Tip Menghadapi Perpisahan


Share on Tumblr
Cekalkan hati terima perpisahan

Ungkapan 'kita putus', ibarat tali yang sedang menjerut leher sendiri, sukar dilafaz namun perlu dibuat demi kehidupan yang lebih baik.

Memutuskan hubungan dengan insan yang masih kita cintai adalah antara perkara paling sukar dilakukan di dunia ini.

Namun sebenarnya jika dilihat kembali, hubungan yang diteruskan tersebut bukan hanya mendatangkan kebaikan malah kesakitan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua insan tersebut.

Memang masing-masing sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan tersebut, namun bagaimanakah caranya untuk memastikan keputusan tersebut kekal dan tidak akan berubah.

Pertama, pastikan anda duduk berasingan dan jangan sesekali mengubah keputusan tersebut. Jika pendirian anda berubah, anda hanya akan menyakiti diri anda sendiri, jadi pastikan anda benar-benar komited sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Seterusnya, cakap dengan pasangan anda dan beritahu dia kenapa anda tidak boleh bersamanya lagi. Komunikasi jujur dan terang lagi nyata adalah amat penting. Memberi alasan yang tidak benar, walaupun niat anda untuk menjaga hati pasangan hanya akan memberikan rasa sakit hati pada pasangan anda dan lebih rumit ia akan mengelirukan keadaan anda berdua.

Jika anda pernah berkongsi wang membeli barangan bersama, pastikan anda berdiskusi tentang hak milik barangan tersebut. Buat satu senarai barangan yang anda akan simpan dan dia simpan. Buat urusan tersebut dengan segera untuk mengelakkan barangan anda dihantar kemudian hari dan membuatkan anda berasa sedih setelah berjaya menerima keadaan tersebut.

Perpisahan bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh bertemu satu sama lain, tapi jangan jumpa dalam masa terdekat selepas perpisahan. Beri ruang dan masa sekurang-kurangnya apabila hati anda berdua telah tenang, cuba seminggu dulu atau mungkin sebulan, kaji dengan jelas perasaan anda dan kemudian pastikan adakah pertemuan seterusnya boleh dilakukan sebagai kawan biasa sahaja.

Paling utama selepas perpisahan ini ialah untuk memaafkan satu sama lain. Jangan fikirkan perkara lalu yang menyakitkan hati anda, tenangkan hati dan fikirkan apa kebaikan yang pernah pasangan anda lakukan, pasti ada banyak kebaikannya bukan, namun jangan berpatah balik, cekalkan hati dan mesti berpegang teguh dengan keputusan yang telah diambil.

Tip dan amaran

Proses perpisahan ini diakui memang memeritkan apatah lagi jika anda masih ada perasaan cinta padanya. Jadi untuk menggantikan perasaan tersebut, pastikan anda diselubungi kasih sayang daripada orang sekeliling seperti kawan-kawan yang amat memahami apa yang anda lalui. Tidak salah untuk anda menangisi atau bersedih dengan perpisahan tersebut, tapi awas jangan tersilap langkah dengan memencilkan diri dan dirundung kesedihan berpanjangan.

Amat penting bagi anda untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Inilah masanya anda memaksimumkan masa dengan mereka kerana itulah yang sepatutnya berlaku.

Pasangan berpisah yang mengisytiharkan status mereka 'hanya kawan' memang biasanya tidak akan menjadi. Ia hanya sebuah frasa indah untuk diberitahu umum namun tidak bagi mereka yang menanggungnya. Jadi, janganlah berpisah jika hati masih ada cinta.

Susunan NOOR FAZRINA KAMAL
Tip Menghadapi Perpisahan

11 Komen:

Tanpa Nama berkata...

memang sukar untuk meghadapi perpisahan dikala rasa cinta masih bertaut,tp apa yang mampu dilakukan,cme redha dengan ketentuan ilahi...mungkin ada hikmah disebalik perpisahan ini.......biala rasa cinta tetap ada......

Tanpa Nama berkata...

memang sangat'' sukar untk melewati sesuatu hubungan yg qta hargai..
tp ap daya ble dari pihak sebelah sudah tiada hati...
h'ya sabar yg membawa jln kluar bg qta yg tak dpt menemukan jln
kluar...
sebenar'y terkadang bukan kenangan buruk yg membuat qta b'sedih..
tp kenangan indah yg qta taw tak kn pernah terulang lg...

Tanpa Nama berkata...

setiap yg brlaku pasti ada hikmah d sbalik ny..anggap sja perpisahan itu sbgai tanda noktha d mna kta pernah mncintai seseowg tetapi skar mlepas kn ny..apa yg pasti cekal kn hati utk mghadapi ny..wlau berat mna pun perpisahan ttep akn terjadi dlm khdpan kta..kta hnya insan yg ingin sntiasa d cntai tp,tuhan ada lh segala pnentuan hdp kta..tbah kn hati kuat kn iman d dlm dada anda..stp pertemuan pasti ada curng perpisahaan..

Tanpa Nama berkata...

ble perpisahan berlaku, smuanye bgai mimp bruk.. air mate aje jd pneman.. itu yg berlaku pd aku skg. smoga Allah temukan aku dgn sese0wg menyayngi aku sepenohnye..

Tanpa Nama berkata...

M'yintai sesorang amat m'bahagiakan,wujud orang ketiga hanya m'nambahkan duka.tapi aku percaya apa yang terjadi ada hikmah,semoga ALLAH m'pertemukan aku dengan insan yang lebih m'hargai diri aku seadanya.

Tanpa Nama berkata...

bersabar lah untuk menerima perpisahan kerna setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan........

Tanpa Nama berkata...

Mulai s'krang kita Brekk. aq x ska kau

Tanpa Nama berkata...

salam. saya baru shj berpisah dengan pasangan sy. kami bercinta hampir 2 tahun. pelbgai suka duka kami telah lalui. tp..... dlm masa kami bercinta, byk gado.. kekdg baik. pndek kate, gado baik gado baik. hati saya sakit sgt bila bergado. bgitu juga dia. kami sprti tidak memahami antara satu sama lain. tp dlm masa yg sama kami saling menyayangi... saya buntu..... hnya air mata peneman sy skrg nie...

GadisKampung berkata...

GADO BAIK GADO BAIK<--- XDE KESERASIAN TAPI SALING MENYAYANGI..

SELAMAT TINGGAL

Tanpa Nama berkata...

Memang perit tambahan pula bila kita tahu kita tertipu. Tiada ayat yang mampu diungkapkan. Hanya berdoa semoga masa cepat berlalu dan semuanya menjadi sejarah.

Tanpa Nama berkata...

Memang perit sangat.. kami bersama dekat 4 tahun tpi trpisah brapa bulan d sbabkan kesilapan aq sndri.. Skarang kami brsama lgi tpi macam rumit.. Dia bnyak brkorban utk aq tpi aq ttap rsa yg kmi akn brpsah tak lma lgi.. Mgkin sbab skap cmburuku atau skapnya yang mkin terbuka dgn org lain.. Aq nak mrah,nak halang pun tak mampu.. Jika ini balasan dari apa yg aq lakukan padanya dulu aq trpksa redho n bersedia agar aq boleh tenang.. Apa pun,aq tetap mencintainya slagi Allah msih mngizinkan.. By Hazwani..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.