Tip Panduan Mencuri Hati Lelaki


Share on Tumblr
Tip Panduan Mencuri Hati Lelaki

Ramai wanita takut digelar ‘perigi cari timba’ bila hati mula menyukai seseorang lelaki. Maka, hasrat itu dipendam dan dibiar berlalu begitu saja. Bila lelaki itu menemui cinta hati yang lain, mereka pasrah dan anggap tiada jodoh.

Tapi bagi saya, tak salah jika wanita make the first move untuk mendekati lelaki yang mereka suka. Zaman dah berubah. Wanita zaman moden dianggap setaraf dengan lelaki berdasarkan kejayaan yang mereka kecapi. Lagipun, mudah untuk mengambil hati lelaki.

Berikut disenaraikan apa yang lelaki inginkan dari seorang wanita.

Tip Cinta

1. MAIN GAME BERSAMA

Boys will always be boys. Walaupun sudah lanjut usia, PlayStation tetap menjadi salah satu hiburan untuk mereka. Instead of nagging them to stop playing games, why don’t you join them? Sekurang-kurangnya anda dapat mencipta hobi baru bersama pasangan.

2. LELAKI DAN BOLA

Ambil tahu tentang bola sebab lelaki dan bola tidak boleh dipisahkan. Luangkan masa untuk menonton perlawanan bola bersama. Lebih seronok jika anda membuat kejutan dan membelikan dia tiket perlawanan bolasepak bagi pasukan kegemarannya. Dia pasti menyenangi anda jika kalian dapat berborak tentang perkara yang diminatinya. Hal ini tidak terhad pada sukan bolasepak saja. Jika dia gemarkan sukan bola keranjang, jangan pula anda ajak berborak tentang renang berirama.

3. MASAK MAKANAN KEGEMARANNYA

Lelaki memang lebih kerap dilihat makan di luar. Tapi siapa tahu, adakalanya mereka teringin menjamah hasil air tangan seseorang selain ibunya. Ambil tahu apa yang dia suka and make an effort to cook for him. Jemput dia ke rumah for lunch or dinner. Kata orang-orang tua, salah satu cara untuk memikat hati lelaki adalah melalui perutnya.

4. HADAPI EGONYA DENGAN MATANG

Ego lelaki memang tinggi melangit. Kadang-kadang mereka tahu mereka salah tetapi mereka enggan mengakunya. Kalau mereka suka pun, mereka akan diam. Fahami dirinya terlebih dahulu dan mengalahlah jika pertengkaran itu tiada jalan akhir. Ingat, mengalah tak bererti kalah. Menjaga hatinya lebih penting dari terus berusaha untuk menang.

5. GIVE HIM SPACE

Lelaki tidak suka wanita yang terlalu clingy. Walaupun kebanyakkan lelaki suka wanita yang manja dan dependent padanya tapi ada masa lelaki mahu ruang untuk bersama rakan-rakannya. Bila dia keluar bersama kawan, jangan sikit-sikit WhatsApp, BBM, WeChat atau apa saja medium untuk anda berkomunikasi dengannya. The key is trust.

Kredit dan Sumber:
~ Ridhatul Rizki Sayuti
~ Gua (Seroja)
Tip Panduan Mencuri Hati Lelaki

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

toi 2..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.