Rutin, Sikap dan Tabiat Orang Berjaya
Kita perlu ubah rutin harian dan lakukan sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti agar hidup lebih teratur dan ada objektif serta visi.
Kebiasaannya, usahawan ataupun tokoh berjaya mengubah rutin harian mereka. Langkah ini memudahkan urusan kehidupan selain menjadikan hidup mereka lebih kompleks serta teratur. Meneliti keadaan ini, apa kata kita ambil sedikit iktibar dari rutin harian mereka. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang biasa dilakukan golongan profesional.
1. Bangun awal
Sudah semestinya bangun awal pagi adalah salah satu rutin hari yang perlu diterapkan dalam diri semua orang. Kajian menunjukkan suasana di awal pagi waktu sesuai untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang tertangguh. Waktu ini juga sesuai dilakukan aktiviti sihat yang boleh menjana idea dan merehatkan minda. Justeru tidak hairanlah ramai orang berjaya kebanyakannya bangun di awal pagi!
2. Sentiasa bersenam
Aspek bersenam mungkin dipandang remeh oleh sesetengah anak muda. Namun, kebanyakan orang yang berjaya sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian. Ini kerana faktor kesihatan memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi kerja dan peningkatan kreativiti. Jika badan tidak sihat, bagaimana ingin fokus pada kerja sepenuhnya.\
3. Habiskan masa bersama insan tersayang
Bagi mereka yang bekerja sepenuh masa sehingga tiada waktu untuk bersosial, langkah itu perlu dihentikan segera. Individu yang berjaya akan mencari masa sesuai walaupun mereka sentiasa sibuk menghadap lambakan kertas kerja. Ini kerana waktu yang diperuntukkan untuk keluarga, rakan dan saudara mara penting untuk merehatkan minda sejenak.
4. Banyak bertanya
Pepatah ada menyebut ‘malu bertanya sesat jalan’. Ia benar kerana salah satu teknik untuk berjaya dalam hidup adalah banyak bertanya. Mungkin kita dikritik ataupun dipandang rendah kerana bertanyakan soalan yang mudah. Tapi percayalah bahawa setiap orang yang berjaya biasanya bermula dari bertanyakan soalan kerana setiap jawapan yang diperoleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan yang baru.
5. Berjimat dan suka menabung
Salah satu konsep yang perlu diamalkan setiap remaja ialah budaya menabung dan berjimat. Memang mudah untuk kita bazirkan wang selepas mendapat gaji bulanan. Tapi sebenarnya tokoh yang berjaya gemar mengatur perbelanjaan bulanan di samping berjimat dalam setiap perbelanjaan. Pendek kata, mereka menggunakan wang untuk sesuatu yang penting dan menjadi keutamaan saja.
6. Dengar pendapat orang lain
Memang susah untuk mendengar kata-kata orang lain lebih-lebih lagi apabila mereka hanya sekadar orang yang baru kita kenal. Namun percaya atau tidak, tokok yang menempa kejayaan banyak mendengar pandangan orang lain dan kemudian membuat kesimpulan. Ini penting kerana pendapat individu lain kadangkala mengandungi mesej yang betul dan boleh mempengaruhi tindakan kita keseluruhannya, positif atau negatif.
~ Metro

0 Komen: