah memfokuskan kepada hiburan semata-mata, mereka biasanya akan mencari keseronokan sahaja berbanding mahu memikul satu tanggungjawab dalam kehidupan. Di sinilah wanita muda melakukan kesilapan kerana mereka hanya mementingkan satu sudut lain. Biasanya bila sudah bertemu orang yang lebih sesuai yang agak padan dengan usia mereka, biasanya wanita muda ini akan mengakhiri suatu perhubungan.

Sumber: MW
Cinta Berakhir Dengan Perpisahan

10 Komen:

Zairi Faiezil berkata...

Salam..

Wanita muda selalunya bersikap sensitif, cepat terasa, pemikiran masih belum matang ini kerana ia bergantung harap pada pasanganya yang lebih berusia..

Tq

Tanpa Nama berkata...

ermm..

Tanpa Nama berkata...

sy berusha menjadi seorang pecinta yg ikhlas, namun cinta sy slalu terputus di tgh jln..mmg sdh bkn jdoh..

Tanpa Nama berkata...

cinta yg harus kandas, karena perbedaan... saya tidak dapat memilih antara keluarga, atau cinta saya... karena ini pilihan paling sulit dalam hidup saya

Tanpa Nama berkata...

cinta saya putus disebabkan orang ketiga,,walau apa pon terjadi dia akan selalu dihati saya...

natangwan berkata...

ta peduli cinta muda apa tua, jika dibina dengan baik pastilah akan mendatangkan bahagia ...
jgn menyepelekan cinta walaupun orang bilang cinta muda cinta monyet ..
penyesalan terbesar dalam hidup saya karna menyepelekan cinta pertama saya, 2 tahun , 3 tahun ,4 tahun ta pernah hilang dari ingatan..yang ada hanya penyesalan..

Tanpa Nama berkata...

sy terasa sepi slps kehlgan org yg sy sgt cinta...sdah berthun bersamanyer akhrnyer dy pergi juga..sy redha...

Tanpa Nama berkata...

.sy trasa snyi tanpa sidia. rndu sgt nk jmpe dy.

Tanpa Nama berkata...

Sy sngt m'yngi ssrng tp klu sdh takdir apa kha daya m'SIA CMA M'rancang tp segala2 NYA tUHAN YG M'ntkn sy prnh cple dgn llki tp nth knpa??? Slalu sy kna tpu2 dn llki 2 xjujur,curang.... nth lha knpa sy kna bt bgini.....
tp sy b'syukur krna tnpa shbt sy mgkn sy sdh b'tindak m'IKT KATA HTI.... MMG SKT LHA HTI..bayangkan lha....klu ko cple dgn s'sorang sdh st thn lbh..tba2 tnpa khbr..ko nda kna msg,xkna hbgi,dn pasti kmu mc mghpkn bhwa 2 llki akn mghbgi kmu krna xada kta pts dlm hbgn...slma sbln lbh kmu mnti................ tp apa yg kmu dgr orng yg kmu syg dan nanti2kn sdh b'kwin dgn pmpon len...pasti sdkt kn aty kmu......SEKIRANYA KMU DLM KEADAAN BG2 APA KHA YG KN KMU LKUKN??????

Tanpa Nama berkata...

cinta saya selalu jatuh kpda org yg di atas ke mampuan saya...selain kaya. pinter.pernah juga ke anak ustadi.bahkan kpda org jauh di luar pulau.sedang kan saya org yg serba kekurangan .dri msteri .pendidika.bahkan ilmu agama semuaya tida da didiri saya.dlm hubugan kmi selalu saling setia...yg bisa ku lakukan cuma pasrah..dan ber do.a ..ya Allah di itu kepuyaanmu..apa dia pantas untukku hya ekoulah yg mhatau..jika dia tida pantas untuku ampuni aku.mha suci engkou yg meciptakan ke indahan..yg pasti aku sagat meyayagi dia sesugguhya ekoulah maha pegasih lagi mha peyayang....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.