Rasa Sangsi Terhadap Pasangan


Share on Tumblr
Setiap insan yang melangkah ke dunia cinta pastinya amat mengasihi pasangannya kerana rasa cinta yang telah dicampak ke dalam hati. Untuk itu, kita ingin si dia sentiasa mencintai kita, berada di sisi kita dan menghargai perhubungan yang dibina bersama.


Sudah tentu kita tidak ingin ada pihak ketiga yang mengganggu-gugat ketenteraman perhubungan yang dijalinkan. Atas sebab itu, kita sentiasa dibayangi rasa curiga dan was-was...seakan bimbang si dia beralih hati, lantas akan meninggalkan taman cinta yang selama ini mekar mewangi.

Bagi yang matang pemikirannya, pasti konflik ini akan ditangani dengan sewajarnya menerusi pendekatan yang berhemah, yang tidak mengguris hati pasangan serta mampu menimbulkan kemarahan. Contohnya, melalui cara komunikasi yang baik dalam memberi peringatan serta teguran.

Namun ada juga antara kita yang terlalu mengikutkan kata hati dan bertindak mengikut emosi hingga kadangkala merimaskan pasangan kerana cemburu yang tidak bertempat. Selain cara kita yang seakan mengongkong dengan memeriksa telefon bimbit dan sentiasa memikirkan perkara negatif tiapkali berlaku insiden seperti pasangan tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas SMS yang dihantar.

Jika tidak dibendung, situasi itu akan membawa kepada perbalahan yang lebih serius hingga menjejaskan konsentrasi kedua-dua pihak dalam perhubungan. Lantas akan membuatkan ia kian hambar dan apabila perasaan sedemikian mula bersarang di hati dan minda tak mustahil ianya akan disusuli dengan rasa bosan dan akhirnya mengundang kepada perpisahan.

Alangkah sayangnya jika sesuatu hubungan yang lama terbina di atas nama cinta terlerai hanya disebabkan isu yang remeh sebegitu. Seeloknya, kita cuba letakkan rasa percaya kepada pasangan kita dan setelah pasti terdapat bukti sahih yang dia curang, baru kita boleh mengambil tindakan seterusnya.

Dalam memastikan pasangan kita setia dan sentiasa mencintai kita, harus kita tampil sebagai pasangan terbaik di kalangan yang baik dengan sentiasa berusaha menjaga hatinya, tidak melakukan perkara yang tidak digemari si dia, harumkan rasa cinta, ingati hari-hari istimewa dan raikan bersamanya.

Selain itu, panjatkan doa kepada Illahi moga cinta dan kasih sayang si dia hanya untuk kita hingga ke saat kita menutup mata. Kerana kadangkala kita hanya tahu menuding jari dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada pasangan di kala berlakunya perubahan pada dirinya, sedangkan kita terlupa tentang kelemahan serta kekurangan diri kita kerana hakikatnya setiap perubahan itu pasti ada punca dan penyebabnya. Ianya takkan terjadi dengan begitu saja.

Renungkanlah! Jadilah pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal-usul kita.

~ Petikan Bicara Cinta DJ Lin
Rasa Sangsi Terhadap Pasangan

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

cinta itu buta

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya lelaki ada juga dikurniakan 6th sense.. lelaki blh mengetahui sekiranya ada sesuatu yg tidak kena dgn pasangan.. klu dah call atau sms sehingga 24 jam langsung tiada jawapan drpd pasangan pasti ada something wrong.. cuma lelaki perlukan bukti.. perempuan akan terus berbohong sekiranya lelaki tidak ada bukti yang kukuh (kisah benar)

Tanpa Nama berkata...

lelaki pon sama. kadangkala nk knon2 nak jaga hati. tapi sedangkan dia bersama perempuan lain. kita yg ka sini menantinya.. hmm..thla..ada apalah gan cinta

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.