Kali ketiga bercinta dengan wanita biasa saja. Pangkatnya rendah, pendidikan rendah tetapi serba sederhana dan beragama. Hubungan cinta sepejabat diketahui rakan lain dan saya difitnah. Antaranya termasuklah kata-kata yang meragui kejujuran saya padanya. Dia termakan kata orang dan kami berpisah akhirnya apabila dia menerima pinangan orang lain. Hancur luluh hati saya Allah saja yang tahu. Bagaimanapun, pertunangan mereka terputus dan saya terfikir adakah dia jodoh saya kerana masih menyayanginya. Niat saya untuk kembali padanya direstui oleh semua ahli keluarganya. Namun hati si gadis tetap keras menyalahkan saya atas kisah lalu.
Andika.
Kuala Lumpur
Jawapan:
Andika yang kini meredah rimba jiwa mencari bahagia. Tahniah kerana anda diuji Allah menjadi jejaka yang faham erti jodoh dan ketentuan Tuhan. Berdasar rentetan episod sedih yang anda kongsi dengan Umi, membuktikan anda sekarang sudah mulai tabah melalui jalan berliku walaupun anda fikir dengan memiliki wajah tampan, jawatan baik dan pendapatan yang lumayan sepatutnya tidak perlu melalui jalan sulit yang anda lalui, harus memandu hidup dengan lancar dan selesa untuk mendapatkan teman sejati iaitu seorang isteri.
Apa yang Umi doakan ialah agar Andika benar-benar belajar daripada pengalaman yang sudah dilalui dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi pengalaman itu. Anda disediakan untuk menghadapi cabaran besar dan lebih mencabar, hinggalah Allah berasakan anda sudah benar-benar mensyukuri kehidupan yang dianugerahkan sekarang. Selagi anda belum berterima kasih dengan apa yang dianugerahkan Allah, anda tidak akan menemui apa bahagia di hati. Bahagia material belum menjanjikan bahagia perasaan dan bahagia di hati yang menjadi bahagia sejati.
Oleh itu baiki hubungan anda dengan Tuhan sehingga anda berasa semua ini ketentuan Tuhan dan reda dengan anugerah itu. Lalu hasilnya anda tidak lagi menggantungkan harapan hidup anda kepada manusia tetapi membina harapan tertinggi pada ketentuan Allah. Maka anda tidak akan menangis masa lalu hingga memadamkan masa depan. Yakinlah jodoh pertemuan itu ketentuan Allah dan Allah mahu memberikan yang terbaik untuk anda, sebab itu semua pilihan anda tidak jadi kenyataan kerana Allah mahu anda berusaha lagi hingga bertemu jodoh yang menjadi pilihan anda dan juga pilihan Allah.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah berusaha menghadiri kursus membangun sumber manusia yang dikendalikan oleh mana-mana penganjur.
Langkah kedua cuba bermuhasabah diri secara ikhlas agar anda berasa besarnya anugerah Allah SWT yang sudah anda lupakan sehingga anda menyesali diri anda dan hilang keyakinan diri dan hilang tumpuan hidup yang sebenarnya akibat memikirkan masa silam, sedangkan anda berada dalam kenikmatan yang tiada taranya dan kesempurnaan tubuh, rezeki dan pekerjaan anda tapi anda tidak menyedarinya. Anda tetap berasa resah, sedih, gelisah walaupun anda masih boleh makan dengan enak, boleh minum dan boleh tidur. Anda selalu memikirkan sesuatu yang sudah berlalu, jiwa anda mudah goyah hanya kerana dikecewakan oleh wanita sedangkan anda memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kepada kebahagiaan, kenikmatan dan lain-lain yang menggembirakan.
Nikmatilah apa yang disediakan Allah di sekitar diri, keluarga, rumah, pekerjaan serta kesihatan. Janganlah anda menjadi golongan yang ditegur Allah dalam QS.An-Nahl:83 yang bermaksud: “Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya.” Ingatlah Andika, mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas kegagalan itu adalah tindakan bodoh dan gila. Sikap demikian samalah dengan membunuh semangat untuk terus berjuang dalam hidup kerana Allah dan bertekad untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat dan kehidupan yang membangun kecemerlangan diri dan kerjaya dan menguburkan masa depan yang belum terjadi, sedangkan ada masa depan yang pasti terjadi iaitu sakit dan kematian. Bentuk matlamat mahu hidup dan mati mulia dan masuk syurga bertemu Allah. Penuhilah cinta Allah sebelum anda membangun cinta dengan manusia, manusia akan meninggalkan anda tetapi mencintai Allah tidak ada penghujungnya. Allah penentu siapa yang Allah cintai untuk berada di samping anda dan jangan penuhkan hidup dengan mimpi buruk masa lalu kerana ia mengendurkan semangat dan mensia-siakan waktu yang juga anugerah Allah yang amat berharga. Banyakkan sujud pada Allah, bukan pada nasib dan sangkaan semata-mata. Teruslah berasa Allah Maha Dekat, Maha Mendengar dan Maha Melihat, Maha Pengasih dan Maha Lembut dengan hambanya yang taat kepada-Nya.
Bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi) Berat Jodoh
6 Komen:
salam..
info yg sgt berguna utk diri sy..terima kaseh.
trma kasih krn dgn maklumat ini sy akn smpikn kepada seseorang yg ssh untuk melupakan ksh silam nyer..
salam...saya juga mengalami situasi yg sama
apa boleh buat..teruskan hidup n bersabar
terima dengan hati terbuka
SALAM
SY NI KIRA MCM CERITA SAUDARA LAH
TP VERSI POMPUAN
TAPI KALAU NK KIRA SY YG MCM X AWAK YG KEDUA TU
MMG SUSAH NK JUMPA JODOH
MALU PULA PADA KAWAN2 YANG DAH KAWIN. MASALAHNYA ORG BUJANG X BERANI DEKAT DGN SAYA. YANG DAH KAWIN SIBUK USHA.... MANA SAYA X TAKUT....
Salam... sy pn mcm andika, tapi versi ppuan.... sy seorg jurutera, ada rupa.... tapi masih xbertemu jodohh... dugaan allah pd sy... bykkan berdoa pd-Nya andika...
Salam..sy phm prsn insan spt andika..krn sy jg sdg dikecewakn...sy x pndai berkwn krn sy pemalu..prsn rndh diri amat tebal dln diri..disbbkn prsn itu, sy menjd seorg kekasih y setia n pemaaf..berkali2 sy dilukai namun disbbkn sygkn dirinye, sy maafkn die..sy pn bkn insan sempurna tp sy setia pd die..kini setlh hmpir 8 thn sy menanti impian kami terlaksana, die msih melukakan hati sy..Ya Allah..hambamu ni bkn kuat utk memnpuhnye sekali lg...