Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)
GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya
GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya
GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar
GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa
GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan
GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung
GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.
GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh
GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya Bila Guru Mentafsirkan Cinta
9 Komen:
wah blog penuh cinta nih :P
kalo ckgu engineering drawing tafsirkan cnte cmane lak?huhu...
interesting....
menarik2
Hahahaha boleh di test nie....kalau cikgu yg ajar sains pula bagaimana..?
hohohohoh....kalau guru sukan mcn mn pulak xkn meraka ketinggalan kot aspek2 b'gini!!!!
klu guru sukan pulak die akan cakap..." cinta ibarat kasut sukan yang makin lama di pakai semakin haus dan kita akan buangnya dan beli yang baru...hahahah setuju x..
bg guru sejarah-cinta yg suci adlh cinta yg sejati seumpama cinta yg wjd pd masa lalu berulang kembali dan kekal di hati wlupn cinta terkubur di telan zaman..
,, cinta adalah kesuksesan pencapaian akhir dalam sebuah pengorbanan...