Cara mencari kenalan baru


Share on Tumblr
Bagaimana mencari kenalan baru

Bagi sesetengah orang, proses mencari kawan itu mudah. Namun, tidak semua mempunyai kelebihan yang sama. Tidak kira kategori mana anda berada, anda boleh mencari rakan jika ada usaha dan cara yang betul. Di sini sedikit tips untuk mengatur langkah mencari kenalan baru.

1. Sertai organisasi - Jika anda sedang belajar, pastinya anda berada di kelompok kumpulan yang anda biasa menghabiskan masa bersama. Selepas ini cuba pula bergaul dengan kumpulan lain. Tidak perlu risau jika mereka tidak berkongsi minat sama kerana lama kelamaan anda akan biasakan diri dengan mereka dan dapat terima minat serta sikap seseorang itu seadanya.

2. Hadir ke majlis ilmu - Pasti anda ingin menuntut ilmu dengan lebih jauh, terutama ji ka anda seorang pelajar. Ketika menghadiri majlis ilmu, cuba beranikan diri bertegur sapa dengan orang lain yang turut hadir. Jika majlis ilmu itu bersandarkan pada agama, cuba dekati mereka yang lebih tua dan dapatkan nasihat. Kawan tidak terbatas kepada umur semata mata.

3. Ajak rakan sekerja makan atau keluar bersama - Melakukan kerja di pejabat pastinya membosankan jika tidak berteman. Anda pasti memerlukan teman berkongsi idea atau pergi ke kafe bersama. Latih diri mengajak rakan sekerja yang rapat dengan anda untuk makan bersama. Dia pasti akan mengajak rakannya yang anda tidak kenal bersama. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan lagi kenalan.

4. Adakan majlis hari jadi di rumah - Pada hari kelahiran anda, past inya anda inginkan teman rapat hadir untuk memeriahkan majlis. Pada hari itu juga teman anda pasti akan mengajak rakan mereka untuk turut hadir. Pada waktu keseronokan menyambut hari jadi, anda juga boleh peroleh rakan baru.

5. Mulakan hobi - Jika sebelum ini tidak ada sesuatu yang boleh menarik minat anda, apa kata mulakan hobi yang diminati. Misalnya, hobi menulis. Anda mungkin gemar mendapatkan idea serta berkongsi hasil tulisan anda di Internet. Pastinya anda akan menemui lebih ramai rakan baru berkongsi minat yang sama.



Cara mencari kenalan baru

2 Komen:

Unknown berkata...

nak cari kenalan yang ramah dan mesra

Tanpa Nama berkata...

Nak I tak 0125139440

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.