Misteri Cinta


Share on Tumblr
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah,sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa . Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

~ Penulis asal tidak diketahui Misteri Cinta

10 Komen:

iyouds berkata...

Kemarilah, kekasihku.
Kemarilah Layla, dan jangan tinggalkan aku.
Kehidupan lebih lemah daripada kematian, tetapi kematian lebih lemah daripada cinta…

Engkau telah membebaskanku, Layla, dari siksaan gelak tawa dan pahitnya anggur itu.
Izinkan aku mencium tanganmu, tangan yang telah memutuskan rantai-rantaiku.

Ciumlah bibirku, ciumlah bibir yang telah mencuba untuk membohongi dan yang telah menyelimuti rahsia-rahsia hatiku.

Tutuplah mataku yang meredup ini dengan jari-jemarimu yang berlumuran darah.

Ketika jiwaku melayang ke angkasa, taruhlah pisau itu di tangan kananku dan katakan pada mereka bahawa aku telah bunuh diri kerana putus asa dan cemburu.

Aku hanya mencintaimu, Layla, dan bukan yang lain, aku berfikir bahwa tadi lebih baik bagiku untuk mengorbankan hatiku, kebahagiaanku, kehidupanku daripada melarikan diri bersamamu pada malam pernikahanmu.
Ciumlah aku, kekasih jiwaku… sebelum orang-orang melihat tubuhku…
Ciumlah aku… ciumlah, Layla…

Tanpa Nama berkata...

realitynyer dont know about love until times comes....but i sure miss my younger days....kenapa tak boleh patah balik.....rasanyer kalau boleh semua org akan patah balik n dunia ni akan lambat matured.....

Tanpa Nama berkata...

Yez,,cinta itu buta ! Tak kira siapa dia, cinta tetap bertakhta. Kerana cinta jua, dosa bermaharaja. Kerana cinta jua badan merana. Semuanya kerana cinta. Kalau lah cinta itu dapat digenggam, akan ku pastikan ia tetap berada di hatiku dan ia tetap milikku tetapi apakan daya, cinta sekadar rasa. Rasa yang tidak dapat dinilai oleh sesiapa..

Tanpa Nama berkata...

Cinta tamunya rindu
cinta datangnya resah dikalbu
cinta datangnya kasih dan sayang
antara aku pada tuhanku

Cinta pada rasa
perasaan bagaikan memburu sesuatu
kekadang keliru dengan rasa cemburu
kekadang rasa pilu bagaikan dipalu
tak kira dihati mana ianya bertakhta
ianya begitu suci
ciptaan illahi sebagai alat penguji
untuk mencintai illahi
atau hamba cinta manusia yang keciwa
dan berbinasa akan diri....

~Ria Darwina~

Tanpa Nama berkata...

PASTI

demi cinta
segalanya pasti
demi kasih
segalanya mungkin
demi rindu
segalanya mahu
demi sayang
segalanya dibutakan...
sebenarnya, segalanya dusta.
walau cinta sekuat gunung
walau kasih sedalam lautan
walau rindu setebal salji
segalanya belum pasti

-edy 2008-

Unknown berkata...

bagai suatu garisan yg jelas pda mksud garisan terlihat......

Tanpa Nama berkata...

aku ingin memiliki mu, memiliki cintamu. tp hati mu sudh di isi dgn cintanya. mengapa kite d pertemukn kalo hanya mampu memandng tanpa meluahkn. mungkin aku yg buta terliht bygmu ku jatuh cinta. knape perlunya ko bermain kata2 manis. andai itu hanya ucapan tanpa pengertian. ku ingin ko pergi namun hatiku telh jatuh pdmu...

Tanpa Nama berkata...

... aPakah cinTa e2..satu PeRsOaLAn???
... . .aPaAKh Cinta e2 sESuaTu YanG mEmBuaTkAn kIta BderHaRap???YanG pasTi cInta e2 ..AnugeRa iLaHI..Yang DaTang nYa di InGiNi..dan pEmeRgIanNya d EngganI OleH seTiAp iNsaNn..

eidaenas berkata...

CINTA..
satu rsa yg sukar tuk di tafsir...
hy hati yg mampu menilai sejauh mana cinta kita kepada seseorg...
kdg kita blh
ska dgn rsa cinta..
ska dgn rsa syg..
dan ska dgn rsa rindu...
tp x mstahil kita jga blh
benci pd rsa cinta..
benci pd rsa syg..
dan benci pd rsa rindu...
ah cinta...
terlalu sukar tuk di mengerti kan

Rony bajank miskin berkata...

Lewat angin q kirm kn slm rindu q untuk nya dn tlah q tabur kn benih kasih pada embun yg turut membasahi bumi

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.