Rakan sekelas kedekut ilmu
Saya baru berpindah dari sebuah sekolah di Utara ke Kuala Lumpur kerana terpaksa mengikut ayah berpindah cawangan bertugas. Pada bulan pertama memulakan persekolahan di Tingkatan 3 di sekolah baharu bermula tahun ini, saya mula menyedari sikap rakanrakan sekelas yang cukup berkira dan tertutup untuk berkongsi ilmu pengetahuan.
Pada waktu rehat atau aktiviti di luar kelas, mereka cukup baik dan boleh bersenda gurau, tetapi sikap berubah setiap kali saya mengemukakan sebarang persoalan berhubung topik mata pelajaran, selain mengelak apabila saya mengajak untuk mengadakan perbincangan secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
Walaupun saya dikategorikan sebagai pelajar pandai berada di kelas pertama, tetapi kecemerlangan saya dalam akademik banyak dibantu perbincangan dan tunjuk ajar berkumpulan ketika di sekolah lama.
Berasa tertekan
Ketika menyertai satu aktiviti kelab di sekolah yang disertai beberapa pelajar dari kelas lain, hasil perbualan bersamasama mereka, barulah saya mengetahui pelajar kelas saya cukup dikenali sebagai `puak' yang sombong dan tidak mahu berkongsi ilmu, kononnya risau orang lain mengatasi pencapaian masingmasing.
Sikap dan keadaan ini membuatkan saya agak tertekan kerana selama ini saya sudah biasa mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan, memandangkan cara itu cukup berkesan dalam membantu saya memahami topik dipelajari, selain gembira apabila berkongsi ilmu.
Apakah yang harus saya buat dalam keadaan ini bagi memastikan saya mampu menyesuaikan diri dalam suasana baharu dan agar pelajaran tidak terjejas?
-----------------------
Waalaikumsalam,
Saya faham perasaan sedih adik apabila kita tidak pernah kedekut, sombong atau ingin berkongsi ilmu, tetapi orang lain bersikap sebaliknya.
Bagi mengatasi masalah ini, mungkin adik boleh mencuba beberapa pendekatan antaranya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, supaya adik memahami setiap topik diajar.
Adik juga mungkin boleh mengemukakan soalan secara terus kepada guru ketika sesi pengajaran sekiranya tidak memahami manamana keterangan, untuk memastikan hal ini diperjelas guru dengan lebih mendalam.
Adik juga boleh mengadakan perbincangan berkumpulan dengan rakanrakan di kelas lain, kerana pasti ada antara mereka yang ingin turut cemerlang tetapi tiada sokongan untuk membantu meningkatkan semangat mereka, jadi adik boleh samasama membantu.
Selain itu, jika adik terdiri daripada keluarga berkemampuan, bincang masalah adik bersamasama keluarga dan suarakan hasrat untuk menyertai kelas tuisyen bagi mata pelajaran yang kurang difahami, bagi menambahkan pengetahuan dan berbincang bersamasama guru pakar luar.
Dapatkan juga bantuan daripada pembacaan seperti buku rujukan dan teknologi Internet berhubung topik dipelajari, selain banyak melakukan latihan.
Hasil usaha ini, saya yakin pencapaian adik bukan sahaja akan tetap cemerlang dan kebimbangan hilang, tetapi rakan sekelas juga mungkin akan mula membiasakan diri merujuk kepada adik apabila melihat prestasi peperiksaan adik.
~ Kak Fai
~ BH

0 Komen: