Apa yang lelaki mahu?


Share on Tumblr Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya. Apa yang lelaki mahu?

24 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Ingin mengenali saya? Hantar mesej di 0199201348-boy

Tanpa Nama berkata...

yea ker macam ni..
kena jaga lalepas ni..
terim kasih bagi info ni ..
cantim blog awak...
nice link:
diabetic diets

Tanpa Nama berkata...

best this tip..
but sometimes..
kite da jd lbh bek dri i2...
tp sring dtingglkn..
sbenyer lbih atu korg sseowg itu..
hnya psgan prlu mnghargaiyer,,

Nursyawalina Sulong berkata...

visit my blog
http://iftiey.blogspot.com
atau
http://iftiey2.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

menarik....
aku tak penah knl laki n cinta....
after 23 just try n bertunag..
tp skg dah putus...
semua salah aku xde experince n knowldage.

slpas 2 thn aku mngasingkan diri.
aku bangkit....lupakan sgalanyer...

bgkit utk masa dpan aku...
lantak la si dia yg tak guna tu...
dgn tip tu leh gak aku knl laki yg pelik2 kat dunia ni....hehehe...

Tanpa Nama berkata...

wahhh ciri2 gadis idaman 2 ade pade sy...mmg sy ni jenis manje sikt but i can stand alone. kalo asyik bergantung pd org camne nk maju. tegas skit. bru bleh berjaya...

Tanpa Nama berkata...

cinta adalah sesuatu yg menyakitkan andai kte xpndai utk hargai perasaan 2...
kdg2 cinta membuatkn kte teruja...
kdg2 cinta memnuatkn kte lupe akn org yg sepatutnye bsme ngn kte..
kdg2 jgk cinta 2 menykitkn...
mnyintai bermkne kte mghargai n myayangi seseorg...blajala utk smua 2 andai kbhagian yg kte impikn brsme yg tersayang...

Tanpa Nama berkata...

saat kita paling mencintai, siap2 untuk jadi seseorang yg paling disakiti

Tanpa Nama berkata...

CINTA TIDAK SEMESTINYA BERAKHIR DI JINJANG PERKAHWINAN..

Tanpa Nama berkata...

HATI LELAKI BEGITU LUAS UNTUK DI ISI DENGAN KASIH SAYANG. UNTUK DIBAHAGI KASIH PADA WANITA-WANITA.TIDAK AKAN PERNAH CUKUP, TIDAK PERNAH TEPU. BAHKAN RUANG AKAN BERTAMBAH BILA ADA WANG DAN PELUANG..

Tanpa Nama berkata...

AKU PNAH BTUNG TP TPUTUS..AKU SLALU PK AKU CINTAKN DIER ..TP SLAMA 4 TAHUN AKU SEMAI CINTA BARU AKU TAHU TU BKN CINTA.AKU SLALU INGAT DIER TP 2 BKN SAYANG CUMA TKENANG..NOW AKU NGAN ORG LAIN...KALI NI AKU SNDRI XTAU INI CINTA ATAU X, KRANA AKU DA X TAU BEZAKN CINTA ATAU BKN
ANY COMENT
??????????

im juz WANA berkata...

aku baru mulakan sebuah perchentaan.dn berhrap ia akan kekal selamanya.

Tanpa Nama berkata...

dalam percintaan banyaklah memberi..

Tanpa Nama berkata...

biasanya wanita yang banyak mamberi di bandingkan laki2 yg hnya maunya di beri terus oleh wanita dr pd wanita ingin di beri tetapi tdk di beri

Tanpa Nama berkata...

thankz coz tips ini agak menarik....betul dalam percintaan kita perlu banyak memberi and menerima...jangan hanya sebelah pihak yang memberi and menerima..kena sama-sama.......muafakat membawa berkat

Tanpa Nama berkata...

ummmmmm.....cinta memNG MGELIRUKn

Tanpa Nama berkata...

aku da kapel 3tahun...tappi aku sndiri x pasti 2 cinta or sayng jek....... aku berserah jek skarng.......

Anonymous berkata...

aku da kapel 3tahun...tappi aku sndiri x pasti 2 cinta or sayng jek....... aku berserah jek skarng.......

Tanpa Nama berkata...

aku kne tnggal dgn ex-bf aku..dia kta dia still syg kt aku..tpi dlm msa yg sma..dia blh ajk mmbe aku cple..perh..mcm celaka..i not believe with love anymore...i hate love..

Tanpa Nama berkata...

memang dia lelaki yang baik.........tapi lepas dia kenal ppuan lain dia dah jadi bukan dirinya yang aku kenal dulu......agaknya ppuan tu mandrem dia sampai lupa aku......ingatlah hai ppuan.......allah maha mengetahui n allah bayar cash......kalau x mau dikecewakan jangan mengganggu kebahagiaan orang lain........kalau dah tau hak orang jangan nak meruntuhkan kebahagiaan orang......ingat......hari ini awak buat pd orang.....balasan allah amat perit.......

Tanpa Nama berkata...

Lelaki yang mencari kesempurnaan wanita terlupa untuk menjadi khalifah bagi memperbaiki kekurangan yg ada atas landasan bijaksana ..renungkanlah

Tanpa Nama berkata...

1.lelaki hanya mahu nak perempuan yan cantik
2.lekaki suka perempuan yang sempurna
3.lelaki hanya mahu perempuan yang solehah
4.lelaki hanya mahu perempuan yang memahami lelaki
5.lelaki hanya mahu perempuan yang pandai memasak
6lelaki hanya mahu perempuan yang pandai ambil hati lelaki
7.lelaki hanya mahu perempuan yang perangai yANG elok
8.lelaki hanya mahu perempuan yang boleh jadi ibu
9.lelaki hanya mahu perempuan yang yang boleh menberi kasih sayang
10.lelaki hanya mahu perempuan yang yangmampu menjaga makan inum suami...

Tanpa Nama berkata...

lelaki dah tua punye bini muda lawa n comel tp mulot laser n kuat melenting?bahagiakah laki tu???

Tanpa Nama berkata...

tiada manusia yg sempurna...
xpndai msak..?
xsmstinya..hubby sya syg sya smpi skrg biarpn sya xreti..,
ktanya,,xapa,,pelan2...
dia tlong ajar sya msak,,,masakkn special utk sya & yg lbih mmbhgiakn,,kta slalu msak sma2 smbil bgurau...:)
sya bhga mpunyai suami spt hubby sya..syg sgt2 kt dia...:)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.