Nabi Ingat Kepada Umat Walau Ketika Hampir Wafat
Ketika Jibril a.s. duduk di sisi kepala Baginda, Rasulullah bertanya kepadanya: “Wahai Jibril, ini adalah perpisahan dengan dunia, maka berilah berita gembira yang diberikan kepadaku di sisi Allah.”
Jibril menjawab: “Aku sampaikan berita gembira kepadamu wahai kekasih Allah. Sesungguhnya aku telah tinggalkan pintu-pintu syurga yang telah dibuka dan para malaikat telah berbaris-baris menunggu dan menyambut rohmu dengan penuh kemuliaan, wahai Muhammad.”
Baginda berkata: “Segala pujian adalah kepada Tuhan ku. Berilah berita gembira kepadaku wahai Jibril.”
Jibril menjawab: “Aku sampaikan berita gembira kepadamu bahawa pintu-pintu syurga telah dibuka, sungai-sungainya telah mengalir, pokok-pokok telah melambai-lambai, bidadari-bidadarinya
telah berhias menyambut rohmu wahai Muhammad.”
Baginda berkata: “Segala pujian adalah kepada Tuhanku. Berilah berita gembira kepadaku wahai Jibril.”
Jibril menjawab: “Engkau adalah yang pertama mempunyai syafaat dan yang pertama akan memberi syafaat pada hari kiamat.”
Baginda berkata: “Segala pujian adalah kepada Tuhanku.”
Jibril berkata: “Tentang apa lagi yang engkau tanya kepadaku?”
Baginda menjawab: “Aku bertanya tentang kerisauan dan kemahuanku tentang siapakah pembaca-pembaca al-Quran selepas kewafatanku? Tentang siapakah yang berpuasa Ramadan selepas kewafatanku? Tentang siapakah yang menunaikan haji ke Baitullah al-Haram selepas kewafatanku? Tentang siapakah umatku yang beriman selepas kewafatanku?”
Jibril menjawab: “Bergembiralah wahai kekasih Allah. Sesungguhnya Allah berfirman: ‘Sesungguhnya Aku haramkan syurga kepada semua Nabi dan umat-umat terdahulu sehinggalah ia dimasuki olehmu dan umatmu wahai Muhammad’. “
Berkata Baginda: “Sekarang, barulah tenang jiwaku wahai Malaikat Maut, maka ambillah ia sepertimana engkau diperintahkan mengambilnya.”
(Cerita ini disebutkan oleh Thabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah.)
PETIKAN DARIPADA BUKU INGIN KUBALAS CINTAMU YA RASULALLAH, Ustaz Muhadir Hj Joll.

0 Komen: