Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.
Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri.
Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.
Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya.
- Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.
- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.
- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).
- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!
- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.
- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.
- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.
- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.
- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
- Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
- Senjata wanita adalah air mata!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Lestarikan Cinta
1 Komen:
saya merespon persepsi anda mengenai wanita yang memang menjadi sosok misterius dan unik. wanita punya ruang pribadi yang sangat rumit untuk diselami.terkadang logika tidak mampu mencerna sinyal hatinya.jadi dari sekian kata diatas masih belum cukup untuk mengambil hati seorang wanita untuk dimiliki.ternyata masih sering ditemukan sosok wanita yang sangat misterius dan unik. wanita yang tidak pernah keluar dari batas normal fitrahnya tapi wanita yang punya keteguhan hati luar biasa.
dari sekian bacaan saya.belum ditemukan rumus yang bisa memecahkan simpul-simpul rumit dari wanita yang saya gambarkan diatas.