Jauhi zina ketika bercinta


Share on Tumblr JIKA seorang bercinta dan terjebak dalam maksiat tetapi tidak sampai melakukan zina, adakah dikira berdosa dan apakah dosa seseorang diampunkan selepas dia sedar melakukan banyak dosa, lalu insaf dan menyesal dengan apa dilakukannya?

Dalam satu situasi pula, adakah si A berdosa jika dia mengaibkan si B, walaupun memang betul si B berkelakuan seperti yang si A ceritakan kepada orang lain?

Mengenai kegagalan seseorang mengerjakan solat fardu, apakah ia perlu diganti jika individu terbabit ingin kembali ke pangkal jalan dan bagi lelaki, bagaimana pula dengan solat Jumaat yang ditinggalkan?

SITI BALQIS,
Kedah.

Jawapan:

MELAKUKAN maksiat kepada Allah dengan mengingkari suruhan dan larangan Allah tetap berdosa. Bagaimanapun, apabila seseorang insaf dan bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, dosanya akan terampun.

Bagi dosa kecil boleh terhapus dengan beristighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah. Mengambil wuduk juga dapat menghapuskan dosa kecil.

Dalam bercinta, nasihat saya supaya anda tidak keluar berdua-duaan kerana boleh menjurus kepada dosa yang besar iaitu zina.

Sebagai ingatan, zina termasuk dalam dosa besar yang perlu dijauhi. Ini kerana ia mempunyai akibat buruk di dunia dan akhirat. Akibat dosa zina, amalan baik tidak dikira kecuali dia kembali bertaubat, beriman dan melakukan amal yang seterusnya.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqan (25): 68-70).

Perbuatan mengaibkan seseorang dikira berdosa. Seorang beragama Islam hendaklah menjaga aib dan maruah seorang Islam yang lain. Membuka aib orang lain walaupun ia adalah satu kebenaran termasuk dalam dosa mengumpat.

Solat fardu yang ditinggalkan hendaklah diganti (qada) seboleh mungkin di samping bertaubat kepada Allah dan memastikan solat fardu seterusnya tidak ditinggalkan.

Di samping itu, seseorang dinasihatkan banyak melakukan amal soleh seperti solat sunat dan bersedekah memandangkan qada solat tidak menyamai solat fardu itu sendiri.

Sekiranya meninggalkan solat Jumaat, individu terbabit hendaklah menggantikannya dengan solat Zuhur (jika dia tidak menunaikan solat Zuhur pada waktu terbabit). Ia sama seperti mereka yang tidak dapat bersolat Jumaat hendaklah solat Zuhur. Jauhi zina ketika bercinta

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

untuk menghindari berzina ketika barpacaran, anda harus hindari juga kontak fisik yang bisa membuat nafsu kita memuncak. untuk itu dianjurkan berpacaran secara islam atau pacaran sesudah menikah…………….

richi berkata...

untuk menghindari berzina ketika barpacaran, anda harus hindari juga kontak fisik yang bisa membuat nafsu kita memuncak. untuk itu dianjurkan berpacaran secara islam atau pacaran sesudah menikah…………….

ayyasija berkata...

jgn tlalu ikut kata aty...tkt tjebk dgn bnda xmolek.. cinte pas kwin mungkin tu yg lbh slmt...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.