Cara pengurusan kewangan mahasiswa


Share on Tumblr Minggu lalu, kita sama-sama menyaksikan para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, menerima keputusan masing-masing.

Ramai berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan ada juga yang merasakan keputusan yang diterima kurang memuaskan. Walau apa pun keputusan yang tertulis di sekeping kertas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, yang penting adalah apakah keputusan yang akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu ini.

Ia adalah keputusan yang akan mengubah perjalanan hidup remaja pada masa depan. Sekiranya gagal, jangan sesekali berasa putus asa kerana kegagalan merupakan satu lencongan. Ia bukannya satu jalan mati! Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah teruskan usaha untuk mencapai cita-cita anda.

Minggu ini, kita akan ketengahkan cara pengurusan kewangan bagi seorang pelajar universiti atau pelajar di pusat pengajian tinggi. Dua perkara yang tidak dapat dinafikan ialah pembiayaan kewangan untuk pembelajaran selama tiga hingga lima tahun ini diperoleh melalui:

A) Menggunakan wang simpanan yang diketepikan ibu bapa selama ini semata-mata untuk anak-anak melanjutkan pelajaran.

B) Biasiswa daripada badan-badan kerajaan atau syarikat swasta.

Sama ada A atau B, apa yang perlu diingati adalah kita patut bersyukur dan belajar menggunakan wang yang disediakan dengan baik dan teliti, supaya ia bukan sahaja boleh digunakan sehingga akhir tahun pengajian, tetapi anda dapat menjimatkan wang keluarga.

Tindakan inilah merupakan tanda penghargaan yang boleh diberikan kepada ibu bapa yang selama ini telah memberikan kepercayaan kepada kita.

Hari-hari yang akan dilalui

Memperoleh kelulusan yang cemerlang sememangnya bukan perkara yang mudah. Namun, apa yang lebih sukar atau mencabar ialah merancang pengurusan kewangan anda. Sebagai pelajar, ia selalunya sedikit atau kurang mencukupi.

Inilah satu cabaran besar. Beberapa perkara perlu kita fikirkan dan ambil kira seperti yuran tahunan atau yuran setiap semester, buku-buku dan komputer, makanan dan perbelanjaan hidup seharian. Bukan itu sahaja, kadangkala kita juga perlu mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan sukan dan lain-lain.

Bagaimana merenggangkan wang semasa belajar? Sewaktu kita belajar, wang menjadi isu yang selalu dibincangkan, atas alasan tidak mencukupi. Di bawah ini adalah beberapa tip jimat cermat yang boleh diamalkan sehingga anda berjaya memperoleh segulung ijazah.

Kitar semula

Amalan ini dapat menjimatkan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Amalan mengitar semula dengan membeli barang-barang terpakai seperti buku-buku teks, perabot, peti ais, televisyen dan lain-lain daripada para pelajar senior. Selalunya nota-nota penjualan ini dapat kita perhatikan di papan notis di kantin, perpustakaan atau di papan buletin.

Kad pelajar

Kad pengenalan pelajar banyak faedah dan meraih banyak keuntungan jika bijak menggunakannya. Para pelajar boleh mendapatkan diskaun apabila menaiki kenderaan awam.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan kad pengenalan pelajar, anda akan dapat menambah berat pada bagasi apabila menaiki kapal terbang. Kebanyakan restoran-restoran juga memberikan diskaun hebat apabila anda menggunakan kad pengenalan pelajar semasa membayar makanan yang dibeli.

Dapatkan nasihat daripada pelajar senior di universiti dan pusat pengajian tinggi anda tentang bagaimana dan di manakah lagi kad pengenalan pelajar ini boleh digunakan.

Telefon

Apabila berbincang mengenai telefon, gunakanlah kad prabayar. Ia sedikit sebanyak melatih anda berjimat.

Sebaik-baiknya dihadkan sebanyak RM100 sahaja selama sebulan. Pilih skim yang terbaik iaitu perhatikan tabiat anda sendiri sama ada gemar bercakap atau menghantar SMS.

Kalaulah RM100 habis sebelum akhir bulan, jangan ditambah tetapi tunggu sehingga mendapat wang biasiswa pada bulan hadapan. Hanya dengan cara ini sahaja, kita boleh belajar daripada membazir.

Jika anda tidak tinggal di kampus tetapi menyewa rumah atau pangsapuri, pilihlah skim broadband yang terhad dan jangan lupa berkongsi bil broadband bersama semua pelajar yang tinggal serumah atau pangsapuri itu. Ini adalah cara terbaik dan menjimatkan apabila anda menggunakan perkhidmatan Internet.

Makanan dan barangan dapur

Jika anda tinggal sebilik, mungkin masalah makanan dan membeli barangan dapur tidaklah begitu ketara. Namun, sekiranya anda tinggal serumah yang penghuninya seramai tiga atau empat dan kadangkala lima orang, siapakah yang bertanggungjawab membeli dan menggunakan barangan dapur?

Jawapan, ia adalah tanggungjawab semua penghuni rumah atau pangsapuri tersebut. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengadakan mesyuarat dengan rakan serumah dan catatan pembelian.

Senaraikan barangan dapur yang dipakai oleh semua seperti roti, biskut, jam, marjerin, gula, teh, kopi, sabun basuh dan lain-lain. Setelah membeli dan mendapat persetujuan semua, bahagikan jumlah keseluruhan dengan semua penghuni rumah atau pangsapuri kita.

Jadikan kehidupan baru anda sebagai seorang pelajar universiti atau pusat pengajian tinggi sebagai satu kehidupan yang baik, cermat dan berhemah tinggi.

Ingat, semua kejayaan ada dalam tangan anda sendiri. Setiap hari, pasti anda akan melalui banyak dugaan manis dan pahit. Sentiasa fikirkan yang positif untuk merancang kewangan anda sebagai pelajar. Cara pengurusan kewangan mahasiswa

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

menarik gak...
tp aku yg keje sambil belajar ni mmg terseksa daripada dulu...
inilah dugaan aku....
kpd semua student hargailah masa anda menjadi pelajar sepenuh masa.....
jgn lambat, byk alasan, last minute n cam2 la....

Dexter berkata...

100rm utk sebulan? banyak sgt tu. saya punya prepaid x sampai rm50 pun sebulan

Tanpa Nama berkata...

saya dikehendaki membuat satu majalah..dan saya ingin memasukkan satu ruangan tentang pengurusan kewangan untuk remaja atau mahsiswa....ader pape cdangan x..ttg contentnya...

aelyn berkata...

ingin meminta pendapat tentang bekerja sambil bekerja.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.