Perkara yang boleh dilakukan selepas putus cinta
Banyak pekara yang boleh kita lakukan selepas putus cinta. Untuk apa bazirkan air mata dengan menangis tanpa henti setiap malam sedangkan si dia sedang bersuka ria di luar sana dan tak perlu memeningkan kepala memikirkan rancangan untuk membalas dendam atas segala kesalahannya meninggalkan kamu. Tahukah kamu, ada beberapa pekara yang simple boleh dilakukan selepas putus cinta.
UBAH BENTUK BADAN
Putus adalah alasan yang paling kukuh untuk kamu mengubah bentuk badan. Inilah masanya untuk kamu lengkapkan segala kekurangan yang ada dalam diri. Penampilan baru kamu ini akan membuatkan si bekas kekasih hati menyesal meninggalkan kamu.
TUKAR GAYA RAMBUT
Mengubah penampilan diri memang sesuai untuk mengembalikan mood dan aura pada diri. Apatah lagi bila kamu mengubah gaya rambut. Cubalah potong, warna, smoothing atau lakukan sahaja digital wave pada rambut untuk tampak berbeza. Percayalah, semua ini akan membuatkan kamu lebih fresh dan mempunyai semangat positif dalam diri. Secara tidak langsung ia akan buang perasaan negatif dan sedih yang ada dalam diri. Si bekas kekasih hati pasti tertanya-tanya mengapa kamu tidak bersedih.
MAKE OVER PENAMPILAN DIRI
Selama bersama,kamu tidak menitik beratkan tentang pemakaian kamu. Tidak di nafikan, kemungkinan itu punca sebenar si dia cari yang lain. Jadi setelah putus, inilah masa yang paling sesuai untuk kamu make over diri kamu. Kalau kamu bercadang untuk bertemu bekas kekasih pastikan kamu bergaya sebaik yang mungkin hingga memyebabkan si dia terpaku dengan kecantikan kamu.
CARI PENGANTI DAN BERKAWANLAH
Sekarang ini kamu bebas berkawan dengan siapa sahaja. Jadi pergilah bergaul dan lupakan segala apa yang sudah berlaku. Dalam masa yang sama inilah masanya untuk kamu cari penganti. Sekurang-kurangnya kamu tidak lah terlalu sunyi dan keseorangan.
HAPPY SELALU
Tidak di nafikan putus cinta itu sangat menyedihkan. Tetapi, kalau asyik meratapi pemergiannya lama-kelamaan ex-boyfriend kamu akan jadi besar kepala dan bangga melihat kamu bersedih. Sebaiknya tunjukan padanya yang perpisahan ini tidak membuatkan kamu terperuk dan bersedih sebaliknya tujukan bertapa gembiranya kamu kini bersama rakan-rakan. Biarkan dia tahu walaupun tanpa dia kita masih boleh berbahagia.
Source: Remaja

0 Komen: