Sukar pikat gadis kerana sikap gemuruh


Share on Tumblr
Sukar pikat gadis kerana sikap gemuruh

Saya mempunyai masalah gemuruh dan pemalu apabila berdepan gadis yang saya suka. Sikap ini membuatkan ramai gadis yang saya suka 'makan hati' kerana menyangka saya bencikan mereka.

Saya bercakap dengan nada tinggi seperti memarahi orang apabila berada dalam situasi berdebar. Ia menyebabkan saya kehilangan peluang memperoleh gadis baik dan saya sering mengulang kesilapan sama.

Saya tidak tahu puncanya dan pernah mendapat rawatan tradisional kerana bimbang ada 'saka' menghuni.

Saya tertekan dan kecewa kerana ini menyebabkan saya putus harapan sebelum pengalaman cinta sempat bermula. Saya tidak sanggup lagi kehilangan gadis baik hanya kerana mereka salah faham dengan reaksi saya.

----------------

Memang unik cara saudara ekspresi perasaan cinta. Bagi menghalang perasaan gugup berdepan gadis dicintai, saudara menggunakan emosi bertentangan untuk menggambar perasaan.

Tindakan saudara tentu menjarakkan hubungan. Gadis berkenaan bukan ahli nujum yang boleh meneka perasaan saudara.

Berfikir secara rasional jika saudara berada di posisi mereka, adakah saudara boleh terima layanan buruk. Dalam situasi ini, saudara tidak boleh berharap gadis itu sanggup berdepan saudara lagi, sebaliknya mereka akan terus mengelak.

Belajar mengawal emosi dengan betul. Latih koordinasi emosi dengan situasi yang bersesuaian.

Ia memberi ekspresi betul bukan saja membantu orang di sekeliling selesa berinteraksi, malah baik untuk perkembangan emosi dan mental.

Langkah pertama apabila mula rasa gugup, tarik nafas panjang dan tenangkan diri sambil mencari perkataan sesuai untuk memulakan bicara.

Jika sukar, gunakan teknologi bagi membantu memudahkan saudara meluahkan perasaan kepada gadis pilihan.

Sukar pikat gadis kerana sikap gemuruh

1 Komen:

Unknown berkata...

manusia selalu merasa mereka gagal jika tidak dapat apa yang mereka suka.mereka akan menyalahkan pelbagai tindakan yang timbul...sedangkan hakikat sebenarnya adalah...taqdir penentu segala.Anda akan bertemu gadis yang sesuai bila tiba masa yang sesuai...tak ada manusia yang tahu kecuali Allah...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.