Anda Tidak Percaya Pasangan?


Share on Tumblr
Adakahh Anda & Pasangan Saling Percaya?

Kata percaya tapi kenapa setiap jam sibuk menelefon dan bertanya macam-macam. Tentunya tidak selesa jika punya pasangan sebegini. Apa pun yang dilakukan mengundang rasa curiga walhal anda sudah sah menajdi miliknya.

Jika begini keadaannya mungkin sudah masanya anda mengetahui tahap kepercayaan pasangan terhadap anda. Ajak suami atau isteri anda sama-sama mengisi kuiz mudah ini. Tapi pastikan anda bersikap jujur dan bukannya untuk tunjuk baik!

1. Seorang rakan lelaki memberikan hadiah hari jadi yang agak mahal kepada anda. Reaksi pasangan...
A. Tumpang gembira. Padanya itu menunjukkan kehadiran anda sangat berharga bagi teman anda itu.
B. Ragu-ragu kerana teman anda itu lebih kaya.
C. Kecil hati. Bagi dirinya tidak wajar seorang teman biasa memberikan hadiah yang mahal.

2. Malam Jumaat anda masih lagi berada di pejabat. Telefon anda pula tidak dapat dihubungi. Dia...
A. Tenang saja kerana tahu anda sibuk dengan kerja.
B. Mula panik kerana anda tidak memberitahunya terlebih dahulu.
C. Marah besar dan menuduh anda sengaja mematikan telefon.

3. Rakan-rakan yang anda kenali kebanyakannya cantik atau kacak, baik rakan sekerja mahu pun teman biasa. Reaksi pasangan...
A. Biasa saja dan langsung tidak berasa cemburu. Dia bukan jenis yang cemburu.
B. Percaya bahawa anda sangat menyayanginya. Tapi kadang-kadang nampak cemburu.
C. Tidak suka anda terlalu rapat dengan rakan-rakan apatah lagi yang berlainan jantina.

4. Pasangan tidak sengaja membaca ungkapan rindu bekas kekasih anda melalui Facebook anda. Reaksinya ...
A. Relak saja. Katanya setiap orang punya cara untuk mengenang sejarah hidupnya.
B. Meminta penjelasan tentang hubungan anda dengan bekas kekasih.
C.Marah kerana rasa dibohongi dan memaksa anda tidak melakukan sebarang hubungan dengan bekas kekasih.

5. Anda meminta pasangan memegang telefon bimbit anda. Dia...
A. Hanya pegang saja. Dia lebih rela ‘melayan’ telefon bimbitnya.
B. Akan membuka telefon anda, tapi sekadar suka-suka.
C. Terus mengambil kesempatan memeriksa peti mesej, foto dan sebagainya.

6. Anda ‘out station’ untuk beberapa hari atas urusan kerja. Pasangan anda...
A. Memberi informasi tempat-tempat menarik di sana dan mencadangkan tempat untuk anda mengunjunginya agar tidak kebosanan.
B. Dia menghubungi anda ketika waktu rehat dan bertanya anda berada di mana dan dengan siapa anda ketika itu.
C. Terus menerus menghantar SMS dan menghubungi anda dengan penuh rasa curiga.

7. Anda meminta izin untuk keluar bersama dengan rakan baik. Reaksi pasangan...
A. Akan mengizinkan dan mengucapkan selamat bergembira.
B. Memberi izin tapi akan menghubungi anda berkali-kali dengan pelbagai alasan.
C. Melarang atau mahu mengikut anda sekali bagi memastikan anda tidak berlaku curang.

8. Ada rakan sepejabat berlainan jantina jatuh cinta dengan anda. Dia kerap menunjukkan rasa suka terhadap anda itu melalui laman web sosial dan kadang-kadang mengirimkan bunga ke pejabat anda. Reaksi pasangan...
A. Tiada reaksi
B. Ada sedikit rasa cemburu
C. Sangat cemburu.

9 Ketika sedang berdua-duaan dengan pasangan, anda sibuk dengan telefon bimbit, bersms, Facebook, chatting. Dia...
A. Tiada masalah kerana dia juga melakukan perkara yang sama.
B. Bertanya dengan siapa anda bersms, chatting dan terang-terangan menunjukkan wajah tidak suka.
C. Tidak suka dan berusaha untuk memeriksa telefon bimbit anda.

10. Anda sedang berurusan dengan klien yang juga seorang selebriti dan kebetulan pula idola yang sangat anda kagumi. Kebelakangan ini anda sibuk berurusan dengan dirinya. Pasangan anda bagaimana?
A. Tumpang gembira kerana melihat anda semangat bekerja.
B. Sibuk meminta anda bercerita tentang bagaimana urusan dengannya.
C. Tiba-tiba jadi marah tanpa alasan.
Anda Tidak Percaya Pasangan?

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

aq brsa sgt suka dgn olan2x yg telah d ajukan... hmmm.. kbnyakan dri pda solan ini sudh prnah brlaku kpda dri aq.. so aq akn lebih mmhami psangan pda msa2x akn dtg..... pa2x puwn aq sgt2x brharp moga2x solan ini jga dpt mmbrikan psangn2x yg lain lbih mghormati n mmhami tugs2x pasngn serta hak nya,....

alma aziera ♔ berkata...

kalau dah jawap. lepas tu?

balqis berkata...

sy sememangnya,tidak dapat lupakan dia....dia sekarang dah pergi jauh.da pindah,sy ingin bertemu dia kembali,tapi,itu takkan sy lakukan,kerana sy da ada yg lain..

Tanpa Nama berkata...

memang betul ....semua ni !! sampai skrng pun dia tak faham saya

Tanpa Nama berkata...

sya x caya dia tp hati sy mcintai dia

CiX___MOMO berkata...

hee . gile2 soalan y d tuju kann , taaktahu na pilih y anewhee , p os so cool lahh tebaikk wee .

farah berkata...

aku amat berasa sgt dgn slh 1 soalan d ats 2 mengenai diriku

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.